Thursday, June 12, 2008

Beli dan belah di Tecso dan Cosway

Malam semalam (11/6/08), aku bawa family ke tesco klang. Biasalah tempat faveret aku untuk shopping. pilihan kedua ialah econsave. Giant? setahun 2-3 kali je kot. aku tak suka sebab very crowded.

Tesco pada aku is very condusive, peaceful dan tak bersesak dengan mat2 bangla. jusco bukan pilihan aku sebab aku tak mau bayar parking dan memenatkan berjalan. kalau nak gi jusco, aku akan ambik cuti separuh hari dan bawa anak main game kat jusco.

actually barang2 keperluan masih banyak, cuma nak beli ayam. ayam aku cuma beli kat tesco dan satu pasaraya je. kat econsave tak mau psl..... ayam pun berbau dan siap ada color hijau berlumur. giant kalau gi, pernah gak beli.

kemudian wife nak beli sdikit barang kat cosway dalam tesco tu. aku adalah ahli cosway sejak jaman kat universiti lagi. masa tu memang sebab nak cari duit poket. sekarang cuma nak maintain sedikit bonus bulanan dan berjimat. barang cosway ni so far aku puas hati sebab berkualiti dan murah.


antara barang yg selalu aku gunakan cosway ialah brg penjagaan kereta, jeli gamat untuk elakkan gastrik dan ulser perut aku berulang lagi, spirulina, vitamin utk anak2 dan ummi dia, penjagaan toilet, coklat, kordial, satu dua kosmetik sebab wife aku suka guna bedak compact miyami dan lain2 yg bersesuaian. biasanya budget dalam Rm150 - 200 sebulan kat sini.



kalau musim perayaan banyak sket budget sebab banyak beli untuk rumah aku dan untuk rumah family aku sekali. lagi satu aku suka bagi nombor akaun ahli aku pada family dan kawan2 untuk beli. malas aku asyik kena beli brg utk diorang, baik bagi no ahli dan diorang gi sendiri. aku malas nak ambik untuk runcit yg tak seberapa. kawan beli dia puashati dpt jimat. aku suka hati dapat point dan sedikit bonus dihujung bulan.


sambung crita tesco balik. masa nak tingkat atas ada sorang lelaki india sapa minta derma kat MAKNA (majlis kanser nasional) seringgit je (RM1.00). aku mula2 buat tak tau je, tapi sampai kat kaunter simpan barang nk letak brg cosway yg dibeli tadi, terdetik hati nak menderma. takat RM1.00 je kan. so, aku bagi duit seringgit kat anak sulung aku, Luqman hakim dan mintak wife aku temankan bagi kat wakil MAKNA. aku proceed simpan brg dan ambik troli. pas2 dr jauh aku tengok wife aku khusuk dgr penerangan, bosan menunggu aku panggil wife aku. dia dtg & pulangkan blk rm1.00 yg aku bagi luqman. dia ckp tak terima cash, kena byr melalui credit card dan potong bulan2 sebanyak lbh kureng rm36.00 (kalau x salah), so anggaran menderma rm1.00 sehari. aku ckp wife aku, kita simpati dgn mangsa kanser tp kita tak mampu utk dipotong setiap bulan utk menderma. derma biarlah ikut kemampuan dan IKHLAS.

so, jalan2 beli ayam suruh ptg 14 bhgn. beli roti untuk buat burger, daging burger ramli. aku suka midnigt supper. biasanya aku keluar cari roti canai atau burger. nak jimat aku tekad nk buat sendiri. anak pulak nak biskut tiger dan air jus epal marigold. aku pujuk luqman beli air epal cap tesco atau cap yg lebih murah. dia x mau. salah aku jugak dari kecik belikan dia jenama marigold je. walaupun murahnya cuma kurang dari seringgit tp itu pun duit jugak. biskutpun nk tiger jugak. waa....


balik umah dh jam 11pm lebih. kemudian jumpa kawan yg nak pulangkan laptop yg dipinjam utk buat preparation utk presentation keesokkan harinya (12/6/08). then, layan dvd 10,000 b.c utk kali kedua.

Nota : semua gambar adalah ehsan www.tesco.com.my dan www.cosway.com.my

8 comments:

MOLY said...

kita pun prefer ke tesco .. tatau kenapa, tapi rasa dengan tesco tuh senang dan mudah .. lagi2 boleh dapat points
:)

cosway tuh mmg bagus .. ibu kita pun memang dah puluh2 tahun dengan cosway .. sampai dah bersara nih pun dia masih aktif lagi .. produk2 cosway mmg bagus, ubat2 dia ...

kita suka baby shower yang kaler kuning, bau buah2an .. sedap jek

:D

izman said...

lily.lulu,
betoi tu. tesco so far sgt menyenangkan. yes, baby shower semua best, tu yg anak nombor dua, nursyafiqah izzati asyik nak mandi. mandi je mesti lamaaaaa.

cendawanintim said...

masa aku stay seminggu umah sis aku kat kelang last year, ari2 aku pegi giant klang...takder ler ramai, mebi waktu opis hour,

this year, aku pon singgah gak tesco klang tuh, not bad, aku rasa memang better dari giant plak...

aku pon ahli cosway, aku cuma guna barangan bioglo tuh, especially scrub badan...yang vitamin spirulina tu, aku rembat klinik panel sajork....

muadzlife said...

saya pun suka brgan cosway...

tapi bukan member, so jarang la beli..:(

Mak Su said...

bagus gaks info ko ni, sekurang2nya aku tahu dah mana nak cari ayam yg happening

izman said...

cendawanintim,
beli kat mana2 rega lebih kureng sama. cuma ikut kemampuan dan mood sendiri. tapi HKS tetap dihati.

aku sekarang pengamal spirulina.

izman said...

muadzlife,
jd member benefit dia harga diskaun dan dapat redeem brg. bonus sikit2 ada la kalau kureng aktif.

x jd ahlipun x pe, cari kawan2 yg ahli tolong beli.

izman said...

mak su,
ayam happening? ha3x. pilihan ayam tu ikat selera aku je la. may b org lain x sependapat.