Tuesday, December 9, 2008

Aku Bangga dengan Anak2 aku

sambutan hari raya aidiladha tahun ni biasa2 aje, kami sambutnya di klang selangor.
walaupun kejauhan daripada sanak saudara, kemeriahan hari raya masih dirasa. malam sebelum raya, kami turut sama bersesak2 di econsave untuk beli keperluan juadah raya seperti ketupat segera, kacang, rempah ratus, lauk pauk, dan pelbagai lagi. persiapan last minit ni memandangkan last2 minit kami membatalkan hasrat beraya di kampung.

suasana tak semeriah di kampung yg menyaksikan aku akan melapah lembu korban. hujan sejak awal pagi membuat aku malas ke mana2, cuma agak kehujanan redah ke masjid utk solat sunat aidil adha. balik solat hujan bertambah lebat sampai ke petang. aku hanya duduk dirumah sambil melayan tivi dan membaca novel. rengekan anak2 utk jalan2 aku tak dapat tunaikan kerana hujan lebat dan tak tau arah tujuan. tak kan hari raya nak gi zoo negara atau KLCC kot? untunglah ada jiran dan sahabat yg tinggal berdekatan atau tak balik kampung masih menjalin ukkuwah. cuma budak2 beraya tak de lah.

sebelah petang sedang syok2 tgk tivi semantara luqman dan pika bermain sesama mereka, aku terkejut bila pika terkurung dalam bilik tetamu. door knob dia memang ada masalah sikit, so tak boleh buka walaupun pakai kunci. dekat 2 - 3 minit jugak pika menangis, nasib lampu pasang. alhamdulillah pika senyap bila ditenangkan oleh suara umminya. itupun setelah dapat melihat ummi dia dicelah2 pintu yg terkunci. nak tendang tak boleh sebab pika berada dibelakang pintu. aku cuba call kawan2 yg dekat2 utk pertolongan tapi semua berada jauh beraya. akhirnya aku guna tukul utk kopakkan doorknob. alhamdulillah semua ok. masa aku bukak pintu, dia masih mampu senyum dan peluk aku. sedar tak sedar air mata aku dah bergenang, mengenang kekesalan aku atas peristiwa itu.

kejadian tu berlaku kurang 10 minit, tapi aku tak mampu lelapkan mata sampai jam 2 pagi. aku takut juga kalau2 pika dapat trauma. tapi masa buka pintu dia masih mampu senyum, kemudian boleh berlari2 semula bermain dengan luqman aku jadi tenteram sikit. masa aku sengaja masuk bilik tu, pika masih betah mengekori aku masuk tanpa takut. andaian aku, dia seorang budak yg kuat semangat. namun aku minta wife perhatikan sikap pika takut2 dia kena trauma.


Gambar hiasan : Pika yang periang.

mengenang kejadian tu pun aku tadi tak keruan, macam mana pulak rasanya ibubapa yg anak2 mereka ditimpa musibah penyakit kronik, kemalangan, penculikan dan sebagainya. masa cuba membuka pintu masa pika terkurung, tangan aku sebenarnya dah menggigil. aku kuatkan semangat untuk berfikir dan bertindak. aku tau kalau aku dah panic, wife aku lagi panik. dalam hati aku tau, aku kena positif. pilihan terakhir dalam kepala aku kalau tak leh kopakkan doorknob pakai tukul ialah call bomba.

lagi aku bangga masa kejadian tu ialah luqman. masa dia tengok aku berhempas pulas cuma buka kunci dan kopakkan doorknob, luqman tak habis2 cakap "pika jangan nangis ye, nanti ayah bukak pintu". luqman belumpun cukup umur 4 tahun, tapi sikap dia membuat aku bangga dengan anak2 aku.


Gambar hiasan : Luqman, abang yang penyayang.

10 comments:

Tirana said...

Saya pun ada pengalaman anak terkunci di dalam bilik.. Tak dapat bayangkan paniknya masa tu..lebih2 lagi dia dok menangis..Suami di tempat kerja. Mahu tak mahu terpaksa talipon suami balik. Alhamdulillah suami saya bukan jenis yang cepat panik. Lama juga dia ambil masa nak buka doorknob tu..Anak-anak kecil biasanya kuat semangat..tak ada trauma cuma saya yang trauma..pesan pada anak-anak jangan tutup pintu bila masuk bilik. Lama jugak ambil masa nak hilangkan trauma tersebut..

Mak Su said...

Izman.... semoga kamu sekeluarga terus kuat walau apa pun cubaan , ya.

izman said...

tirana,
harapnya tak tauma. rasanya semua pintu kena pasang penyendal supaya tak boleh kunci

izman said...

mak su,
alhamdulillah, dugaan begitu jadikan kami lebih kuat dan lebih menyayangi anak2

HEMY said...

wahh..great kids!!

mmg ada budak yg terus takut bila kena mcm tu kat diorg..

but it seems your kid wasnt..

izman said...

hemy,
alhamdulillah.

thanks singgah

BurungBelatuk said...

Tanpa dugaan kita xkan sampai ke tahap di mana kita sekarang...Syukurlah kerana kurniaan dugaan sebegitu dan berbesar hatilah kerana anda berjaya mengatasinya...semoga semua selamat,amin...

izman said...

burungbelatuk,
syukur kerana dugaanNYA itu tidaklah besar dan masih dalam kemampuan aku.

cendawanintim said...

itu lah kita sebagai ibu dan bapa..perasaan kasih pada anak Allah Taala ajer yang tahu...

hug tuk dua2 anak ko..

izman said...

cendawanintim,
ye... itulah kasih syang ibubapa pd anak2. kalau diorang besar, terpulang pd diorang la nak balas balik kasih syg ibubapa.

hari2 aku akan hug anak2.