Saturday, May 16, 2015

Hari Guru

Hari guru.
Dari semalam alam maya dibanjiri mesej selamat hari guru. 16 mei Hari guru? So what!
Apa bezanya hari guru dgn hari2 lain?
Apa bezanya hari guru dgn hari ibu, hari bapa @ hari khamis mlm jumaat?
Tak kedengaran agamawan atau ustaz ustazah menyebar info ia bidaah. Nabi kita tak buat.
Tiada satu cerdikpandai yg dpt sahkan ia sebenarnya satu perayaan kristian spt mereka kata pd hari ibu?
Guru cuma pekerjaan.
Tempat kerja mereka adalah sekolah, kolej, pondok, universiti.
Apa istimewanya guru berbanding doktor, hakim, menteri cgpa 3.85 @ pegawai HR?
Mereka juga guna ilmu utk kemaslahatan masyarakat.
Guru dibayar gaji.
Mereka juga melawan bila hak mereka dinafikan.
Cth? Psl sistem key in rekod berkomputerpun nk lawan kerajaan berdemokrasi.
Lagi gila, salah satu tokoh yg melawan itu adalah cikgu yg pernah melempang aku hampir setiap hari dulu, cikgu izman idrus
Kenapa dgn aku?
Bila tiba 16 mei, aku teringat penderaan yg cikgu2 ini pernah buat pd aku.
Cikgu raden pernah ketuk aku dgn rekorder sbb salah note masa latihan koir sekolah. Bergegar medula oblongata aku 3 hari.
Cikgu zaini pernah marah aku dpn makwe yg sdg aku ngorat, x sempat couple dah putus.
ustaz el/mohd jaafar pernah rotan bontot aku sbb x reti doa iftitah. Lagi haru aku kawin dgn adik isteri dia.
Cikgu isa hari pertama mengajar sains dh mencarut dlm kelas. Ada ke patut suruh kami sebut 'buret' utk alatan radas makmal. Bila kwn aku sebut kn marah. Ckp bacaannya 'biu ret'. Dh la mencarut, ajaran sesat pula.
Cikgu matematik aku mmg x nk ingat namanya, suka denda aku jln itik bila salah mengira. Tambah berdosa aku sbb aku terlihat spender bdk cina plg lawa kelas aku masa jln itik berjemaah. Terpaksa aku baligh sblm masanya.
Cikgu izman idrus, dh la guru kelas, cikgu perdagangan & mentor aku utk group mentor mentee. Pernah dia lempang aku double sbb aku jwb eksport utama arab saudi ialah minyak atar. Habis apa.... untake?
Cikgu red sonja, cikguke hapa kuat merajuk. Salah ke aku jwb 'maka tiadalah ia kedal lagi' sbg 'wanita itu sudah tiada dara lagi' utk subjek sastera hikayat melayu sang sapurba dan malim lebar daun. Natijahnya, aku diminta oleh cikgu kelas kesayanganku cikgu normah utk meminta maaf.
Huh... jika nk aku senarai apa cikgu2 tu buat pd aku, 7 hari 7 mlm belum tentu habis.
Aku hairan mengapa kita begitu mudah menulis 'selamat hari guru' utk mereka.
Siap tulis 'terima kasih cikgu yg pernah mengajar saya di tadika, sek rendah, sek menengah, univ'....
huh! Itu je yg kau boleh ucap pd cikgu yg pernah lempang masa ko ponteng sekolah dulu, baca surat cinta diperhimpunan, public caning sbb merokok dlm tandas.
Oh... ayat kn tapis sbb kau kini dh jd ahli politik, cikgu juga, tokoh masyarakat, dermawan, kerja kilang.. hipokrit!
Pd aku, aku tak perlu sebarang retorik utk guru2 ini. Ramai yg oldskol, mereka x reti smartphone. Dan ramai juga yg telah meninggal dunia. Jd, Mereka x membaca posting2 itu.
Utk semua guru, cukup aku katakan bhw biarpun dimulutku pernah ada nistaan untukmu, dihatiku pernah ada dendam buatmu.... tapi didalam sujud & dan doaku, sentiasa ada bahagian buatmu.
Al fatihah.

Catatan : Dipetik daripada posting facebook Izman Pauzi bertarikh 16/5/2015.

No comments: