Monday, June 30, 2008

Jalan2 ke Jusco Bukit Tinggi, Klang

hari ahad (29/6/08) wife ajak beli pakaian anak2 kat jusco bkt tinggi, klang. since jaraknya kurang dari 5 minit dari rumah aku, gi je lah.

ingat tak nak bazirkan duit sebab nak gi singapore dlm masa terdekat ni, tapi wife bagitau baju anak2 dah tak cantik kena aiskrim dan kotoran akibat kelasakan diorang. so, bolehlah. lagipon aku bukan selalu beli pakaian utk diorang. kalau beli pun ikut kemampuan, yg murah2 je.

masuk je jusco, luqman dah mintak masuk tempat mainan yg terletak sebelah betul ngan pakaian kanak2. wife dan pika gi pulih pakaian, dan aku teman luqman main mainan. then, pilih pakaian yg sesuai utk mereka. selain dapat 2 helai seluar, luqman merengek mintak mainan. minggu lepas baru beli luqman oi... sebab dia mintak yg murah, beli je la.


Gambar : hasil belian utk luqman.


Untuk si adik, pika; dia dapat 2 pasang pakaian dan 2 pasang stokin. nak jalan2 ke night safari ke hapa malam2 nanti tak le sejuk sangat. aku tak tau dah berapa banyak pakaian warna pink si pika ni ada.


Gambar : belian untuk pika.

dlm beli belah utk anak rupanya ummi pun rambang mata tengok pakaian. ok lah ummi, ambiklah yg mana berkenan.

Gambar : Belian untuk ummi.

dah penat berjalan dan berbelanja, perut dh keroncong. nak makan kat sana tak dapat sebab pika nak menyusu badan. so, tapau kfc dan makan di rumah. shopping utk family, aku cuma dapat kfc je, uwaaa..... mana baju baru!


Gambar : Tapau kfc, sebahagian dah diambik dan dimakan (kan aku dah cakap aku lapar tadi).

10 comments:

arsaili said...

salam, untuk sendiri beli kat singapore ker? ahaks

Mak Su said...

ayah dpt kfc jer... huhuhuh

Lily.Lulu. said...

budak perempuan kan suka kaler pink ....

cendawanintim said...

untuk diri sendiri pon nak jugak..isk3333....

izman said...

arsaili,
ingat2 hati mcm tu la, tapi mahal beb. x mampu. takat gi makan angin kecil-kecilan je.

izman said...

mak su,
dah biasa cam2. kalau nk beli pakaian sendiri suka gi sensorang. kalau dgn wife mesti ada je komen; warna x cantiklah, kain x lawalah, x matchinglah..

izman said...

lily.lulu,
apsal pompuan suka pink? pilihlah warna biru ke, indigo ke...

lama x jengok blog kamu. apsal jdkan private?

izman said...

cendawanintim,
abis semua ada pakaian baru, aku x kan pakaian lama kot! aku beli untuk raya nanti je lah.

- G O R O - said...

Salam.

Mari kita layan lagu Ayah dan Ibu dari Sudirman.

izman said...

-goro-
ha..3x. jom nyanyi sama2.