Friday, October 17, 2008

Terhibur Gelagat Anak-anak

hari ni luqman dah call nak makan kfc. rasanya tak de masalah kot, pasal kamipun nak gi beli lauk dak hypermarket hari ni. aku lebih suka beli laukpauk bahan mentah sikit2 berbanding beli terus untuk sebulan. rasa mcm tak best je beli banyak, keluali barang2 keperluan rumah bukan makanan la. nak heran ape, pasaraya besar seperti econsave, jusco, tesco dan giant cuma kurang 10 dari rumah. kalau nak gi carrefour jauh sikit la, dlm 20 minit.

mlm ni blum plan nak gi mane lagi. paling dekat gi econsave la. nak happening skit gi jusco. nak selesa gi tesco. nak bersesak2 dan bersumpah seranah gi giant. nak abiskan duit minyak gi carrefour. pilih je lah mana satu pilihan hati. tapi hati aku berat menghala ke tesco dan jusco. jusco ada games. kat area permainan tu lepaskan anak2 main games dalam fencing tu dan biarkan ummi dia jaga. sementara aku boleh release otak layan games lain. kejab je, luqman dan pika mana boleh jauh lama2 dengan aku kalau aku tak kerja atau dah balik kerja. biarpun penat, bila sampai rumah tengok muka isteri dan anak2 rasa happy sangat.

paling aku suka keletah luqman yg menghiburkan, maklumlah budak tengah nakal.



Senario Satu

Ayah : luqman, ayah nak gi jalan beraye ngan ummi dan adik pika. luqman jaga rumah ye?
Luqman : Luqman nak ikut.
Ayah : tak boleh! asyik2 bawa luqman je. ni ayah nak bawa adik ngan ummi pulak.
Luqman : abis, luqman nak buat ape?
Ayah : Luqman duduk kat rumah la. tengok kartun.
Luqman : Luqman nak ikut.....
Ayah : Tak boleh.
Luqman : Ok lah. luqman duduk rumah lah.
Ayah : Luqman nak buat ape kat rumah kalau ayah tinggal luqman sorang.
Luqman : Luqman nangis la sampai ayah balik.
Ayah : Oklah, masuk kereta cepat. nanti ayah tinggal. lain kali jangan suka gaduh ngan adik pika.
Luqman : Ayah nak bawa luqman ke? Ayah kata luqman duduk rumah sorang?
Ayah : Dah, jangan banyak cakap. tak kan ayah nak tinggal anak lelaki kesayangan ayah sorang2 kat rumah.
Luqman : Luqman sayang ayah jugak. luqman sayang ummi. luqman sayang pika.


Senario Dua
Luqman : Ayah, kawan luqman datang. kawan luqman datang nak raya rumah kita.
Ayah : banyak la luqman punya kawan. pegi panggil kawan masuk.
Luqman : kawan luqman, masuklah. rumah luqman banyak kuih.
Ayah : Jom masuk rumah pakcik.

(sambil2 tu layan budak2 sembang)

luqman : Awak duduk kat mane?
budak pompuan comel : flat
luqman : name awak sape?
budak pompuan comel : ***** (dirahsiakan sebab bawah umur)
luqman : nama saya luqman hakim. Ayah awak kerja ape?
budak perempuan comel : ayah keje bawak lori.
luqman : Ayah luqman kerja kilang. umur awak berapa tahun?
budak pompuan comel : 6 tahun.
luqman : luqman 4 tahun. pika 2 tahun.

(dalam hati, aikk! anak aku ni boleh tahan jugak mengayat ni)

ayah : terima kasih datang rumah pakcik. raya nanti datanglah lagi. luqman cepat bagi duit raya kat kawan2.

4 comments:

BurungBelatuk said...

comel anak abg cakap mcm tu,terharu dgr..bertuah mr,izman dpt anak mcm tu.

izman said...

burungbelatuk,
alhamdulillah. ramai cakap nasib baik kulit ikut ummi dia, kulit ayah dia gelap. waa...

cendawanintim said...

keleteh ajer anak ko, bila nak jumpa ngan aku yer..

yang mengayat awek tuh aku sohkong, memang ikut perangai ko!!takkan ikut pangai wife ko kan!

izman said...

cendawanintim,
errr....errr.... aku nak gi kedai dulu.