Monday, July 21, 2008

Habiskan hari sabtu dan ahad

hari sabtu 19/7/08, tiada aktiviti yg penting. pada malamnya aku sekeluarga gi rumah adik ipar aku sempena majlis hari jadi anaknya yg pertama. nama anak dia " Puteri Dania binti Nik Sanusi". lepas mkn malam baru kami bertolak ke kg melayu subang.

perjalanan ambik masa dalam 45 minit. sampai dah lewat iaitu dlm jam 930pm. hanya ahli keluarga yg tinggal. so, bebas sikit. nasib baik anak aku pika sanggup lepaskan bear besar tu. mulanya masa nak bungkus mengamuk jugak. lepas pujuk, ok lah. pompuan tak kira besar kecik, rahsia dia cuma pujukan!

aku sempat rasa makan mee, kuih favourite aku iaitu agar2, dan kek hari jadi. nak makan menda lain perut masih kenyang. namun, bila bapa mertua adik ipar aku keluarkan rambutan ngan durian kampung raub pahang mari, aku payah nak berhenti. best gile durian kampung.

sori tak de gambar pasal camera aku dgn adik ipar tu. tak kan aku nak minta snap gambar pulak. dlm 1130pm, kami angkat kaki. sebab wife aku tak penah gi uptown damansara, aku ajak dia gi jalan2. sebab malam minggu org ramai gile. parking payah. so, aku pusing 2-3 kali tak de parking, aku pon balik la. wife aku dan kawan2 karib pun dh faham perangai aku, kalau cari parking tak dapat dengan cubaan maximum 3 kali, aku akan belah bodo je walaupun dah janji nak makan disesuatu tempat. kalau nak makan dgn aku jugak, kena tukar lokasi.

ahad, masa untuk bermalasan dirumah melayan tv atau computer. belah malam rasa tak de selera nak makan dirumah. so, aku ckp ngan wife kita mkn nasi lemak special. tak perlu masak. wife ok je. dlm jam 830pm, kami sekeluarga ke tempat nasi lemak kat flat yg biasa kami beli. tak bukak. tak pe kami bergerak ke southern park di klang yg jaraknya dlm 15km. pun haram jadah tutup jugak. kami ke bayu perdana, cilanat tutup juga. last option, taman sri andalas. bayangkan untuk cari nasi lemak, kami berkereta lebih 50km.

bila lalu tmn sri andalas, tiba2 nafsu mkn nasi lemak dah tak de. so aku tukar arah ke andalas corner. kita makan werstern! mcm biasa, hari sabtu dan ahad, memang ramai manusia. wife order chicken chop, aku order black pepper chicken chop with mushroom. luqman dan pika order nugget ayam. air rasmi luqman tembikai dan milo. aku share air tembikai luqman je.

namun mlm tadi order ambil masa hampir satu jam baru dapat. yg tak best, ayam terlalu garing, sos terlalu sedikit dan langsung tak rasa black pepper. aku rasa diorang letak black paper (kertas hitam) kot. bayangkan black pepper c.c aku punya luqman boleh makan. luqman ni memang tak leh mkn pedas. nugget pulak hampir rentung. ikut standard aku memang kena tukar atau buat baling tukang masak je, tapi wife aku ni penyabar. so, aku tapau je nugget tu.

ginilah nasib orang klang, tak de pilihan untuk makanan western yg sedap. yg ada banyak restoran cina. wife aku tak kan masuk punya.

6 comments:

cendawanintim said...

masa makan ciken cop ngan mushroom tuh kenkonon imagine ngap aku ler tuh...ek eleh, sanggup ko makan mushroom feberet aku??

lorrrrrrr, ko suh ler wife ko masak western, aku puas ati kalu masak sendiri, letak ler pape yang kita ske banyak mana pon, kalu kat kedai, kalu request letak lebih, muncung buleh diikat, padahal kita kastemer dia..

arsaili said...

salam...sdr duk kelang ker? bandar kelang itself ker?

izman said...

cendawanintim,
aku mmg suka mushroom. werstern ni sesekali makan sedap la. tekak aku ni tekak org melayu.

nk ngap ko? (astarafirullah hal azim. ko ingat aku ni karnivor yg mkn daging).

izman said...

arsaili,
ye betul, daerah klang. tapi duduk ulu kat port klang.

mama ranggie said...

wah...hebat nih,tahu mcm ne nak handle pompuan dgn pujukan..muahahaha...

izman said...

mama ranggie,
kebolehan semulajadi. ayah aku, dua2 datuk aku semua kawin lebih dari satu, so turun kat aku sikit skill tu (mampos la kalau wife aku baca!)