Monday, July 28, 2008

Shopping kat Nilai 3, Negeri Sembilan

kakak aku dtg rumah aku jumaat lepas. sampai jam 830pm, so aku gi jemput dia hentian bas bandar klang. hari sabtu (26/07/2008), aku sekeluarga dan akak aku bertolak ke nilai 3, negeri sembilan untuk shopping raya. kami singgah jab kat putrajaya jemput sepupu aku yg nak ikut sekaki.

untuk aku belum masa utk shopping psl aku sengkek belum gaji. gaji ujung bulan. lagipun adik pompuan aku nak nikah bulan 8 ni, so sebagai abang aku yg kena tolong. bestkan jadi adik, asyik dapat sponsor je.

kami sarapan nasi kerabu di putrajaya. then straight ke nilai 3. akupun tak pasti hiway mana aku redah sebab sepupu aku yg bagi panduan. aku jd drebar je. dari putrajaya mmg dekat je nilai 3. tol rm3.00 je. semua kos termasuk tol dan minyak akak aku sponsor.

akhirnya kami selamat sampai di nilai 3. pada aku inilah kali pertama aku sampai sini. nilai square aku penah sampai dulu, itupun pasal sesat jalan nak short cut gi port dickson (PD) dari sepang. tempat pertama kami singgah ialah tandas. gila kau, tangki penuh beb. untuk aku dan sepupu aku, kami redah kedai bundle. menarik gak bundle kat sini. murah2. setelah meredah 4-5 kedai, kami buat keputusan tak mau beli sebab semua murah. stress la nak buat pilihan ni.

akak aku ajak gi kedai2 jual barang jual barang perkahwinan. tak kan survey untuk diri sendiri kot. mampus aku kena bobbit dgn wife aku nanti. tapi ikut sejarah keturunan mmg aku aku ada peluang psl kedua datuk termasuk papa aku mmg kawin lebih dari satu. (seronoknye... opsss!). nak tengok2 apa barang yg boleh dibeli utk majlis kahwin adik kami tu. sorang nikah bulan 8 thn ni, yg sorang pompuan lagi awal thn depan. survey harga la.

then, kami cari kedai pakaian untuk raya. aku cuma bisik kat wife "abang takde budget. kalau nak beli untuk anak2 dulu boleh. untuk ayang kita datang kemudian". (wife angguk lemah, dan aku tau kalau aku tak tunai janji mau dua bulan aku kena puasa kang!). tengok pakaian memang meriah. aku nasib baik tak muntah hijau tengok pakaian very colourful. yg sebabkan nak muntah ialah penat berjalan dan bau orang yg jual pakaian. majoritinya orang pakistan dan bangladesh.









sambil berjalan aku jumpa sign ni yg menarik hati aku. aku tak pasti kain ni nama "angka sawan" atau orang yg sibuk memilih jadi sawan. sebenarnya ini ialah promosi kain terbaru jenama 'angkasawan'. tak pasti la pulak bila datuk dr sheikh muzaffar reka kain ni masa misi melawat angkasa lepas.

aku tak pasti berapa kali aku kena alihkan kereta. dan aku tak tau berapa gelen air aku bedal. yg lain jalan2 berapa puluh buah kedai beli barang dan aku yg kena alihkan kereta lebih dekat. sape penah gi nilai 3 tau lah betapa besarnya nilai 3. pompuan kalau tengok offer pakaian, pinggan mangkuk memang boleh hilang sekejab kewarasannya. itu yg anak selalu tertinggal. luqman pulak bila aku nak alih kereta dia nak ikut. kesian tengok dia letih berjalan, terpaksa la dokong.

untuk anak2 dapatlah sikit sorang beliannya. luqman tak kisah dapat pakaian, dia dapat mainan baru dah cukup. dah penat kami rehat dan makan kat textile walk. kat sini je lah ada makanan cepat (fast food) jenama marry brown. kat dalam marry brown ni je ada atm machine bank rakyat kalau kehabisan duit shopping. syukur jugak pasal mesin atm kat sini biol, ramai mengeluh tak boleh keluarkan duit termasuk kakak dan sepupu aku. kalau tak sampai malam la kami duduk nilai 3. kat sini jugak ada tempat mainan kanak2 dan video games. luqman dah nampak games, memang kaku la. aku jugak yg kelu kena keluar duit. tak pe la luqman, main la. asal luqman suka, ayah pun suka.










pika dan ummi dia kelabu mata pilih pakaian. namun aku suka pakai pika cool je dipakaikan tudung indonesia. may be sebab dia biasa tengok cerita indonesia dgn ummi dia, atau sebab asyik puji dia cantik pakai tudung (pompuan kalau puji sikit senyum sampai telinga la...) atau sebab dia selesa. so, dapatlah dia tudung. sekarang sikit2 mintak tudung dia walaupun dalam rumah atau pakai seluar pendek je.

akhirnya aktiviti shopping tamat setelah tiada lagi duit untuk dibelanjakan. kereta aku pun dah sendat. bayangkan 5 bidang tikat besar diselit antara pintu depan dan belakang. kakak aku beli 2 set langsir, beberapa puluh helai pakaian untuk dia dan anak dan kiriman kawan2. sepupu aku jugak beli satu set langsir untuk mama dia, tilam kekabu, sandal, mainan dan sebagainya. wife aku lagi. sedihnya, untuk aku cuma sepasang sandal buatan china untuk gantikan sandal aku yg dah setahun tak berganti. jadilah....

balik singgah kat putrajaya hantar sepupu aku tu. ringan la sikit kereta. sebelum tu kami sempat la makan petang kat putrajaya.

malam nya akak aku nak beli tiket balik jerantut. so, lepas makan kami ke bandar klang beli tiket. then, singgah jab kat jusco bukit tinggi. gila babi punya jammed masa nak masuk area bukit tinggi. may be sebab ada jusco sale kot. aku dah kehabisan modal nak shopping. nak pakai kredit card takut menangis masa nak bayar nanti. yg spent kat singapore masih belum bayar. untuk aku, beli buah berangan je la .....

hari ahad, aku hantar akak aku ke hentian bas bandar klang. bayangkanlah barang2 yg nak dibawa balik. aku la yg kena pikul dan sumbat dalam bas. tikar buluh akak aku yg 3 bidang tu dia suruh aku yg bawa balik masa adik aku kawin nanti. siap pesan, kalau nak gi nilai 3 nanti bagitau dia. ni sah bini aku yg cakap ni. tak pe lah, minyak dan tol confirm akak aku kena bayar lagi. sayang akak.

14 comments:

cendawanintim said...

Soping takleh gaji mana syiokkk kan...kira window soping laaaaaa...

ko baru nak setat buat preparation raya ker??

izman said...

cendawanintim,
window shopping kata kau. tah berapa ratus aku abis tau. beli tikar buluh yg besar lagi, pakaian lagi, ect.

window shopping kalau takat duduq depan cermin kedai.

Nur a.k.a admansyah said...

Mak aiii pegi Nilai 3? shopping raya kott?? tapi, mmg murah ler rege kain tu. sy pun beli utk raye thn nie, Izwan.. awak tahu kat Jakel brp? Rm30 hinggit beb! kat psr mlm murah sket... letak Rm25 but boleh tawar lagi. Grr...

Ooo.. awak ada sepasang? yg boy tu mesti dlm 3-4 thn? mmg tgh minat main game ler! he..he..

izman said...

nur a.k.a admansyah,
ko suka2 ati je letak nama aku izwan. izwan nama adik aku.

ko sebut la kain ape, semua aku x kenal. aku tukang bayar je.

yup sepasang. lelaki 4 thn. pompuan 2 thn. mmg hantu games.

Mak Su said...

amboi... insaf tgk anak kecik tu tutup aurat...

izman said...

mak su,
saje ajar. kebetulan dia pun suka. sekarang asyik nak pakai je. syukurlah kalau dia kekal bertudung sampai bila2.

b u n g a h a t i said...

a'a kat Jackel 30hengget lebih.
kain angkasawan tu vogue.
kilat malat..
bak kata org memakainya seperti berada di angkasa. dikelilingi bintang2.. :P

izman said...

bungahati,
jackel? angkasawan? mana la aku kenal nama kain. utk wife dan anak2, wife yg pilih. tukang bayar je...

maliksutanmuda said...

amboi, coping tak hengat ek...tp harga murah kan..leh tawa2 kan..

borong kain la gamaknyer..bikin baju raya..langsinr raya...raya sakan la kan..

sure dah berjuta rupiha abg habiskan yer...wachaaa

izman said...

awieworld,
ha.3x. shopping sikit je psl blum gaji. tapi mmg habis berjuta2 rupiah la. bukan pompuan je gelap mata pilih pakaian, yg jantan pun naik pinau mata ttg warna warni dan pompuan lawa2 (ops!)

arsaili said...

salam..wahh dh sibuk shopping raya ekk...sedih plak kena raya di perantauan..sob sob sob

izman said...

arsaili,
itu baru shopping panaskan badan. yg sebenar akan datang.

beraya di tempat orang adalah pengalaman berharga. tapi manakan sama ketupat rendang emak di malaysiakan?

Anonymous said...

Kalau suka beli kain2 cantek2.. jom la pegi ke Casamoda Seremban 2.I baru joint ahli di portalnya.www.casamoda.com.my. Daftar online je dah dapat voucher RM50.Pas tu ni nak masuk Kuiz pulak.hadiah cash RM300 bulanan.Ada lagi pakej easy payment yg boleh bayar ansuran kalau nak beli fabrik perkahwinan. jommm.tq Ima

Anonymous said...

Wow! Nilai 3 pasti di sukai orang ramai. Di sini ada infor yg amat berguna tentang sesiapa yg ingin ke Nilai 3 pasar borong. Ia adalah tempat shopping yg famous di Malaysia. Happy shopping
Nilai 3
Semua kedai di Nilai 3
Kedai di Textile walk shops Nilai 3
Map ke Nilai 3 dr Nilai tol gate
Map ke Nilai 3 dr Mahkota tol gate
Nilai 3 Pasar borong
Enjoy~