Friday, July 11, 2008

Trip ke Singapura - Part 4

Pada hari kedua di singapura, agenda utama ialah ke pulau sentosa. perjalanan dengan mrt ambil masa lebih kurang 12 minit dan terpaksa interchange mrt. dalam perancangan awal, ingat nak ke pulau sentosa naik cable car dan balik semula menaiki sentosa monorel. namun perancangan terencat sebab luqman nak balik naik cable car jugak. apa2 lah luqman, asal bahagia. ayah dan ummi ikut je. kat sentosa island, destinasi pertama ialah imbiah lookout. mcm2 ada kat sini, dari butterfly farm, tiger tower, images of singapore dan macam2 lagi.

kemudian kami ke underwaterworld menaiki bas dalaman pulau sentosa yang free. tiket dewasa S$19.90 sorang. kanak2 tah berapa harga dia aku lupe. cuma luqman yg kena bayar sebab dah lebih 3 thn. tiket ni termasuk harga tiket ke dolphin lagoon.

masa ke dolphin lagoon, kami lepak2 dan berehat di palawan beach; iaitu pantai buatan. best jugak la pasal ramai orang berbikini lepak kat situ. boleh cuci2 mata.

sebenarnya byk jugak tarikan pulau sentosa, tapi dengan anak kecik payah sikit. ada dragon trail. yg aku ralat sikit ialah tak gi merlion sebab luqman dan pika ketakutan tengok menarang tu yg besar bagak. actually dengan bayaran S$8.00 sorang boleh naik ke kepala merlion tengok pemandangan. nak tinggal anak2 dgn wife semata2 nk naik menatang tu rasa tak best jugak. sabar ye merlion. lain kali aku naik ko.

cuma kat sentosa ni serba mahal. dah la masuk island dia ada yuran tak silap aku S$3.00 sorang. semua permainan mahal gilos. makanan dan minuman pun mahal gak. tapi tak de choice. minuman yg murah sikit kat sini ialah air tin terutama coke. beli setin S$1.60, kalau beli dua tin harga dia S$2.20.

yg nyata kami sekeluarga enjoy di sentosa island. duit memang banyak habis tapi berbaloi.

Ada satu laie sambungan yo.......

6 comments:

Lily.Lulu. said...

x sabar nyaa nak pergi singapore !!
dah lama x ke sana ...
:D

shahril aley said...

kalau nak kegembiraan tahap max terpaksa la korban uang ringgit demi kluarga. skrg mana ade free.... ayaq kosong pun dah mahai
huhuhuhu

kalau famili hepi mesti bang izman pun hepi gak :)

pu3nemo said...

Da pnh naik cable car tu g sentosa,
ya ampun,takut seh..
sm takut cm naik cable car g genting.. =)

izman said...

lily.lulu,
jangan tak pergi. best.

izman said...

shahril aley,
alhamdulillah hepi sgt. kalau kena caranya, tak le mahal sgt kos kat sana.

izman said...

pu3nemo,
anak pertama excited gile. gi dan balik nak naik cable car jugak.

perasaan takut ada jugak, tapi tawakal je.