Friday, May 2, 2008

Cari duit lebih

Hari ni baru hari Jumaat, tapi terasa malas sangat nak kerja. Itulah bahananya jadi 'batman' hampir setiap malam. Ye lah tiap2 malam balik umah paling awal 2 pagi.

Clubbing? Tak de lah. Dah insaf dah (Opss! macam penah pegi pulak. Aku tengok muka pun orang tau budak baik).

Saje ikut kawan sembang2 nak buat projek cari duit lebih sket. Mana larat beb asyik harap duit gaji. Wife aku full time house's wife, anak 2 orang makin membesar, nak bayar kreta, umah, astro, credit card, loan, bil2 utiliti, security fees, entertainment, henpon, saving, insurans, keperluan dapur dan sebagainya. Mana nak cekau duit.

Projek ape? Kecil2lan je, may be tanam cendawan, atau pokok jarak, atau serai. nak buat sendiri modal memang tak de sebab skala agak besar, so cari funder la...

Itu yang kejab ada kat Syed Bistro kat Taman Permata, esoknya kat Nasi Kandar Pelita Ampang. Esok lagi kat mane pulak aku pon tak tau. Funder ni biasalah batman type. Siang tido malam berjaga. Nasib baik idola aku memang batman, dan biasa practice tido lewat teman anak layan kartun; so mata boleh tahan la kalau drive memalam. tapi biasanya gi ngan kawan la teman. Takat ni hampa sebab pembahagian untung tak bagus.

Selain tu tajuk2 lain nak dapat extra income ada jugak la seperti jadi broker tanah. Mana la aku ada tanah nak jual. Tanah aku ada cuma dusun buah2an dan bakal tapak rumah aku kalau pencen nanti. So, dengar je la orang poket tebal crita. orang lain bukak crita juta2, aku ????

Itu projek besar, aku pun payah nak start. Yang kecik2 aku buat ada la sikit2. Nak crita pun malu. NAntilah kalau ada untung baik punya aku crite.

6 comments:

cendawanintim said...

Tanam cendawan...nak tanam aku ker....huhuhuhu

izman said...

cendawanintim,
tak sanggup aku nk tanam ko... Satu ekar tanah mana cukup.

epul said...

ade sesiapa yang nak buat getah scrupt tapi belum jmpa lagi dia macam mane nak buat and kat mane....boleh tanye saya call atau massage....0193548626

Q said...

Nak Cari Duit Lebih Dengan Cepat Dan Senang.. http://arlos888.wordpress.com

Yusof said...

Salam,

boleh jenguk ke blog saya mungkin boleh membantu utk tambah pendapatan sampingan.. http://yusaf-marketing.blogspot.com/2012/06/belanja-sambil-buat-duit.html

Mika Sakura said...

Tumpang share jap ye :)
cari duit lebih x? klik kt sni. https://www.jobdirumah.com/fazzatul92