Saturday, August 14, 2010

Puasa Sehari, Dapat RM100

Alhamdulillah, hari ni (14/8/10)dah hari ke empat puasa. dan semuanya berjalan macam biasa. even cuaca kat port klang ni agak panas, tapi kedatangan hujan dapat membantu melegakan keadaan.

untuk aku, cam biasalah tak de pengecualian untuk puasa. so, puasalah. bagi isteri, masih berpuasa. oraang pompuan, Allah lebih sayangkan depa, tu tiap2 bulan dapat cuti. bagi anak aku luqman, tahun ni aku pujuk (paksa?) berpuasa. dah 6 tahun. tahun lepas, lepas bali tadika je terus cari nasi. tahun ni, kenalah ajar aggresif sikit supaya luqman puasa.

ok, ok.... aku tahu, anak orang lain umuq 4 tahun dah buleh puasa penuh, tak kecohpun! bukan wajib lagipun, yg penting kita dah ajar anak2 berpuasa, bersolat, membaca Al-Quran.

hari pertama puasa, dan sudah semestinya kena bangun sahur. aku dah awal2 lagi dah bagi galakan pada luqman. "Sehari Puasa, Dapat RM10.00". since hari pertama puasa di Selangor adalah hari bersekolah/bekerja, luqman bertahan sampai pukul 2pm je. wife call kata luqman dah makan jelly bersama2 adiknya pika. aduyaii...!

hari kedua (12/8/10), masa sahur aku up kan sikit tawaran berpuasa "Puasa sehari, dapat RM100". luqman sengih je (cam tak caya je). aku terus ambik duit rm100 dan bagi pada wife. aku cakap kat luqman "ni rm100 ayah bagi ummi pegang. kalau luqman puasa hari ni, luqman ambik duit ni dari ummi". dan hari tu, luqman berpuasa bertahan takat setengah hari jugak. dalam jam 3pm dia berbuka.

hari ketiga (13/8/10), masa bersahur aku buat tawaran baru. agak2 berapa?
A: RM1000
B: RM1
C: RM100.10
D: Pelempang

Ya......... semua jawapan diatas salah! gile ape nak offer rm1000 sehari. gaji akupun sangat2 jauh dari nak sampai rm1000 sehari. since aku tau luqman minat video games, aku buat offer baru "puasa sehari pada 13/8/10, dapat video games dan rm10.00. puasa setiap sehari dapat rm10. dapat puasa 10 hari dalam bulan puasa ni, tambah lagi rm100 extra. dan, kita tengok siapa yang kena......

dan, alhamdulillah luqman berpuasa penuh pada hari ketiga. Syukurlah, luqman mampu bertahan dan mampu berpuasa. inilah kali pertama luqman puasa penuh. harap2 lepas ni berterusan. dan nampak gayanya kena cari vidoe games la aku. tak tau nak beli brand ape, terseraah luqman nak yg mana. hari tu dia ada tengok ps2. dah murah dah sekarang, dalam rm380 je. ye... aku tau aku dah ketinggalan sebab orang lain dah pakai ps3, tapi aku bukan minat games pun. games facebook pun sekali haram pun tak pernah aku sentuh. dari main games, layan movie atau sudoku lagi best.

moral of the story?
1) ini bukan rasuah, ia sekadar galakan untuk anak2 belajar puasa. kalau mampu beri lebih banyak apa salahnya.

2) kena tau minat anak2. dan kalau boleh sertai mereka. err... nampak gayanya lepas ni aku kena belajar main games la.

3) puasa ialah ibadah, kena tunaikan. jangan ponteng puasa tau.

4) kena berjimat la aku tahun ni. may be budget baju raya aku kena potong la. ye la, nak beli video games lagi, nak kena bagi upha puasa anak lagi, duit raya lagi. err... tu beluk masuk baju raya diorang, isteri nak beli kelengkapan rumah raya, buat/beli kuih raya, budget open house raya (tak buat kang, ramai member bising). waa..... kempes la perut aku.

5 comments:

marinahunny said...

rilek la, slow2..kalu dia x larat biar dia berbuka..aku dulu drjah 3 x penuh lg puasa ;D

Nek Cun said...

Izman, Salam Ramadhan Al-Mubarak. Eloklah didik anak2 berpuasa tetapi kena juga tekankan pada mereka akan keberatan menjaga solat sepanjang berpuasa!... Baru dapat keberuntungan kedua-duanya!...

KSWSK said...

luqman..luqman..tak heran yer pd Rm100 tu...hehehehhehe

Shifu67 said...

tahun ni aku pun kena berjimat gak.... bajet raya aku dah habiskan sebelum raya.... huwaaaa

Lovely Kitchen said...

bagus didik anak2 pose dari kecil...dapat offer games boleh lak bertahan sampai berbuka ye....
Damia masa cuti ni bolehlah puasa bila dah start skul nanti tak dpt lah nak pose, kesian kat dia jalan kaki +- 1.5 km g skul + cuaca panas skrg....