Thursday, July 3, 2008

Penatnya....

hari ni masuk keje agak lesu pasal terpaksa siapkan semua kerja sebelum bercuti esok hingga isnin untuk singapore trip. masa keje nak kena siapkan pelbagai report dan salary. interview orang nak keje (bila turn aku nak di interview ni? opss! belum apply keje lain rupanya).

malam ambik masa sket study the cheapest way nak berholiday in singapore. biasalah orang budget ciput. kebanyakan tempat gi ngan mrt atau taxi je. ingat nak ambik tour guide tapi macam skema sangat. lagipun aku mana suka ikut2 cam2 je. jalan sendiri lagi best.

so far dlm perancangan ada few place nak gi kalau keadaan, cuaca, duit, masa dan kesihatan keluarga tak de masalah. antaranya :-
1) sentosa island - cable car, dolphin lagoon, underwaterworld
2) orchard road - window shopping je la...
3) arab street
4) night safari
5) geylang
6) china town

perjalanan esok dengan bas dari gombak. actually ramai yg gi sebab nak raikan kawan aku nikah dengan singaporean pada hari jumaat. dalam group tu, kami je bukan ahli keluarga mereka. tapi since kami rapat since masa universiti lagi dan dah biasa tidur rumah family dia, tak nampak macam orang luar sangat la. hampir semua ahli keluarga kawan aku tu aku kenal. kami chartered bas persiaran untuk gi dan balik dari singapore.

mula tu ada cadangan reramai gi jalan sama2, tapi aku secara peribadi tak berapa suka pasal tak seronok dan agak memenatkan kepada yg ada anak kecik mcm aku. tempat yg nak gi untuk orang ada anak kecil dengan semua dewasa mana sama kan? kalau gi sendiri bebas sikit. rasa larat, teruskan perjalanan. kalau dah flat gile, balik hotel je la. tak de siapa nak marah. dari tunjuk muka toye kat orang lain, baik jalan asing2. untuk family aku, kami sepakat nak spent time kat sentosa island.

luqman dan dekat 2 minggu tanya bila nak gi singapore? tak sabar nampaknya. asyik mintak nak naik cable car je bila aku tunjuk few broucher ttg sentosa island. berani ke luqman ooi...!

cuma aku tak tau apa reaksi anak2 bila naik bas esok. seingat aku mereka tak penah naik bas. luqman dah banyak kali mintak nak naik bas masa berselisih dengan bas di jalanan, tapi aku kata nanti kita naik. pernah wife ajak balik kampung dengan bas, tapi aku tak nak. pertama tak selesa, kedua sebab aku suka berhenti2 lepak dan pekena kopi, dan ketiga sebab takut ramai tanya "kenapa naik bas? kereta dah kena tarik ke?"

tapi esok, kami akan naik bas. katanya ambik masa 4-6 jam utk sampai ke stesen bas di singapore. keras la bontot aku nanti. penginapan di singapore pun asing2, ada yg tinggal dengan relative pengantin perempuan, saudara mara dan hotel. since budget ciput, aku duduk hotel ciput la. syukurlah ada tempat bermalam.

doakan aku selamat gi dan balik yer.

4 comments:

cendawanintim said...

yer, aku doakan ko pegi n balik dengan selamatnyer dengan selamat membawa souvenier aku...hiks..

ermmmm...fridge magnet erk...lariksss

izman said...

cendawanintim,
canpur ko, dah 4 orang mintak fridge magnet tu. insyaallah.

ratna said...

selamat bercuti ke spore. hati2..kat sana byk sgt peraturannya.

izman said...

ratna,
thanks singgah. memang banyak peraturan. negara kecik, senang dia control.