Tuesday, June 24, 2008

kereta pakai air + minyak

Hari ni (24/6/08)aku kena gi HQ di damansara atas urusan rasmi sykt. on the way balik baru perasan minyak dah kureng dari satu takuk. so kena cari stesen minyak le. pilihan aku cuma shell dan petronas. shell seketika dulu boikot jab pasal boikot belanda tp dah pakai balik dah sebab aku yakin shell lebih menjimatkan dan dapat lebih kilometer berbanding petronas atau jenama lain. lagipun petronas dijual 0.002 sen lebih mahal berbanding harga pasaran rm2.70. tak caya korang tengok la kat pam tu.
Gambar : stesen minyak shell ehsan www.shell.com.my

seluk poket duit ada rm20 henggit lebih je balance shopping barang runcit malam semalam dan buat belanja kursus kat cheras termasuk duit komuter, cab dan sebagainya. tak pe stesen minyak musti blh guna kredit card. tapi haprak, semua stesen minyak aku singgah tutup mesin credit card. aku faham sebab diorang rugi sbb diorang kena charge. tapi aku nak isi minyak oii! mesin atm lak tak de. so, bawak kreta dlm 90km/h je utk elak mkn minyak lebeh. aku stop seksyen 15 shah alam withdraw duit kat public bank dan kemudian isi minyak kat shell seksyen 15/16.

sembang psl minyak, kalau korang ada baca artikel aku tentang fuelwater-jimat petrol sehingga 40% ; ini ada links kalau sape berminat. menda tu dah dipasarkan kat malaysia tapi belum meluas. cara nak buat tu pun nampak mcm senang tapi daripada jadi "tikus membaiki labu" baik korang beli je set yg dah ready termasuk pemasangan. anggaran kos antara rm700 - rm1500 je. pastu dapat jimat antara 30-40%. air yg paling mustajab ialah air suling tapi dikatakan air hujan, air paip dan air laut boleh digunakan. air kencing boleh guna ke tak, aku tak pasti. nyatanya minyak kena isi jugak beb.

setakat ni belum ada lagi member2 aku yg cuba. so aku dalam proses tunggu dan lihat. ingat memula nak tukar pakai ngv tapi dengar crita ngv pun nak naik harege jugak. masa sembang dgn pakcik bawak cab kat cheras yesterday, dia bagitau dengan isian ngv rm8.00, boleh guna sampai 160km. jimat tu beb! masalahnya stesen ngv payah nak dapat dan kos install tank dan sebagainya melibatkan anggaran rm3500- rm6500.


kalau korang berminat dengan fuelsaver pakai air nie, korang lawatilah website diorang ye :

www.hydrogenfuelsaver.com.my
dan
www.altendis.com.my

9 comments:

PuteriSatu said...

weh...tul ke leh jimat..aku pun tingin nak guna gak...

Mak Su said...

menarik gaks fuelsaver dgn air ni

izman said...

puterisatu,
aku just discover ada sorang kawan yg tgh test product ni. insyaallah minggu depan dia nk show aku. nanti aku update.

izman said...

mak su,
tapi kena isi petrol jugak. alangkah bestnya kalau pakai air sajer.

cendawanintim said...

mesti cuber nihhhhhhh

izman said...

cendawanintim,
kalau betul aku pun nk pasang, dapat info kawan aku cuba sebulan tu, aku inform.

technology baru ni takut ada side effect.

shahril aley said...

arghhh tension...
apasai nak boikot isi minyak pakai kredit kad
weiii aku tak pernah bayar sesen pun isi minyak
lepas ni duit cepat ngalir dr pandangan la
huhuhu.....

izman said...

shahril aley,
jgn la marah sgt, sebab nanti aku nak marah sama.

kalau kita nak boikot tak mau isi minyak, kita pakat naik bas.

Brandon74 said...

Saya sudah pakai.
Jimat berapa peratus, Saya pun tak pasti.
Tapi 390km Saya pakai 24 liter petrol.
RM 70 pun belum sampai. Pam sampai minyak penuh sampai keluar.