Monday, October 19, 2009

Kaedah Merancang Keluarga

macam biasa lepas bersalin, dan lepas sebulan pihak klinik ibu dan anak akan menasihati ibu2 untuk merancang keluarga. sama jugak dalam kes wife aku. dia ditanya oleh doktor tentang apakah rancangan perancangan keluarga yg nak diamalkan. bagi yg sunti tu may be tak faham, perancang keluarga ialah suatu cara untuk merancang supaya tak beranak lagi dalam masa terdekat.

pada aku ia bagus sebab ia mampu memberikan kecergasan kepada si ibu untuk mengurus diri dan anak yang baru lahir. kalau tanya si bapa, hari2 mau je!

untuk pengetahuan am (bukan lucah). antara alat/ubatan untuk perancang keluarga yg aku tahu ialah kondom lelaki, kondom wanita, kaedah suntikan, iud, implan, kiraan waktu subur, kawalan ejuksi diluar atau tak bersetubuh langsung.

balik dari klinik, selepas anak2 dah tidur wife mula bertanya :

wife : bang, doktor tanya. nak merancang guna apa?
asben : ayang rasa nak ape?
wife : makan pil tak nak la. takut lupa makan terus lekat.
asben : kalau lekat tu rezeki.
wife : abang ni! kalau boleh biarlah amirah besar sikit.
asben : nak tunggu amirah darjah berapa baru nak beranak lagi?
wife : tah la.... kalau ikut hati 3 orang dah cukup. tapi ganjil pulak, kalau beranak sorang lagi, nak lelaki pulak. baru cukup 2 pasang.
asben : abang tak kisah. tapi kalau dapat pompuan lagi, kena beranak lagi 2 lepas tu sebab nak genapkan lelaki.
wife : biarlah dulu bang. penat nak jaga budak2 tu. nakal bukan main. tunggu dululah beranak lambat2 sikit. kalau 3 cukup pun ok.
asben : ok.
wife : tapi, kalau dah lama2 baru nak beranak, kang dah tua. umur lebih 30 ke atas banyak pulak risiko.
asben : ala... jangan risau, abang ok. 3 pun cukup. kalau nak anak lagi nanti, dan ayang dah tak larat beranak, abang kawin la satu lagi. abang cari yang muda, boleh beranak ramai sikit.
wife : (berlalu dari ruang tamu ke bilik)
asben : (alamak! kena tambah hari puasa lagi la ni.. mau 200 hari aku kena puasa ni. WAAAA......!!).

12 comments:

ILA said...

ngengadaaaaaa!!!:p

Jard The Great said...

cish.. ade hati nk kawen lagi satu.. ahahaha

Shifu67 said...

apasallll la ko bawa bincang topik sensitif ni... memang saja nak cari nahas laa...

n@m@n said...

wah..bahaya nih..mau melayang pinggan mangkuk..hehe

Abang Long said...

Kenapa bawa tajuk sensitif daaa ... !

ima shhs said...

tak sayang mulut !!!

secangkir madu merah said...

baru lepas bersalin... relax lah Izman..sensetip tuh...

megatz said...

hmmm..dah xde citer best ke bro.idea dh kering ek..hehe

Hans.Words said...

hari2mau - iklan kopi ke?
sabun di bilik mandi .. sabun
..kuang 3X :P

Mak Su said...

last2 maksu cakap, "amvoiiiiii"

tee said...

salam... baru jer masuk kat blog ni.. bule saya link kan ngan blog saya.. :)

nurazzah8 said...

Salam, sori dah lama akak tak menjenguk ke sini...bz memanjang....

wahhhh...rupa-rupanya dah bertambah ahli keluarga... Tahniah...hurm...bukan DAH 3, tapi BARU 3...ramai lagi baru nak sama dgn akak tu....8 !!!

Muda2 ni suruh lah isteri beranak banyak...nnt dah berumur dah tak larat dah... ..bila dah berumur mcm akak nih... kita tuai hasilnya...anak2 dah besar...

tapi tak di nafikan proses pembesaran anak2 sangat penting...tanamkan dalam jiwa mereka ilmu agama, kerana itu akan menjadi satu guideline bg mereka dlm menempuh hidup akan datang...

kita sbg ibu bapa juga kena selalu berdoa kpd Allah, semuga anak2 kita sentiasa diberi ppetunjuk dan hidayah agar berada di jalan dan landasan yang benar, jalan yang lurus, bukan termasuk di antara mereka yang sesat...Mudah2an mereka akan sentiasa terpelihara dari perkara2 yang tidak baik..Ameen...