Tuesday, October 14, 2008

Nasib Baik Tak Terkena Ngan Buluh Mas

Macam biasa pagi2 baca akhbar online dulu. yg hari2 aku baca ialah utusan online, the star online dan kosmo online. nak baca tamil nesan atau nang yang siang pau tak boleh sebab aku tak reti. pelik jugak, hari2 aku layan movie tamil, masih tak reti2 baca tamil. kena cari awek tamil ni nak belajar tamil ni (tau kat bini aku ni mau puasa sebulan lagi ni). dah 2 mlm berturut2 aku buat rally layan tamil movie sampai dekat pukul 3pagi. malam tadi layan crita tamil sampai 2.30am. tajuknya aku tak pasti la pulak. aku tak tengok tajuk, aku tengok pelakon dan jalan crita menarik.

pada aku secara peribadi layan crita tamil berpuluh kali lebih best berbanding kebanyakan crita melayu malaysia yg tahap macam hampas dan memualkan. kalau nak layan crita melayu aku prefer crita yg ada pelakon2 yg berkebolehan dan bukannya berlakon keras macam kayu mati. kalau crita melayu malaysia, aku lebih suka tengok crita cam 'adam's story'. kalau crita indonesia, aku layan pasantren cinta dan soleha. bukan selalu sangat tengokpun, tengok kalau berkesempatan. biasanya wife aku yg layan crita2 indonesia ni seperti intan, soleha, pasantren cinta, dan pelbagai lagi.

opss.. dah lari tajuk pulak. aku sebenarnya nk crita psl skim pelaburan yg dimuatkan dlm akhbar online hari ni iaitu syarikat buluhmas ent. s/b.

crita dia begini. masa raya ke5, aku masih stay kat rumah pusaka mertua aku yg jaraknya tak sampai 5 minit dari rumah parent aku. kebetulan ada biras aku yg baru sampai kerana sebelumnya beraya rumah parent dia. suasana meriah mlm tu sebab adik ipar aku sponsor ayam 6 ekor untuk dibakar. sebelum tu mlm raya ke2 kat rumah mertua tu dh buat ayam bakar dan sate, tapi tak cukup. ni kes tak puas hati makan ayam la ni.

sebab disebelah siangnya aku stay kat rumah parent aku bersama luqman dan aku biarkan wife aku dan pika bersembang sakan ngan adik beradik dia yg ada yg dah setahun tak jumpa kerana tinggal jauh nun di perak dan ada yg asyik balik tak sama masa. aku dan luqman gi beraya sakan la. dah raya ke5 kan, just lawat kawan2 lama la.
rumah saudara mara dh abis ziarah dah. so, pd malam dia, semua ayam dah terkangkang tunggu di bakar. besar2 bagak pulak tu. sekor ayam potong 2 jer. akupun mengoffer diri bakar ayam bersama ipar duai dan sepupu2 aku 2-3 org.

di ruang tamu, ipar dan biras2 aku tengah syok dengar taklimat buluhmas. diorang ajak aku tapi aku kata aku boleh dengar tapi kena ganti aku bakar ayam. semua buat derk je. so, aku dengar crita buluhmas hujung2 telinga je sambil melayan ayam2 bakar. menda2 mcm ni aku bukan tak minat, tapi ikut logic dan kemampuan la. aku secara peribadi mcm2 direct selling dah masuk: amway, cosway, cni, tm global network. dalam semua tu aku hanya setia ngan cosway je sejak lebih 7-8 thn lepas.


Contoh produk yg dipasarkan oleh buluh mas. Gambar ehsan www.buluhmas.com

dari apa yg aku dengar dan tengok risalah2 buluh mas, selain cara agak pasif iaitu mempromosikan stiker pada motor dan kereta dan dibayar dengan bayaran tertentu; kaedah yg paling senang nak buat duit melalui mereka ialah dengan melabur. Contohnya labur satu lot dengan harga RM3600.00. selepas tempoh matang 3 bulan, pendeposit akan dapat pulangan lebih kurang RM740.00 setiap bulan sehingga mati. sampai bab ni aku dah tak percaya. point ni tunjukkan ini lebih mirip skim cepat kaya. fix deposit kat bank pun tak leh dapat cam gitu banyak woii... lebih menyedihkan bagi aku ramai yg terkena ialah orang melayu. biasalah orang melayu memang suka dikenakan ngan skim2 cam gini. nak kaya cepat, aku pun nak kaya jugak. lebih menyedihkan, ramai yg buat personal loan untuk masuk skim ni sampai beberapa lot.

apa2pun biarlah BNM buat erja mereka. syarikat yg diserbu tu pun belum terbukti bersalah hingga dijatuhkan tindakan oleh mahkamah. cuma pada aku secara peribadi aku tak kan join sebab sistem dia pada aku tak logik. tapi kalau BNM keluar statement kata ia legal, confirm aku buat personal loan RM20K dan hidup goyang kaki tiap2 bulan terima pendapatan tu.


Berikut berita penuh dipetik daripada Kosmo Online 14/10/2008 :-

Bank Negara serbu empat syarikat
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia menyerbu empat syarikat semalam yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara menyatakan, empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel and Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat-syarikat tersebut dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasa- tan ke atas operator syarikat terbabit me- ngikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewa- ngan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1) AMLAT- FA 2001.

Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan wang yang dianjurkan menerusi internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing.

Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my. - Bernama

12 comments:

azharjaafar said...

Aku pun suka tengok cerita Tamil tapi bab yang ada gaduh aje. Bila balik rumah mak (ada astro) cari canel Tamil. Bila part gaduh aku dan anak-anak gelak sakan. Kat Youtube pun ada.

Iliana said...

cite soleha??? best2....
ehhh....buluhmas tu bkn ke fofular...bahaya tol la skrg ni ek...ble byk sgt co. yg ala2 iks ni, mcm msh xkukuh lg tp da brani nk amk duit org...ble gagal, abs la org2 punye duit...ayoooo

izman said...

azharjaafar,
sama la kite. aku kalau silap2 pandang ada iras2 pelakon tamil jugak (pelakon extra??).

heroin dia sekarang lawa2 gak. ish.3x. bab bergaduh plg seronok, tak logik langsung.

izman said...

e-soleha,
soleha, minat sebab jalan crita dia menarik. pelakon dia pun menarik gak.

mmg sykt fofular dik oi.... kalau nak buat sesuatu x perlu besar kecik, peminta sedekahpun ada yg penipu.

marinahunny said...

ambik ko...sib baik x join, kang x psl2 rugiiiii...........

izman said...

marinahunny,
nasib baik, alhamdulillah.

kebetulan aku tak de duit sebanyak tu yg tak nak diguna pada masa tu, kebetulan aku rasa was2 ttg mana ada program yg boleh bayar sampai mati, kebetulah Allah tutupkan hati aku utk masuk benda tu, kebetulan aku lebih pentingkan makan ayam berbanding layan benda tu.

Mak Su said...

byk orng dah approached aku pasal ni, tapi aku a bit reluctant, sebab aku tak minat pelaburan2 macam ni, dan aku takut tertipu, dorang kata aku pengecut, nanti dorang kaya tapi aku masih miskin, tak apalah, aku tak kesah

ILA said...

Alahhhh...Saya dah invest Rm15 utk Buluh Mas ni.Bagi kat Adik ipar.balik kg jerrr..asyik memujuk.
Tapi niat hanya utk suport dia jerr..tak bermaksud nak keuntungan lansung.Sebab dah awal2 rasa mcm ada yg tak kena cara pemasarannya.
KEdainya yg kat Tg KArang pun dah mula tunjukan sesuatu tak kena since last august.
lagi satuuuu...Yg paling saya tak sedap...dia orang jaja..buluhmas ni dari kelantan dan berkait dgn krabat Dgn Tok Guru.muskhil kan...??

izman said...

mak su,
pelaburan mc ni byk risiko nya. cuma kalau modal kecik, ada gak aku share yg kawan2 cuba. ketegak nk cuba kata org kedah.

izman said...

ila,
siannya kat ko. aku harap masih ada sinar utk dapat balik duit ko tu.

ILA said...

"ila,
siannya kat ko. aku harap masih ada sinar utk dapat balik duit ko tu."

ahakkkk!!! Tak yah lerrr...
Rm15 tu anggap sebagai sedekah:D

izman said...

ila,
rm15 pun duit oi...

tapi nasib baiklah sikit yer.