Friday, October 24, 2008

Jenuh layan rumah terbuka dan majlis kahwin

Sekarang baru agak santai. kerja menimbun dan terpaksa menghadiri pelbagai mak nenek punya meeting dan diskusi berkaitan kerja. APa2 pun aku buat dengan redha dan ikhlas walaupun penat, kerana aku dibayar untuk bekerja.

selepas hari raya ni banyak benar undangan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka. susah aku nak tolak. kalau yg jemput langsung aku tak kenal, memang banyak alasan boleh diberi. tapi kalau kawan2, bagaimana alasannya? aku seboleh2nya cuba menghadiri majlis2 yang diundang sama ada secara berkeluarga atau sekadar pergi bersama kawan2 yang lain.

sabtu lepas sahaja 3 undangan utama, termasuk di putrajaya, sungai besi dan pantai baru KL. aku sekadar ke pantai baru dirumah sahabat yang agak rapat. undangan di tempat lain terpaksa ditolak kerana ada sahabat yang ingin berkunjung ke rumah aku. itu belum lagi sahabat2 yang main terjah je pada sebelah malam. Pada umumnya aku tiada masalah untuk menerima kunjungan kawan2 pada sebelam malam tapi wife aku tak suka main terjah2 datang. almaklumlah kami juga perlu bersedia menerima tetamu dengan keadaan rumah yang tidak bersepahan dengan mainan anak2. kuih muih juga hampir tinggal serdak, kami perlu bersedia menjamu. tak elok rasanya kalau tetamu sekadar dihidang dengan kopi o dan biskut keras di musim perayaan aidilfitri ini.

contohnya malam semalam tiba2 seorang sahabat baik menelefon bahawa dia sekeluarga dlm perjalanan ke rumah kami. kelam kabut dibuatnya. maklumlah rumahnya kurang 5km dari rumah aku. orang dah nak datang, tak kan aku nak kata tak payah datang kot! aku pulak bukan pandai sangat berbohong kata aku tiada dirumah. so, aku minta wife kemaskan ruang tamu lebih kurang dan menyediakan sdikit juadah. sementara aku bawa luqman dan pika ke kedai membeli sedikit kek, makanan ringan, kacang, jelly dan longan dalam tin. luqman dan pika kena bawak untuk elakkan mereka 'kemaskan' lagi rumah sementara ummi mereka berkemas. Alhamdulillah, dapatlah sahabat tu dan keluarga tu makan sedikit juadah dirumah kami. hanya itu rejeki yang termampu kami sediakan. sebelum balik sempat jugak aku tumbuk perut boroi kawan tu kerana main terjah je.

untuk hujung minggu ni dah ada 2 invitation. satu macam tak boleh elak pasal dia pun dah gi rumah aku beraya. terpaksa buat lawatan balas la pulak.

Dalam kepala sekarang terpikir nak bercuti. satu tahun kouta percutian utama mengikut kemampuan aku ialah 3 sahaja. untuk tahun ni kami dah bercuti di cameron highland pada februari 2008 dan singapura pada julai 2008. masih boleh satu lagi kot? pegi port dickson, atau tempat peranginan dekat2 setakat tidur semalaman aku belum panggil cuti lagi. so, bukak drawer keluarkan buku tempat2 pelancongan yg aku boleh dapat diskaun baikk punya. nak jadi ahli kad pelancongan yang mahal2 macam berjaya vacation card, tanco world dan sebagainya aku belum mampu, so jadi ahli kad diskaun je la yer.

belek2, kepala asyik terfikir terengganu dan langkawi. terengganu off course sebab aku sebahagian warga terengganu (biar betul, entry lepas kata warga pahang. sekejab warga selangor).
aku masih rindukan pasir2 pantai dan awek2 teganu yang gebu2. makang kopok leko kat losong, beli kuih kat paso chabang tige, makang sata kat ladang, mandi manda kat kuala abang, cari biji ketereh kat kemasik, layang ais krim goreng kat batu burok, jadi kuli kat hock kee seng, dating kat a&w kat bangunan permint (bangunang tempat cendawanintim kerja sekarang), layang crite hisdustang kat panggung cathay dan rex 9sekarang dah tutup), ngorat kat kedai pasor payang. arghh... terfeeling kejab! apa tajuk tadi? ingat nak gi bercuti kat terengganu. kalau gi sana mau seminggu. mula2 kena gi rumah ahli keluarga dan saudara mara dulu. aku terpaksa duq rumah makcik aku kat wakaf tembesu. kemudian baru boleh pikir nak gi pulau kepas ke pulau redang.

Disebelah otak sebelah kiri pulak terfikir nak gi langkawi. rasanya dah berjaman aku tak ke sana. duduk masa sekolah pastu belajar kat uum ada la jugak gi sana sebab dekat dan kos murah. lepas dah kahwin tak pernah sampai. rindu nak makan ferraro roche puas2. yg lagi gairah nak gi sana pasal adik aku sekarang kat sana bersama keluarganya. bercuti bersama keluarga mertua dan ipar duai. baru selasa lepas gi rumah dia kat kuantan.

so? kena cepat2 kumpulkan budget kalau nak pergi. tapi kalau nak gi hujung tahun agak payah pasal fully booked. terengganu aku tak kisah pasal tempat sendiri. kalau kat langkawi, tak kan nak tidur tepi jeti kot? hujung tahun biasanya aku yg payah nak cuti pasal semua kerja nak kena closing. raya cina anak sepupu aku kawin pulak. kena convoi ke rumah pengantin lelaki di kelantan pulak. itupun duit jugak. kalau gaji ribu riban boleh jugak joli sakan, ini gaji ciput je. kena la planning.

apa2pun serah saja pada Allah. kita mampu merancang, segalanya terjadi dengan kehendaknya.




IZZI ADVERTISING--------------------------------------------------



8 comments:

Mak Su said...

ha... habis tu nak gi mana?

izman said...

mak su,
tgh fikir la ni. tapi hati lebih berat nk balik teganu.

cendawanintim said...

harussssssss ko balik teganu..

aku pon planning nak ke langkawi gak...tunggu asben free ajer..alhamdulillah anak dah beso..sonang sket..

izman said...

cendawanintim,
teganu confirm kena balik. kawang2 ramai kat sana.

ko nk tunggu anak beso baru nak gi langkawi? kang beranak lagi....

Nur a.k.a admansyah said...

mmg aku konfius... citer sket kat I biler ms hang dok Trg? hang nak bercuti nie biler? zaman tengkujuh nie.. toksah ler pi Trg... tp dgrX2 Kedah/ Langkawi banjir balik erk?

izman said...

nur a.k.a admansyah,
tu la malas nak crite.... sekarang mmg dah jadi org pahang sbb mak ayah dan isteri org pahang. dolu2, teganu le. tu tempat aku akhil baligh, bekerja dan berkawang2.

Anonymous said...

Huh! Confius Confius aku.
Sikit lagi nak terbakar Fius dlm kepala. Sekjap anak Pahang, jap anak Ganu.. Mu biar betul...He He He. Takpele .. janji anak Malaysia.
Bukanke HR gaji Ribu Raban ???

izman said...

Anonymous,
la pandai pun. kulit putihke, kulit hitamke, kulit biruke; kitakan oleh malaysia.

mmg org HR pegang gaji ribu riban, gaji orang lain laa.... aku takat kerani rendah je.