Thursday, October 29, 2009

Bersama Tok Mat : Hantu India

Dari pengamatan aku ramai sahabat yg berkunjung ke blog aku ni suka sangat baca kisah2 hantu. kisah yang selalu diulang siar ialah kisah hantu dari cameron highland. kisah2 mistik camni memang banyak terjadi, pada aku sangat jarang la, tapi melibatkan pengalaman dengan datuk aku memang selalu la. sebab itulah aku dedikasikan melalui tajuk "Bersama Tok Mat".

so, untuk tidak menghampakan sahabat yg minat cerita2 suam-suam sejuk dan alam mistik, aku cuba menjadikan hari khamis malam jumaat sebagai hari bapa. err... maksud aku setiap hari khamis, entrynya ialah cerita seram kuku. cuma aku mengharapkan ianya dibaca dalam perspektif ilmiah dan bukannya boleh menjadikan kita tahyul dan syirik. kisah2 yang aku akan ceritakan adalah pengalaman kisah aku bersama datuk aku. Tok Mat tu datuk aku sebelah papa aku, so "Bersama Tok Mat" tu kisah2 aku bersama datuk aku la. selain kisah seram sejuk, kisah mengurus kehidupan semasa tinggal bersama datuk aku akan aku ceritakan termasuk pengalaman mengurus lembu beranak, bercucuk tanam dan sebagainya.

aku tinggal bersama tok mat selepas kematian mami aku masa aku berusia 8 tahun. papa aku berbini muda dan merantau ke serata perusuk alam untuk bekerja bersama syarikat orang putih. papa sanggup menjual kedai runcit, lesen membeli dan menjual getah di pekan damak kerana tawaran gaji lumayan. tambahan pula mak tiri aku memang tak pandai meniaga. kami anak2 yg masih kecil masih tidak mampu mengurus kedai.

jadi bermulalah episod hidup aku tinggal bersama datuk dan nenek di kg. batu balai. datuk pesara polis dan menetap disitu. datukku memang terkenal garang. apatah lagi datuk memang berkebolehan berbomoh dan bersilat. tiada satupun antara kami mewarisi ilmu perbomohan dan persilatan datuk kerana menurut datuk ilmu itu bukan boleh dipelajari. ia diwarisi.

meskipun datuk sangat garang, tapi dia memang sayangkan kami cucu2nya. pernah datuk membawa parang panjang ke sekolah adik aku hisyam kerana adik aku itu balik menangis kerana didera berjalan itik keliling sekolah, dan adik aku langsung tak boleh berjalan 2 hari. lintang pukang cikgu tersebut lari. nasib baik tukang kebun yang juga kenalan rapat datuk sabarkan. kalau tak, dan meninggal dunia cikgu cina perempuan tu.

masa mood datuk baik, ada jugak aku kenen2 nak belajar silat. datuk cakap tak payah belajar, dia pun tak belajar. datuk dia pun tak belajar. semua turun temurun. menurut datuk, penjaga (khadam)keturunan akan turun kepada mana2 waris yang disukai. dan segala kemahiran bersilat dan berbomoh akan dimiliki waris terbabit. sebagai anak muda sudah semestikan aku nak ilmu silat dan bomoh. dengan bomoh, aku boleh tundukkan mana2 pompuan yang aku suka dengan ilmu pengasih. dan dengan silat, aku boleh silatkan sesiapa sahaje yang cuba2 nak ganggu kekasih hati aku. ishh.ish.ishh.... sungguh keji impian aku masa tu.

aku masih ingat, pada suatu malam selepas solat maghrib, sedang kami ingin membaca Al-Quran dengan datuk, tiba2 makcik aku yang tinggal bersama tiba2 datang dan menyuruh jangan bising. "auntie aku ni sawan babi ke?. orang nak mengaji disuruh jangan bising" getus hati kecil aku. datuk aku lihat rilek aje. makcik aku kemudiannya duduk ditangga dapur dan membebel dalam bahasa yang tidak kami fahami.

datuk menyuruh kami berhenti mengaji dan menyimpan Quran. "yahoo... tak payah mengaji malam ni', jerit hati kecil aku (dasar jahil betul). datuk suruh kakak aku ke dapur menyediakan sepiring beras bersama bawang putih yang ditumbuk dan beberapa butir lada sulah (lada hitam). aku membontoti kakak ke dapur. kakak sudah tau apa yang perlu dibuat kerana kakak dari usia 30 hari kelahiran memang tinggal dengan datuk dan nenek. nak masak arahan datuk.

piring berisi beras, bawang putih dan lada suluh bertukar tangan. makcik aku masih ditangga dengan muka yang ditundukkan ke lantai. rambutnya mengerbang tidak terurus. sesekali makcik aku itu menarik2 rambut dia. datuk berdiri menghadap makcik. tangan kiri memegang piring, dan tangan kanan pula sesekali menggaul bahan2 tadi. aku lihat mulut datuk terkumat kamit membaca sesuatu dan sesekali menghembus ke piring. aku, kakak dan nenek hanya memerhati.

kemudian datuk menghembus ke arah makcik yang masih duduk di tangga. tiba-tiba makcik mengangkat muka ke arah datuk. wajahnya cukup bengis dengan mata yang dijengilkan. aku juga cemas, tak pernah lagi aku lihat rupa makcik aku buruk sebegini sejak aku tinggal bersama mereka. aku lagi kecut perut bila makcik memaki datuk dalam bahasa yang kami tak faham biji butirnya. lagi aku kecut sampai telur masuk dalam bila suara makcik dah berubah jadi garau, suara lelaki.

datuk melempar gaulan beras bersama lada hitam dan bawang putih tadi. makcik bingkas bangun dan merenung datuk. datuk masuk tenang. datuk terus membaca mentera. dan datuk menjerkah makcuk supaya duduk. makcik duduk tapi mukanya masih garang dan matanya masih cengil. datuk terus melemparkan beras ke arah makcik. datuk merapati makcik dan terus memegang ibu jari kaki kiri makcik. makcik terus mengaduh kesakitan dan berteriak dalam bahasa yang kami masih tak faham. mau nak faham, makcik cakap tamil.

datuk mengarahkan makhluk yg bersembunyi dalam tubuh makcik bercakap bahasa melayu. ape ke bodoh punya hantu, kita kan duduk malaysia, cakap bahasa malaysia la... kan kan masa dia belum jadi hantu dulu dia tak gi sekolah belajar bahasa melayu, itukan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah estet. makhluk tersebut masih marah2 dalam bahasa tamil dan datuk terus menenyeh lada hitam ke kaki makcik. makcik meraung "ayyooo......" (bahasa selebihnya bahasa tamil, mana aku faham). dalam hati aku kagum dengan makcik, tak sekolah tamilpun boleh cakap tamil. hebat!

setelah diasak, makhluk ghaib itu mula berkomunikasi dalam bahasa melayu. datuk mula bertanya :

tok mat : siapa kau?
makhluk : aku ****** (nama aku dah lupa)
tok mat : kau datang dari mana?
makhluk : yini rumah aku.
tok mat : ini rumah aku. mana rumah kau?
makhluk : yini rumah aku. awak duduk rumah aku.
tok mat : kalau ini rumah kau, kenapa baru sekarang kau muncul?
makhluk : mana ada. aku suni juga duduk. awak worang ambik ini tanah aku.
tok mat : aku dah beli tanah ini. ini tanah aku. ini rumah aku. rumah kau sekarang dekat mana?
makhluk : aku rumah bawah pokok itu mangge. aku sama bini duduk sane.
tok mat : kau duduk situ, kenapa kacau anak cucu aku?
makhluk : awak punya anak sudah kacau rumah aku.
tok mat : anak aku tak tau ko duduk situ. aku mintak maaf. sekarang kau balik rumah kau. jangan kacau anak cucu aku lagi. kalau ko datang lagi, aku bunuh kau! (suara datuk tegas).
makhluk : wokey! aku balik. itu bawah pokok aku punya rumah, jangan kacau aku punya rumah. kotor punya jam jangan mari aku punya rumah.
tok mat : sudah! ko balik sekarang.

datuk terkumat kamit membaca mentera dan dada makcik aku lihat berombak-ombak. kemudian makcik mula hendak rebah dan cepat2 disambut datuk. datuk kemudiannya meminta air masak dari kakak. datuk membaca sesuatu dan meminum air tersebut. la... datuk aku dahaga rupanya kerana melayan makhluk tu berborak. sangkaan aku meleset, datuk menyemburkan air dalam mulutnya ke muka makcik. makcik mula sedar, tapi masih lemah. baki air jampi tadi diberikan untuk diminum. setelah beberapa ketika, semangat makcik mula pulih dan nenek menemankan makcik ke biliknya.

bila semua dah kembali pulih, datuk menyuruh kakak membuat nescafe susu kegemarannya. sambil minum datuk mula bercerita bahawa memang tanah rumah datuk memang dibeli dari orang india. datuk juga tau ditanah itu memang terdapat dua kuburan india yang mati masa zaman komunis dulu. biasalah, makhluk halus dan syaitan ini akan mengganggu anak cucu Nabi Adam bila kita alpa atau dalam tidak bersih (haid/nifas/berhadas).

7 comments:

Jard The Great said...

nk buat entri pasal hantu jugak la..

PS:.. hadiah ramadhan tak pos lagi.. esok la ye ;p
sori sbb lewat

Mak Su said...

whoa! dahsat.... ngeri ler, ni yg buat takut nak bercadang nak beli rumah ni

julietchun said...

kalo org yg pandai mcm tok mat dah takde nanti susah gak sbb ada sesetengah penyakit kena jumpa bomoh utk dipulihkan.

Fatt Chin Choy said...

jadi sekarang pokok mangga tu masih ada
ko tak takut pg situ

kot2 setiap kali ko lalu situ 'telur' ko termasuk lagi

kekeke

eiman@nurizan said...

bila nak release citer bersama tok mat lagi.. hehe

Anonymous said...

Tengok citer hantu cina - lawak
Tengok citer hantu melayu - tak seram
Baca citer hantu kau - pegang sabun aku ...keh 3 x. Sangap le ...

bungacahaya said...

"datuk kemudiannya meminta air masak dari kakak. datuk membaca sesuatu dan meminum air tersebut. la... datuk aku dahaga rupanya kerana melayan makhluk tu berborak"

Apa daaa bro...nak buat lawak gak ker?