Thursday, June 19, 2008

Buat group passport

semalam (18/6/08) aku cuti sehari untuk urusan membuat group passport untuk gi singapore awal bulan depan. aku dah ada passport antarabangsa, cuma wife ngan anak2 je belum ada.

tujuan ke singapore ni bukan nak jalan2 makan angin, nak meraikan majlis pernikahan kawan baik aku dgn org singapore. dah sampai sana, jalan2 jugak le kan!

janji jumpa kat immgration pusat bandar damansara sebab others from KL dan gombak. jimat sket kalau buat group passport, cuma RM200 dengan syarat group tu lebih 5 orang. memula tu ingat nk buat passport utk wife & anak2 tapi... mahal beb. untuk wife RM300 biasala org dewasa. tapi anak2 pun kena buat passport sorang satu, dh tak leh slot in dlm passport ayah atau ibu. setiap sorang RM150. jumlahkan dah RM600. kalau kerap ke luar negara memang berbaloi, tapi.......


Gambar : Luqman posing depan pintu masuk immigration pusat bandar damansara.

Alhamdulillah sebab semua dokumen lengkap termasuk surat beranak anak, gambar dan sebagainya. tak de lah kelam kabut. cuma masa proses agak lama kerana dlm 17 orang yg included. tu pun ada yg terpaksa patah balik sebab tertingga surat beranak dan ada jugak yg baru nak ambil gambar. bayangkanlah kalau dokumen aku tertinggal, jauh gile nak patah balik klang.

Alhamdulillah dalam 3 jam semua selesai. surat kelulusan akan dapat minggu depan kot. sambil2 tu discuss tentang transport. semua setuju sebelumnya nak naik bas express dari KL ke singapore secara serentak.

Aku rasa travel by bus ok gak, tak penat drive tambahan pula lebih dari 7 family terlibat. kalau konvoi kereta ke singapore lagi mahal dan terpaksa tunggu menunggu. apatah lagi aku yg x penah drive masuk singapore. jadi rusa masuk kampung le. cuma masalahnya anak2 aku tak penah naik bas. dan dianggarkan perjalanan dalam 4-6 jam. kalau drive, aku suka berhenti2. sabarlah anak2, ini suatu pengalaman. ayah dulu hari2 naik bas gi sekolah.

5 comments:

cendawanintim said...

wah3...ko jenjalan lagik yer...

aku tak pernah lak pegi jenjalan anak beranak naik bas camtuh...mesti seronok kan...

Mak Su said...

last gi s'pore time sekolah, naik bas. seronok.

izman said...

cendawanintim,
raikan kawan kawin sebenarnya.

apa perasaan anak2 naik bas nanti akupon x tau. harap mereka gumbire.

izman said...

mak su,
kurang2 nya penah gi walaupon ms sekolah. aku, baru nk gi.

jamalia said...

Lau da ats 18 thn kne ad surt branak gak ker?