Monday, October 13, 2008

Kes Tersangkut Zip

Baca utusan online hari ni (13/10/08), selain crita srk dapat datuk, ni satu lagi berita yg manarik perhatian aku; Pelajar pra sekolah tersepit kemaluan pada zip seluar. Kalau crita bab2 bahagian mane pilih presiden, naib presiden umno tu tak menarik perhatian aku langsung. aku yakin ds najib tun razak yg akan menang jd presiden. itupun kalau dsai tak tumbangkan parlimen laa...

baca crite budak tersangkut zip pada anunya buat aku gelak sendiri. aku yakin majoriti budak2 lelaki diawal persekolahan dulu rata2 mane ade pakai spender dan kejadian terlekat pd zip memang normal. aku secara peribadi pernah beberrapa kali terkena. tapi dah besar dan lepas kena khatan memang dah tak kena la. cuma pada pengalaman dulu2, kena tersepit anu pada zip berlaku kalau kita terlalu tergopoh gapah tarik zip sebab nak cepat berebut makanan di kantin, loceng berbunyi dan cikgu garang nak masuk kelas.

sape yg terkena pasti masih terkenang2 kesakitannya. sakit sioot! tapi budak dulu2 agak keras dan berusaha sendiri utk melepaskan anu dari zip tanpa memanggil kawan atau cikgu menolong. kalau kes surat khabar hari ni, may be anunya terlekat semua kot. aku tumpang simpati pada budak tu.

nasihat cikgu tersebut agar semua ibubapa galakkan anak2 pakai spender adalah betul tapi berapa ramai budak2 yg suka pakai spender. panas beb! tu belum masuk bab tak selesa dan salah parking.

aku masih teringat masa aku di tingkatan 2 dulu. kelas aku majotitinya amat nakal, biasalah budak2 kampung. suatu hari ada kes kecurian wang kelas. memandangkan jumlahnya agak banyak iaitu lebih kurang RM100, dan semua tak mengaku. semua murid dlm kelas tu di arah ke bilik ERT (ekonomi rumah tangga) dan diasingkan lelaki dan pompuan dlm bilik berlainan. beberapa guru disiplin lelaki menyuruh kami mengaku dan bayar balik, tapi haram tak de yg mengaku. so, body search dilakukan pada kami semua. habis dada, ketiak, bontot dan celah kangkang diraba (dinodai?) untuk mencari duit yg mungkin disorokkan. tak jumpa.

akhirnya cikgu lutfi (aku mmg tak suka cikgu ni sebab tu aku masih ingat nama dia)suruh semua pelajar lelaki tanggalkan seluar dan baju. maksud dia hanya tinggal spender dan baju dalam (singlet daa...). haram jadah betul. dah la tadi raba2, ni suruh separuh bogel pulak. ni lah padahnya suruh cikgu ajar pertanian jadi cikgu disiplin. ingat kami ini ayam ke nak suruh dibogelkan dikhalayak ramai dihadapan beberapa guru dan kawan2.

beberapa kawan aku enggan tanggal seluar. mengamuk cikgu lutfi. bila diherdik, mereka dengan selamba menjawab "tak pakai spender la cikgu". akhirnya kami dibahagikan kepada kumpulan berspender dan tanpa spender dan pemeriksaan rapi dibuat. member aku yg paling samseng siap warning cikgu disiplin "nak check boleh check, tapi jangan sentuh k**e". kami semua diperiksa tanpa dipegang anu. akhirnya kami dilepas dan dibebaskan selepas tiada duit dijumpai. jangankan nak jumpa duit seratus hengget, nak jumpa duit seringgit dalam kocek kami pun susah. rata2 semua orang susah, masing2 bawal bekal ke sekolah. duit cuma untuk beli air dan kuih. kalau bawa duit lebihpun sebab ada kelas tambahan.

member aku ni samseng tahap gaban. cikgu lutfi tu pun pernah ditarik baju dan ditunjukkan penumbuk dimukanya oleh kawan aku tu. diam cikgu tu. kes dia sebab cikgu lutfi paksa semua pelajar bawa baja tahi lembu atau tahi ayam satu beg setiap hari. sape tak bawak kena rotan. padahal itu untuk projek pertanian kelas pertanian je, kami kelas perdagangan. selepas kes acu penumbuk dan aduan kepada pengetua, akhirnya arahan bawa tahi tu hanya untuk kelas pertanian.

Untuk berita penuh mengenai pelajar tersebut, korang baca ni yer...

Pelajar pra sekolah tersepit kemaluan pada zip seluar
PASIR PUTEH 12 Okt. - Akibat tidak memakai seluar dalam, seorang pelajar lelaki pra sekolah sebuah sekolah di bandar ini telah tersepit hujung kemaluannya semasa menarik zip seluar semasa keluar dari tandas sekolah hari ini.

Pihak sekolah terpaksa mengambil masa hampir sejam bagi membuka kembali 'bahagian' tersepit itu yang bertambah sukar apabila pelajar itu meronta-ronta akibat kesakitan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, beberapa guru lelaki terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk membantu pelajar berkenaan seperti menggunakan gunting bagi memotong zip dan penyepit besi untuk melonggarkan bahagian yang tersepit.

"Kanak-kanak berusia enam tahun itu membuang air kecil di tandas sekolah berkenaan pada waktu rehat tetapi disebabkan tidak memakai seluar dalam sebahagian kulit kemaluan tersepit pada zip seluarnya," kata guru yang bertanggungjawab membuka bahagian tersepit itu, Che Alias Che Deraman.

Beliau berkata, ibu kanak-kanak tersebut telah dipanggil ke sekolah bagi membantu menenangkan anaknya dan memudahkan kerja membantu pelajar tidak bernasib baik itu.

"Kita memberi cadangan kepada beliau untuk merujuk kes itu ke klinik kesihatan yang berdekatan tetapi tidak dipersetujui oleh ibunya yang terus meminta pihak sekolah menguruskannya," katanya.

Sehubungan itu, Che Alias meminta ibu bapa menasihatkan anak masing-masing supaya memakai seluar dalam bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

Sumber : Utusan Online bertarikh 13/10/2008


moral of the story :
1) pakailah spender bila pergi sekolah. dulu pakai seluar pendek, terkejut kakcik2 bila belalai gajah tu terjuntai.spender pulak biarlah yg ada semenggah sikit, kalau siap ada lubang kat depan untuk bertenggek, tak guna jugak.

2) report pada guru besar atau pengetua jika tak berpuashati ngan cikgu2. jangan ugut, pukul atau gores kereta cikgu2. kereta mereta tu dibeli dengan duit gaji mereka bukan dapat free hasil hadiah peraduan gores dan menang.

3) cikgu2 hendaklah tunjukan kelakuan terpuji. kalau suka2 nak pukul pelajar jangan jadi cikgu pertanian, jadilah cikgu karate. so, hari2 boleh karate pelajar dan siap dapat bayaran lagi daripada pelajar yg dikarate.

4) berkhatan (bersunat) awal adalah antara jalan penyelesaian kes tersangkut anu pada zip. selain kebersihan, keselamatan asset penting itu juga terpelihara.

5) jangan bawa duit banyak ke sekolah atau tempat kerja, hilang payah. dalam hampir keseluruhan kes, memang tak jumpa pun. g mencuripun bukan bodoh nak simpan dalam poket, spender atau coli. kalau kes kehilangan wang atau henset kat kilang, walaupun pekerja menangis mengadu ngan aku, malas aku nak layan untuk buat spot check. buang masa dan kacau productiviti je. nasihat aku pada mereka, gi buat laporan polis.

14 comments:

- G O R O - said...

Salam.

Check out my latest entry.

Jemput yer.

izman said...

-goro-,
tahniah atas pernikahan ko.

semoga jodoh berkekalan, murah rejeki, dikurniakan zuriat yg baik.
Aminnn...

ILA said...

Salam..
aduiii..
terseksa rasanya...
pgalaman seperti adik sya juga..tapi tak delah teruk sgat..
selang 2 ari..doktor suggest suruh sunat skali..

muadzlife said...

dasat nyer cikgu tuh.

izman said...

ila,
"setiap budak jantan akan merasa, saatnya keperitan tersepit" (nyanyi sampai abis guna lirik sendiri).

pengalaman ngeri tu. ia lebih sakit dari bersunat.

izman said...

muadzlife,
ala kenangan masa degil dulu2.

Iliana said...

alamaks....nk xam esk ni...blh plak t'bce kes ala2 sensored ni wawawa....tp btol la saranan tu...kdg2 bdk da bsr pn xpki gak, lg ske pki boxer...mslhnye, terang jelas lg nyata blh nmpk...hehe percuma!

klu pelajar perempuan dlu kne raba bhgn blkg bdn, nk cek pki singlet or bra ke x...isk2...mcm2 hal la...

izman said...

e-leeyana,
he.3x.

x kan belum sdia lg kot? ala kacang je kan (dah lepas blh la eksyen!)

cendawanintim said...

uihhhhhhh, aku pon pernah pengalaman abang aku tersepit zip suar dulu2...

meraung2 sampai muntah2!!

Nur a.k.a admansyah said...

ops! no komen.. tapi lepas I bc yr n3 ni smlm, I ask my hubby! die ckp kes biase cuma tgk-lah camaner `yg kena' tu.. kalau kuat, diam je-lah! tak tahan sgt... baghu mintak tolong! he..he..
My youbgest son, Adam dah sunat ms 2 hari tapi abg die Aiman blm! ngeriiii...

Iliana said...

opssss....colan pn xde lg...xsempat nk cri....n msih ramai yg agk sy msih sek lg...maklum la muka muda katakan hahaha

izman said...

cendawanintim,
abg ko tu terzip semua kot?? haru dan sedihnya.

sakit woo....

izman said...

nur a.k.a admansyah,
budak lelaki normal aku confirm pernah kena walaupon sekali. yg x normal tu atau saiz pertumbuhan tak baik tu aku no komen.

adam sunat di usia 2 hari? perh.. respect abis. aku usia 12 thn kot sunat.

izman said...

e-leeyana,
good luck in ur exam.

biar muka muda tapi matang dari muka dan usia tua tapi perangai tak matang.