Wednesday, July 9, 2008

Trip ke Singapura - Part 3

Sepanjang di singapura, makanan tak jadi masalah sebab kami doq kat geylang yg majoriti orang melayu. dari hotel, senang je nak gi makan. ada gerai mamak, foodcourt, restoran, 7-eleven dan sebagainya. yang famous kat situ ialah restoran hajjah maimunah. betul2 depan hotel aku duduk. makanan mahal sikit la.

kebanyakkannya aku makan kat foodcourt yg terletak dalam 3 minit perjalanan. pelbagai pilihan dari nasi padang, nasi ayam nasi goreng, sate, roti prata (roti canai), biryani dan pelbagai lagi. nasi padang dan roti prata aku cuba tapi tak menepati jiwa aku. pilihan aku nasi biryani gum ayam dan nasi goreng seafood. makanan agak murah berbanding malaysia kalau korang tak convert duit. contohnya nasi ayam S$3.00, nasi goreng seafood S$3.00, nasi paprik S$3.50, egg prata (roti telur) S$1.30. kalau semua benda korang fikir berapa ringgit malaysia harga dia, memang tak makan la....

dekat area geylang ni kami jalan2 la beberapa tempat antaranya:-




Bila perlu bantuan, sapa je terutama yg melayu. mereka sedia membantu. lebih ramah bila bertanya orang melayu dan mereka tau kita orang malaysia. seronok sembang. masa bargain kat pasar ke kedai, aku cakap aku orang malaysia. dapat la diskaun bagus sket. may be diorang tau org malaysia duit kecik je. tenguk muka pun diorang tau muka sengkek. tengoklah nanti kalau aku kaya, aku gi sana pakai kot dan tai lagi.

Lagi-lagi sambung.........

6 comments:

cendawanintim said...

gelak aku baca n3 ko kali nih...

aku tunggu ko pegi pakai kot n tai plak...time nih FM magnet aku mesti bertambah..hiks

Mak Su said...

kalau niat nak berjalan, enjoy....ek, jgn fikir2. bajet elok2 dari mula.. kan.

izman said...

cendawanintim,
banyak la ko punya kelako. kalau aku kaya boleh la pakai tai jalan2.

izman said...

mak su,
nasib baik juga dah budget awal2. enjoy? sudah semestinya.

Lily.Lulu. said...

betol tuh bang
kalau makan tuh asik nak kira convert harga msia mmg x makan la
makan roti ajo lah
kurus skit kan
hhuhuhuhuhu ~


bang .. pasar buat ape
beli ikan ke ?
:P

shahril aley said...

kalau mau makan terpaksa la
nak tahan mau kerempeng balik malesia....
tak pe kalau dah kaya jangan lupe sponsor saya skali okey :)