Thursday, February 17, 2011

Ikan Kekacang Punca Muntah Darah

sebagai orang melayu, kita tak boleh lari dari isu2 mistik. ye lah, tak melayu kalau tak percaya kuasa2 bomoh. heh! bagi aku secara peribadi, unsur2 mistik juga wujud.

aku tiba2 teringat kisah mistik ni sebab petang tadi sedang2 asyik bekerja tiba2 adik aku imran sms. dia beritahu dah tau apakah mana lain bagi ikan kekacang yang menjadi makanan pantang keturunan kami. heh... bunyi cam tahyul. kami bermain sms, dan jawapannya ialah ikan barracuda. bagi yg biasa memancing, taulah, tapi bagi aku yang memancing tapi banyak nama ikan tak kenal ni, tak kenal jugak.

ikan kekacang ni dah lama jadi taboo keturunan kami. dari generasi ke generasi. aku pernah tanya datuk aku dulu, kenapa pantang makan ikan kekacang. datuk aku 'tok mat' cakap itu diarahkan sejak zaman berzaman. aku tanya apa jadi kalau makan jugak ikan kekacang?. tok mat jawab "makan je lah kalau nak tau. heh.... seram sejuk pulak pulak aku nak cuba ikan kekacang, bukan takat keluarga aku di pahang, ia juga sebenarnya menjadi suatu pantangan untuk seluruh keluarga besar aku dibelah papa aku.

banyak kali aku pernah diceritakan tentang sejarah atau mitos disebalik pengharaman makan ikan kekacang ini. mungkin pada ramai orang ia nampak kelakar. tapi bagi keluarga aku, kami menghormati kisah ini sebagai lagenda keluarga.

begini kisahnya......

pada zaman dahulu, moyang2 aku kerja dilaut. kerja nelayanlah... tak kan kerja pelantar minyak atau polis marin pulak. hari2, tak kala air laut cantek, beliau akan ke laut untuk mencari rejeki. dengan mendayung sampan kolek berseorangan, beliau keluar ke laut awal pagi, dan pulang petang.

macam2 hasil laut yang diperolehi, kadang2 langsung tak dapat apa. suatu hari, sedang beliau mencari rejeki dilaut, sampan koleknya dilanda badai. koleknya tenggelam. beliau hanya mampu berdoa agar diberikan usia panjang dan selamat kembali ke pangkuan keluarga. doanya diperkenankan Allah.

dilaut yang luas dan tanpa sesuatu untuk berpaut, beliau berusaha berenang ke pantai yang langsung tidak nampak pasirnya. sangat jauh. tiba2, dengan izin Allah datanglah sekawanan ikan kekacang yang satu2 sebesar lengan dan peha menjai pelampung di celah ketiak dan badan dan membawanya ke pantai.

akhirnya, beliau selamat tiba dipantai hasil pertolongan sekawanan ikan kekacang tadi. dah orang melayu yang mengenang budi, beliau telah bersumpah di tepi pantai an dihadapan sekawanan ikan kekacang berbunyi " Aku bersumpah bahawa tiada dari keturunan aku yang akan memakan keturunanmu (ikan kekacang)". panjang lagi sumpahan tu, toksah la aku cerita.

sejak dari peristiwa itu, beliau masih tetap ke laut. paham2 la zaman2 moyang2 kita dulu mana ada pasaraya. kalau ada pasaraya, bolehlah jugak mintak kerja sebagai jaga. biasalah orang melayu, tua2 kerja jaga pasaraya. dalam mencari rejeki dilaut, sesekali dapat juga ikan kekacang, akan segera dilepaskan. dan telah dipesan melalui generasi ke generasi bahawa 'tidak dibenarkan makan ikan kekacang'.

sebenarnya apa yg dilarang itu yang nak dicuba. tapi mengenang entah apa jadi kalau makan ikan kekacang, rasa takut la pulak. takut pulak jika muntah darah sampai mati.


hehe.... weii... ada ke yang percaya cerita aku ni. jangan percaya beb! korang makanlah ikan kekacang tu, tak de siapa marah. cuma bagi keluarga aku, even tak kata taksud dengan menda2 mistik ni, masih tak berani makan. akan aku sampaikan kepada anak2 cucu aku agar tidak sewenangnya menangkap an memasak ikan kekacang. percaya atau tidak, itu hak mereka.

jangan biarkan diri anda diseliputi misteri.

20 comments:

...mommy jue... said...

samalah dgn family saya.. sumpahan keturunan katanya. jangan makan ikan kacang nie, nanti naik sopak2.. takut sangat nak makan..

Anonymous said...

First time dengar versi ni. Yang selalu saya dengar ialah versi pantang makan ikan kekacang dari keturunan Syed Hussain Jamadil Qubro

Kekacang said...

ikan kekacang, pantang keluarga. katanya kalau makan kena sakit gatal - gatal. Jadi x pernah cuba.

Unknown said...

Tiada Sial Dalam Islam
http://intim.wordpress.com/2008/05/21/tiada-sial-dalam-islam/

kemain said...

salam...
sumpahan org dulu...
versi keturunan sya.. seorang anak raja suka berlayar. Di gelar
Raja perlayaran.
Bila kapal karam ... anak raja tersebut di bantu ikan kekacang tu.. makan bermula episod tak boleh makan ikan kekacang.

sya pernah test makan.. secoit je... kesannya.. ada la sedikit alahan.
maka sampai utk versi sya utk anak2.. jgn makan ikan kekacang.. keturunan kita alergic.. nanti boleh gatal2 badan.
sekian..

Unknown said...

keturunan saya juga..dan sy adalah generasi ketiga
rasanya moyang kita yg duduk pesisir pantai timur mmg ramai yg berpantang keturunan ikan ini.
#psstt: ini bkn mitos

mohd ariffudin said...

Sama la kite

Unknown said...

Sy pun..abg sy mkn jdi naik mcm beguk kat leher..

mohd ariffudin said...

Mari kite bersatu

mohd ariffudin said...

Mari la kute bersatu

MalayJessyJames said...

Anda berketurunan syaid jamadil kubro

izman said...

cerita ini adalah kisah keturunan aku, sama ada keturunan apa aku tak tau la. hanya org kebanyakkan yg kais pagi makan pagi, kais petang makan kfc.

mungkin ia nampak kelakar pd anda, tp setakat hari ni xde lagi yg berani cuba2 makan. kadang2 tu aku cabar jugak keluarga yg lain makan, kalau ada yg mati, xde la yg lain berani2 nk makan. hehe

farah said...

Sy pnh dgr..tp xbrani nk langgar pesanan ni..tp takut jgk sbb rupa ikan kekacang ni pn sy xtaw..

WAN the only one said...

Keluarga saya juga. Mak saya pernah ter makan ikan kekacang yg org bagi. Terus sakit Perut memulas2. Berguling 2 ...sakit. Tok ayah saya terus buat air penawar bagi minum... Terus OK...kakak saya pula ter makan gulai rebung... Tak tahu itu rebung buluh betung. Terus naik gatal2...seluruh badan. Ubat klinik tak jadi...mak saya caghi air penawar minum baru hilang

jalak lenteng said...

Assalam.... Sebelum makan ikan kacang, selidik dulu keturunan kita, sama ada boleh makan @ tak ikan tu....

Kawan baik saya penah makan ikan tu, sedapkan rasanya , tapi.... 4 minggu jumpa doktor, doktor cakap tak ada penyakit, tapi dalam mulut Dan badan macam kulit kayak puru, bila tanya Ayah, baru tahu keturunan tak leh makan ikan kacang....

Unknown said...

Ada kisah lain...
https://keluarganik.wordpress.com/2009/05/08/salasilah-keturunan-sayyid-hussain-jamadil-kubra/

Unknown said...

Ada kisah lain...
https://keluarganik.wordpress.com/2009/05/08/salasilah-keturunan-sayyid-hussain-jamadil-kubra/

Unknown said...

Sy dgr crta kluarga bhwa kmi xbole mkn ikn kekacang sbb sumphn kluarga dn dlm drah kmi ad drah ktrunan Raja melayu.oleh krn daulat Raja tersebut,mka terjadilh sumphn tu smpai skrg.

mia said...

Salam ukhwah,
Ada sesapa yg boleh ubati jika termakan ikan kekacang???

izman said...

nota :
kisah ini adalah kisah benar keturunan saya dan dibawa secara lisan sejak bergenerasi. tiada siapa yg berani makan ikan tersebut.
dikatakan ada saudara kami yg termakan sedikit tanpa sengaja dan segera memuntahkannya, tetapi dia mengalami sakit kulit dan bengkak-bengkak.
siapa asal keturunan kami dan bagaimana ia terjadi saya sendiri tidak mahu mengusulkannya. cukuplah kami hidup sebagai orang kebanyakan yang kais pagi makan pagi. hehe