Wednesday, October 28, 2009

Sampah Jadi Ais Krim Roti

lama aku tak update mengenai family aku. kali ni aku just nak share tentang aku dan anak2 mengemas stor pada hari ahad lepas (25/10/09).

masa hari kejadian, aku dan anak2 sibuk mengemas stor merangkap bilik studi, merangkap perpustaan mini. banyak benda yang aku humban keluar yang mana pada mata aku sangat menyemakkan. bayangkanlah dengan buku, majalah, novel, dan komik, penuh bilik tu. bilik tu juga wife jadikan stor dia simpan barang2 dia yang jarang digunakan. banyak barang2 plastik dan periuk lama aku dispose kan. serabut la...
banyak jugak la aku humban keluar termasuklah mentol lampu, spare part kereta yg rosak, sarang telur, kotak2, botol2 plastik kesayangan wife dan lain2.

dah siap, aku punggah sampah2 tu dalam kereta. aku bawa ke tempat kitar semula yg terletak kurang 100 meter dari rumah aku. jalan kakipun buleh, tapi sebab bawa anak2 dan kena lintas jalan, bawa kereta la senang (dasar pemalas). aku budget dapat la dalam rm1.50, tapi dapat rm7 hengget!!.....


dapat je duit aku terus bagi anak2. luqman dapat rm5 dan pika ambik rm2. pastu aku tanya mereka nak beli ape, mereka cakap nak makan ais krim besar. kami singgah kedai runcit berhampiran dan beli ais krim walls dan roti. anak2 nak makan ais krim roti. sebab malas nak mintak balik duit rm7 dari anak2, kena keluar duit sendiri la beli roti dan ais krim. oklah, asal anak2 gembira. senang lain kali boleh ajak mereka berkemas lagi.



balik rumah, mandikan anak2 dan kami makan ais krim roti berjemaah. wife tengok je la....

8 comments:

eiman@nurizan said...

wife tgh pantang, patut la tengok aje.. haha.. bila malam ko pulak 'tengok' aje la yer man? tak gitu?

endiem said...

bijak aok tukar sampah jadi ais cream roti.. separuh orang plastik roti jadi sampah

relevan said...

Bagus izman..recycle menjadi ni..

Finaz said...

sedapnya aiskrim roti..lama tak makan..org dewasa suka apalagi bebudak kan..

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Izaman,

Rajinnyaaa berkemas!..memanglah, kami orang pompuan suka simpan berbagai barang. Nak buang rasa sayang, disimpan pun, haram tak guna.
Auntie ada terbaca tips untuk mengemas ni dalam satu majalah, katanya, memula kita kumpul semua barang yang kita rasa jarang kita guna, masuk dalam kotak dan simpan lah kat stor ke...agak-agak dalam masa 3 bulan kita langsung tak hiraukan kotak tu.....apa lagi, humbankan saja ke tempat buangan...tak pun macam yang Izman buat tu...tukarkan jadi ice-cream!...clever!!! :-)

julietchun said...

kat tempat aku ni takde tempat kitar semula, kalo berkemas bagi je lah kat lori sampah, rezeki dorang la tu.

Fatt Chin Choy said...

daripada buang baik recycle... rm7 pun kira puas hati gak le

dude said...

nape wife tengok je...