Wednesday, June 4, 2008

Minyak Petrol naik harga !!!!!!

Tengah duduk rehat2 tiba member lama kat UUM, salehudin sms bagitau harga minyak petrol naik dari RM1.92/liter kepada RM2.70/liter. Katanya dari sumber nst online. So, aku bukan nst online, betul sms tu. Tak puas hati takut nst petik berita tak tepat ada 'june fool'(adik beradik april fool), sah! memang harga minyak petrol naik. memang haram jadah betul la kenaikan kali ni. naik la cukupkan RM2.00/liter dulu ke tak la panas sangat hati aku ni.

Gula naik, myk masak naik, susu baby naik, ayam naik, tol naik, tepong gandum naik, dan beras naik. ni giliran minyak lak naik. Aku dulu belajar gak ekonomi micro dan makro, so tak de la bodoh sangat utk dikotak katikkan. kita terdedah pada harga dunia berdasarkan penawaran dan permintaan minyak dunia. kita suka sangat bandingkan minyak kita dengan harga minyak di singapura dan thailand. diorang sape! singapore kecik besor ketuat mana ada sumber minyak. thailand? minyak pengasih ada la... Cuba la compare dengan brunei atau venezuela ke, atau mana2 pengeluar minyak dunia.

"jangan takut ada mekanisme subsidi utk rakyat malaysia". Poodah! memang akan ada tapi sistem mesti macam sial.

cuba tanya kalau ada kawan2 kerja kat petronas ttg betapa bermutunya minyak malaysia dan berapa bonus setahun diorang dapat (tapi jangan tanya bangla kerja stesen minyak petronas yerr..).

Kesimpulan dia? Korang fikirlah sendiri. (Adakah aku stress? ya, aku memang stress. harga barang sentiasa naik, gaji kalau naikpun setahun sekali. mutu perkhidmatan dan barangan adakah setimpal dengan kenaikan harga. Ok, sekarang aku dah cool. siap utk solat maghrib pulak)


Petikan Utusan Online : 04/06/2008 5:56pm
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

6 comments:

MOLY said...

nanti saya cuba tanya kat abang saya kat petronas sana ...

izman said...

lily.lulu,
bonus org kerja petronas mmg x masuk akal punya.

err... tanya dia aka kerja kosong tak?

maliksutanmuda said...

owh mmg marah nie..panas nie...kalu ikutkan perasaan, nak ajak awie jumpa pak lah sendri...

senagaja menimbulkan kemarahan rakyat...

rakyat berkorban...bayar tol, letrik, semua...kalu ini dinaikakkan nescaya ekonomi negara menjadi lembab...

dalam teori ekonomi kan dah ada, tak belajar ker..kan asas tu...

dah tu, macam mana org tak suka dia?...tak lama la PM kita nie ...mmg dapat macam2 tomahan la agaknyer...tak tau nak buat keputusan dan rasional thinking...

habislah golongan bawahan, yg miskin dapat bantuan dari org perorangan seperti beras, dah sure terpaksa fikir berkali2,,,

yang berkeluarga>?>..takkan nak tukar pakai kete kancil sedangkan famili besar semata nak jimat minyak?...

takkan la nak naik bas?..sekarang pun bas dah sesak..penuh, tempat duduk pun tak der...train?...penuh hari2 dah la servis slow...

bla bla dan bla...(marah nie)

cendawanintim said...

aku pon tensen...sumer tensen wooooooiiiii....

aku nak cari kuda, tak pun unta, tak pun burung kasawari...takder pencemaran asap, tak guna petrol...hiks

izman said...

awieworld,
itulah nasib kita sebagai rakyat biasa. org politik dan org kaya, apalah depa rasa.

kang dh bagitau, mekanisme tolong rakyat dgn pulangan secara tahunan mmg rugikan kita.

izman said...

cendawanintim,
kuda pun mahal, apa kata guna kambing atau keldai. unta low gile, nak laju pakai burung unta (hish! apa aku melalut ni)