Wednesday, December 24, 2008

Antara Isu KWSP, IJN & Burger

Hasrat utk gi ecosave atau tesco semalam (23/12/08) terbantut sebab datangnya sindrom malas. so, layan tivi la. tengok berita sekarang agak memualkan, tak abis2 nak susahkan rakyat. mula2 isu caruman kwsp, dan sekarang isu institut jantung negara (ijn). isu tanah runtuh kat bkt antarabangsa aku bersimpati, tapi aku malas nak komen.

berbalik isu epf (kwsp), semua kakitangan sykt ni semua kekalkan caruman 11%. ini hasil penerangan HR dept dan support daripada top mgmt. semua dah sign form dan akan hantar secepat mungkin ke epf sebelum tarikh akhir 15/1/09.

isu ijn yg ingin diambil alih oleh sykt korporat, aku langsung tak sokong. isu ni slow sikit skarang ni sebab gomen tak nak pembangkang jadikan isu pilihanraya kecil k.terengganu. aku yakin bila abis p/raya, isu ini akan start balik. lagipun pihak korporat tu mlm td ada katakan masih minat dan tunggu jawapan gomen je. janji2 memberi perkhidmatan lebih baik dan tidak abaikan pesakit miskin pada aku memang satu penipuan. korporat tu ada medical centre sendiri, kenapa tak wujudkan pusat jantung dia sendiri. kenapa mesti ambik ijn?

aku pernah beberapa kali masuk wad dan klinik pesakit luar medical centre mereka, aku tau betapa strict nya saringan kemasukan mereka termasuk check latar belakang kewangan bakal pesakit. semua pesakit ada medical card? ada credit card? ada jaminan sykt? ada cash nak bayar cagaran masuk? nak bayar parking mereka pun mengalahkan parking hotel. kes2 kebajikan yg mereka cakap tu memang ada tapi sebab peraturan kementerian kesihatan yg mewajipkan hospital swasta kena rawat kes2 kecemasan atau kemalangan yg dihantar ke tempat mereka. contoh paling mudah ialah kalau ada kes kemalangan depan hospital mereka, mereka tak boleh tolak terus ke hospital gomen. mereka kena rawat dan stabilkan mereka dulu. lepas tu CONFIRM mereka akan hantar ke hospital gomen. mereka akan hantar bill sekali ye! kes2 tak mampu bayar ni ke dikatakan diorang buat kebajikan.

berbalik kes ijn. aku byk kali dengar kes pesakit tak mampu tapi bayaran dilupuskan atau bayar ikut kemampuan; itu SEKARANG. beberapa bulan lepas sorang kawan aku menjalani pembedahan jantung. dia tiada kredit card, kerja sendiri, tiada saving yg banyak. dia cakap dia merayu bayaran paling murah dengan mengisi form tidak mampu, then sign pengesahan yang berhormat. dapatlah dia bayar murah. rawatan susulan pun agak mahal kerana ubat2 dia mahal, bukan sekali tapi berkali2. nasib baik ijn beri dia bayar seikhlas hati. aku masih ingat kawan aku tu kata bayaran dia beberapa ratus, tapi pegawai ijn tu tanya ada duit tak. dia kata ada rm70. ijn kata berapa mampu byr, dan dia akhirnya cuma bayar rm50. korang rasa kalau korporat tu pegang ijn, dapat ke harga tak patut ni?

bab2 ijn ni aku agak sensitif mcm rakyat2 lain jugak. yg tak sensitif ialah ahli politik terutama pemimpin umeno. cuba korang sebut satu nama yg menentang pengambilalihan ni. aku tak nak sebut pemimpin pas/keadilan/dap, sebab kalau diorang tentangpun tak masuk berita. kita tak tau.


papa aku sendiri dulu kena sakit jantung. biasalah perokok tegar. selepas dirujuk ke hospital, kemudian rujuk ijn. nak tunggu giliran pembedahan agak panjang sebab org ramai. tak silap aku giliran ayah aku dijangkan dalam 6 bulan kot. itu pun kakak dan adik aku kerja gomen di kementerian kesihatan. alhamdulillah ada insurans. kami bawa papa kami ke pantai medical centre KL dan dibedah. kos dia lebih RM86,000. itu belum kira rawatan susulan dan ubat2 setiap bulan sampai sekarang. mampu ke majoriti rakyat malaysia? papa akupun sekarang hasil sokongan persatuan bekas perajurit malaysia (papa aku dulu british army di singapore), dan sokongan kakak/adik aku kerja gomen, beliau sekarang hanya ambil ubat2 tersebut di hospital kerajaan. nilai ubat2 tu masih mengikut spesifikasi hospital swasta tapi dibekalkan oleh hospital gomen yg nilai bulanannya lebuh rm500 hengget. ye lah, tak kan tiap2 bulan ayah aku nak dtg dari pahang ke KL, kamipun bukan kaya nak spent begitu byk duit.

kalau ijn jd swasta, pembedahan aku yakin lagi bagus dan peralatan lebih canggih sbb dia ada duit. tapi mampukah rakyat marhaen bayar? kalau tak mampu, tapi kena jugak sakit orang2 kaya ni, kemana haluan mereka? apa tindakan mereka kelak? nak crita undi pilihanraya aku malas sebab aku yakin masih wujud golongan dungu yg akan pangkah parti mereka walaupun parti itu salah dan menyusahkan hidup mereka.

ok, katakan dah operate kat ijn swasta, rawatan susulan kat mane? kat gomen ke? percayalah korang akan dengar umpatan keji dari kakitangan hospital gomen seperti berikut seperti pernah berlaku pd papa aku "nak operate pegi swasta, banyak benor duit. sakit lagi datang pulak hospital kerejaan. pegi la swata nun". nasib baik kata2 tu cuma didengar oleh mak aku. kalau dituturkan depan aku atau adik aku, rasanya org tu nak kena tampar muka dia.

apa2pun kalau gomen setuju pengambilalihan ni, apa yg kita kena buat?

1)kena buat bodoh, sebab kita memang bodoh mengundi depa dlm pilihanraya.
2)ambil polisi insuran yg cover penyakit kritikan. kalau tak mampu nak bayar insuran yg mahal, aku syorkan ambil medical card.
3) jaga kesihatan. jaga pemakanan (aku??), bersenam (ish.3x), dan elakkan rokok (papa aku yg lepas operate pun masih hisap rokok).

ok lupakan hal2 tu. berbalik pada kisah aku malam tadi. lepas tengok berita tv3,alih2 channel semua membosankan, dan akhirnya kami layan chanel 202, cerita tamil. kebetulan heroin dia agak comel. seronok2 layan, tiba2 perut kelaparan. terasa nak makan burger.



gerai burger ni sebenarnya agak jauh dari rumah aku, tapi sebab wife dan anak2 aku suka, aku ikut je. kalau nak diikut area perumahan aku tu ada 6 gerai burger, tapi kesedapan burger mereka selalu lari tune. sejab sedap, kejab hampeh. penburger (penjual burger) yg selalu tukar brand daging burger, sos, ramuan dan kegaringan juga membuat aku suka tukar gerai burger. so far daging burger ramly is the best. aku cam biasa daging special, wife pilih ayam, anak2 pula pilih burger ayam tapi tanpa sos, cuma mayonis.

gerai burger ni aku suka sebab jarak dia tak jauh sgt dari rumah aku. agak friendly, tu buatkan aku tak kisah menunggu walaupun hampir 45 minit. maklumlah org ramai. wife tunggu dlm kereta je. lagi satu aku suka situ ialah kat gerai dia ada koleksi tin2 cocal-cola (coke) dari negara malaysia, cina, jepun, arab dan sebagainya. sambil menunggu tu bolehlah aku belek2 tin2 coke tu. cuma sayang, tak terjaga. dedahan pada habuk dan panasan kuali menyebabkan sesetengah tin dah luntur catnya.

8 comments:

ILA said...

kedai burger yg belah mana ni??kat andalas byak gerai burger.
ckp pasai expenses ospital ni buatkan aku rasa takut.Harap2 aku teruskan tertib mjaga pemakanan & kesihatan .Kiranya kena berusaha lah kannn...everything terletak kat tgan YG Maha kuasa.Kun fa ya Kun...segalanya tak leh elak.

ermmm..mcm mana smlm??kau dah call chalet kat CH tu ke??

Mak Su said...

aku kalu bab cari sign ni selalu terbantut idea... aku mana kenal orang ?? huhuhu

arsaili said...

salam..at the first isu penyeswataan IJN tak sepatutnya wujudddddddddddddddd...apa la. Rasa nak.....kang sy plak kena heart attack. Geram!

izman said...

ila,
gerai tu kat taman pendamar indah 1.

aku belum call tapi aku dah dpt info & gambo ttg homestay CH ko ckp tu. harga dia buleh tahan la. cuma tarikh belum ada, malas nak book lagi.

izman said...

mak su,
tak kenal? kenal2 lah.

izman said...

arsaili,
betul tu. aku harap penswastaan tu tak berlaku.

jane said...

salam izman,

kat umah saya ada nice burger...yg pada saya memang sedap! beze banyak dgn burger2 lain...
**baby zara pung suka...

izman said...

jane,
burger apa tu, jangan cakap burgedil pulak ye.