Monday, May 5, 2008

Sambutan Hari Pekerja di Restoren Yuen Buffet Steamboat

Sempena menyambut Hari Buruh pada 1 Mei 2008, aku dengan few friends gi makan kat Restoren Yuen Buffet Steamboat kat Mentari, Bandar Sunway, Selangor. Lagi best sebab kali ni bukan giliran aku yg belanja. Giliran member sorang lagi, Taufiq. Aku cuma sponsor pengangkutan awam.
Gambar : Restoren Yuen yang kami melantak tu..

kami sampai sana dh agak lewat kerana tunggu bebudak lain dtg umah aku dan ada yg berjemput di rumah. Tak kisahlah sebulan sekali group aku gath makan sesekali. Sampai sana, Mak Aii! ramainya orang sampai terpaksa tunggu turn dapat seat. Gambar : Sebahagian kecil makanan untuk dipilih. Tempat tu je kosong utk ambik gambar. Tempat lain punye ramai manusia sedang pilih makanan.

Alhamdulillah dalam kureng 15 minit dah dapat seat kat tingkat satu. Perut pun sedang menyanyi reggae, kamipun start operasi melantak. Aku macam biasa ketam dan udang. Rekod aku yg lepas ialah 14 ekor ketam, menda lain tak sempat kira. Yang lain2 pun aku bedal jugak. Cuma yang top menu sini ialah ayam goreng dia. Memang power lah! ini biasanya aku makan dalam 7-8 ketul drumstick atau wing. Yang lagi best untuk makan ayam ni ialah kita mesti berebut. Pat pat nyer, sape dapat dia punya. Orang yang paling teror dalam bab berebut ayam ni ialah K-rool dan Taufiq. Dah berebut 3 kalipun masih mampu berebut lagi tanpa rasa malu, Salute la kat budak dua orang ni.
Gambar : Antara makanan yang aku ambil. (Jangan tertipu, itu cuma yg aku ambil. Yg 4 org ambil belum kira. Itupun baru first trip sebagai warm-up perut).


Selepas makan a.k.a mengumpat, kami sudahi dengan membasuh tangan. Memandangkan ais krim scoop dah memanggil2, kami makanlah ais krim dulu. Majlis tamat dalam jam 1230 pagi kot. Memandangkan perut sendat, aku terpaksa serahkan kunci kereta pada Tee utk drive balik. MAsa datang turn dia bawak, aku janji nak bawak masa balik, tapi janji tinggal janji. Kesian Tee.... dah la perut dia besar, makan pulak banyak, Rapat betul perut dia ngan steering.
Gambar dari kiri sambil mengelilingi meja : K-rool, Rusli, Izman dan Tee. Mana si Taufiq? Tentulah dia yg kena ambik gambar, hayun la soalan tu...


Gambar dari kiri : Rusli dan Izman (Aku belum start melantak lagi masa ni, tu muka boleh control ensem)


Gambar dari kiri : Tee dan Taufiq (Taufiq yg kena belanja mlm ni, korang tgk sendiri la muka dia ikhlas ke tak)

Alhamdulillah.. semua selamat sampai rumah dlm 30 minit kemudiannya. Balik ingat nak bongkang terus, tapi bukak Astro ada crita Tamil yag menarik, layan je la.... pada aku crita tamil 100 kali lebih best dari crita Melayu yang kosong tanpa pengajaran dan merapu2.












Dikemaskini 10/4/2014 :
Telah berbindah alamat. sila rujuk website untuk alamat terbaru


8 comments:

awieworld said...

kui3....terkejut awie...tgh sdap membaca..sampai kat ayat last.."sebelum membongkang, "...leh plak layan filem Tamil...

tp awie setuju, filem Tamil mgm byk pengajaran, masalah kuarga, sosial, budaya dan sebegainya...

awie minat jugak tp tgk hero dan jalan citer, kalu cinta,couple tak mau layan sangat..boring, dah selalu...hehehhe

anyway, restoran stemboat tu macam best giler jer...mmg famous ker tmpat makan tu?..(wah, terlebih sudah komen awie nie..heheh()

izman said...

awieworld,
aku mmg peminat crita tamil. crite hisdstan dh lbh 3 thn x layan. pernah sekali tu tgk crita tamil kisah pengorbanan ayah pd anak dia dr kecik sampai besor, sebak berul hati. nasib baik x nangis jer.

Mmg famous amos banget. ada 3 floor, gi lah hari ape2, pasti ramai orang. Murah beb, dlm RM20 per head.

Mak Su said...

wow bestnyer, makan steamboat

izman said...

mak su,
mmg best, kerap sgt makan steamboat, badan pun dh nak jadi saiz boat.

Lily.Lulu. said...

wooo . .besnyaa makan seafood !!!
tunggu la . nanti nak pi makan jugak

:D

izman said...

lily.lulu,
pegi jgn x pegi. i wish i will be at william one night.

cendawanintim said...

izman,

i know, ko zoom out giler gambo udang tuh saje je nak bagi aku meleleh2 air liur nih....

nanti aku nak blajo layan tamil lak ler...slama nih gok layan katun sajork..

izman said...

cendawanintim,
mane ko tau aku saje zoom udang?
best, segar2 lagi. masa ko tayang gambor makanan best2 ko x sedar org mcm aku meleleh air liur. sekarang, rasakan!

aku mmg suka crita tamil, setakat bhs tamil basic tu blh paham la. aku suka tgk x pakai subtitle, wife aku mmg bengang. dulu2 aku 3 thn kerja sykt boss org tamil. 2 org je melayu, so faham2 la cam ner aku belajor tamil. rupa iras2 ero tamil pun ada jugak aku nir (ferasan...)