Wednesday, October 14, 2009

Alahai Anak Perempuan Ku Sayang...

nampak gaya aku macam kena sindrom malas buat entry blog. kalau dulu mau tiap2 hari aku update, kini dah jarang2. adakah kerana aku dah bosan? BUKAN! aku masih rindu berblog termasuk buat entry baru dan menjelajah blog kawan2. idea berblog ni kadang2 banyak sangat, tapi kadang2 hampir sejam bukak blog masih nganga tak tau nak tulis ape. ada kawan cakap buat entry scheduled post masa tengah banyak idea, tapi aku masih beru reti nak buat schedule entry (aduiii.... nampak sangat ketinggalan keretapi aku ni).

dari senin sampai hari ni, hari2 ade je muka aku di putrajaya. biasa sampai malam. kalau malam kalau ada sesiapa pernah termasuk dalam blog ni dan tercam muka aku di alamanda putrajaya, memang muka aku lah tu. siang aku makan kat taman warisan pertanian, dan malam kat alamanda. sebab aku masih lagi dalam selera badak, aku prefer fast food, western, chinese food dan seangkatan dengannya.

keluarga? semua sihat. anak ketiga kamipun semakin aktif. cuma bila keluarga, rakan taulan datang menjenguk kami, maka terkeluarkan ayat "baby ni gelap sikit ye, tak macam abang dan kakak dia yg putih". baru aku nak keluarkan ayat carutan maka mereka cepat2 cover ayat mereka dan berkata "ala ikut ayah dia kot. orang tua2 kata anak perempuan biasa ikut ayah dia. anak manja ayah la tu nanti". nasib baik! kalau tidak, aku hidang air campur racun tikus la....

cerita pasal anak perempuan selalu lebihkan ayah aku memang setuju sangat. anak perempuan aku pika, dalam sehari 3-4 kali akan call aku mengadu. kejab call "ayah, ummi marah pika". kejab lagi "ayah, luqman pukul pika". kadang2 tu saje call nak tanya kabar aku "ayah....... ayah balik pukul berapa?", atau ayah yang buat aku lagi sayang kat pika seperti "ayah, pika sayang ayah". bila balik rumah je, dalam 15 minit pertama atau lebih spesifik bukak je grill rumah, aku disambut dengan pelukan dan ciuman pika. dia mesti nak jadi orang pertama peluk dan cium aku. kalau luqman yang peluk aku dulu, panjangle rajuk dia, dan kadang2 menangis sakan.

aku cuba untuk tidak memilih memberi kasih sayang atau sesautu berlebihan pada si abang atau si adik, tapi aku yakin anampak ketara jugak aku lebih manjakan si pika. bukan aku tak sayangkan luqman, sama sayang sebenarnya. tapi luqman sendiri dari dulu cenderung sayangkan ummi dia. semua benda dia cerita kat ummi dia. setiap kali balik tadika aku akan tanya "hari ni belajar ape?". luqman akan jawab "belajar ABC". aku tanya lagi "hari makan ape?". luqman jawab "nasi". 5 hari seminggu, itulah jawapan dia. tapi......... bila luqman dengan ummi dia! macam2 cerita keluar. kat tadika tengok upin dan ipinlah, cikgu bawak jalan2lah, makwe dia bagi coklatlah (opss! aku cakap anak aku ada makwe?). ye... itulah, kalau aku lambat jemput, budak perempuan itu akan setia menunggu luqman depan tadika sampai aku datang. budak perempuan tu pulak dah umur 6 tahun, luqman bulan 12 tahun ini baru cukup 5 tahun.

aku ada cakap dengan luqman aku kalau boleh nak masukkan ke tadika Islam tahun depan, tapi luqman cakap nak masuk sekolah dengan 'makwe' dia tu. budak tu masuk sekolah rendah la.... tak kan aku nak daftarkan luqman ke pra sekolah. aku risik2 pra sekolah situ cuma untuk orang gomen dan orang yg pendapatan isi rumah kurang rm1500 sebulan, tak kan demi cinta anak aku nak kena ubah payslip aku (he.3x..... itulah bestnya ada kuasa power rangers. tapi jangan buat, berdosa).

kepada luqman dan pika, ayah sayang kamu berdua sama. tanpa gelak tawa kamu sehari, ayah jadi hampir gila. baby ketiga, zulaikha juga ayah sayang. cuma kamu masih terlalu kecil untuk memahami kasih sayang seorang ayah. dan untuk isteri tercinta, lagilah abang sayang.

9 comments:

Mr PenyuBiru said...

dah tengok papadom? sesuai aa tuk ko yg ada anak pompuan.

Abang Long said...

Peluk cium untuk anak ...

eiman@nurizan said...

betul la man, anak pompuan lebih pada ayah.. macam anak aku gak..

secangkir madu merah said...

akak tak ada anak pempuan so tak tau apa beza tapi anak2 lelaki memang lebih suka bercerita apa saja dgn ibu tanpa berselindung kecuali yg kecik tu sbb dia suka bercerita itu ini dgn ayah dia..

maiyah said...

sronok kerenah anak2 nih, mmg kita takkan ada beza kasihsayang pd mrk :)

Mak Su said...

begitula anak-anak, lain anak lain kerenah...

nasib baik maksu ni bukan anak angkat ko izman. sbb maksu suka gaks peluk ayah... errr..

is@r said...

hahaha..bebudak sekarang dah advance dari kita kan?

sha said...

lima patah perkataan terakhir tuh....hehehe...cover line..

hai said...

dalam ramai2 ada sorang anak saya yg pompuan ,9 thn...kalau saya dan ayah dia nak kemana pun dia mesti dtg peluk dan cium...hatta nak ke pasar je pon!!