Thursday, June 19, 2008

Fuelwater jimat petrol sehingga 40 peratus

KUALA LUMPUR 9 Jun - Kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen baru-baru ini membuka laluan kepada alat Fuelwater yang menggunakan air dan petrol yang dikatakan mampu menjimatkan penggunaan bahan api itu sehingga 40 peratus.

Ciptaan tersebut merupakan hasil gabungan teknologi dari Rusia dan Jepun yang mana air digunakan sebagai bahan api kedua untuk membolehkan berlakunya pembakaran yang lebih efisien seterusnya menjimatkan penggunaan petrol.

Pengarah Eksekutif ZFAS Technologies, Zikri Fuad Abdul Salam (gambar) yang bertanggungjawab membawa masuk teknologi itu ke negara ini berkata, hanya kenderaan yang menggunakan petrol sahaja boleh menggunakan produk ini.

''Ini disebabkan proses pembakaran diesel berbeza dan kurang sesuai tidak seperti petrol.

''Teknologi ini adalah lebih baik berbanding penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) kerana tidak memerlukan pemandu beratur untuk mengisi NGV di stesen minyak.

''Begitu juga dengan saiz tangki air yang lebih kecil berbanding tangki NGV dan sesuai untuk kereta tempatan,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Gombak hari ini.

Beliau memberitahu, kebanyakan jenis air boleh digunakan untuk produk ini termasuk air paip, air tapis dan air suling.

Namun begitu, katanya, air suling merupakan yang terbaik kerana tidak mempunyai benda asing.

''Jenis air turut mempengaruhi jangka hayat produk dan sekiranya jenis air yang digunakan sesuai, jangka hayat produk ini boleh mencecah tujuh hingga sepuluh tahun,'' ujarnya.

Mengenai penggunaan alat tersebut, jelasnya, air dari tangki akan disalurkan ke sistem penapis melalui paip dan seterusnya ke pengubah yang dipasang pada enjin kenderaan berfungsi mempercepatkan tindak balas kimia antara air dan petrol.

''Air berperanan menampung jumlah hidrogen bagi menghasilkan tenaga seterusnya mengurangkan pembakaran hidrokarbon daripada petrol.

''Oksigen yang turut diperoleh selepas pengekstrakan air dalam pengubah tadi juga membantu pembakaran supaya lebih menyeluruh dan inilah yang menjimatkan petrol sehingga 40 peratus," terangnya lagi.

Teknologi itu bagaimanapun, jelas beliau, masih dalam proses untuk dipatenkan dan dijangka dipasarkan Disember depan.

''Buat masa ini, kami mengeluarkan produk Neomagnet yang turut menjimatkan minyak sebanyak 10 hingga 25 peratus bergantung kepada kapasiti enjin,'' jelasnya.

Sumber : Utusan Online bertarikh 19/06/2008

Nota kaki :
Bila la nak wujud kereta yg murah, laju tapi hanya gunakan air paip je. ataupun isi minyak sekali je, pakai sampai seumur hidup.

4 comments:

Lily.Lulu. said...

mahal kan bang ?? dorang kata 4k++ ..

tapi kalau pikir balik jangka panjang isi minyak bape bulan, berbaloi kalau pasang

leh save banyak

muadzlife said...

melampo ko izman ...nak isi sekalik seumo idop...

adoi lar..naik rimas aku macam2 cara derang..
yang penting..mmg perit pun minyak naik pun./....

izman said...

lily.lulu,
semua mahal sekarang. nak kencing pun dah naik jd 30 sen.

by the way, kenapa blog jdkan invited person je. sian geng org tua x blh masuk.

izman said...

muadzlife,
tu impian namanye. naik melampau sangat.