Tuesday, May 26, 2015

Antara Neelofa dan Nora Danish

antara neelofa dan nora danish.
ekoran posting uwek, uwek semalam, ramai org ucap tahniah. takde!.. tak jadi mengandunglah!
terima kasih atas kata2 semangat utk mencuba lagi.
tapi... macam susah sikit la peluangnya.
kenapa?
ia kerana kes beberapa mlm lps, ala masa siaran akhir dewi remaja.
masa itu anak bongsuku leka tgk cerita lakonan nora danish, dia peminat tegar. nora jd hantupun kata lawa jgk. sori... aku tak minat janda.
bila dewi remaja start, anakku mira dtg panggil "ayah, cepat... cerita makwe ayah neelofa dh start".
aku bergegas depan tivi, tp anak bongsu x bg remote control.
"tak nak neelofa, nak nora danish", kata fahmi.
"jomlah tgk neelofa, nora danish tak cantik", pujuk aku.
"nora danish cantik!", tegas fahmi.
"nora danish mana ada cantik. abg luqman, kakak pika, kakak mira.. sape lagi cantik?, soal aku
"nelydia senrose plg cantik', kata luqman.
"tak.. emma maembong lagi cantik", kata pika.
aku pandang anak ketigaku mira, dia cuma diam.
"kakak mira rasa sape plg cantik?"
"mm... anna frozen", kata mira.
semua ketawa dgn pemilihan wanita plg cantik oleh mira, kartun yg dia minat.
fahmi yg tidak suka org lain cantik dari nora danish terus menangis dan mengadu pada umminya.
oh.. aku baru tersedar, permaisuri hatiku cucu-cicit raja jembal ada dibelakang, wajahnya serius laksana panglima hendak ke medan perang.
"semua jawapan salah. ummi sebenarnya yg paling cantik. ayang..., tolong buat teh tarik dan goreng keropok. laparlah..", aku meminta.
"buat sendiri. jom adik fahmi.. teman ummi tidur malam ni', jawab isteri.
aduh! tak menjadi juga impian kerajaan untuk populasi 70 juta.

No comments: