Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011

esok, 03 februari 2011 sahabat2 kita yg berketurunan cina akan menyambut tahun baru cina. heh... secara automatiknya mereka akan sama menyambut hari jadi aku. grand gile hari jadi aku tahun ni, pun begitu aku risau jugak esok nak gi beli kek, semua kedai kek tutup. ye lah, hampir 99% kedai kek memang kedai orang cina. pun begitu, save sikit budget, may be makan kat kfc atau pizza hut je. argh... aku bukan suka pun sambut hari jadi, tapi saje buat untuk keluarga.

dalam menyambut tahun baru cina ni, ada beberapa perkara yang aku sempat berfikir.
1) tiada nasihat polis dalam berita ttg larangan main mercun. budaya diorang, tapi gomen kena fairlah sebab diorang declare haram. pun begitu aku setuju bahawa org cina main lagi meriah, satu2 keluarga habiskan ratusan ringgit utk mercun, tapi berita putus jari, hilang nyawa takde dengar. mereka tak sekreatif org melayu yg modified mercun subaya berbunyi macam bom atom.

2) semua tivi tulis "selamat tahun baru cina". hanya rtm tulis "selamat tahun baharu cina". yg mana betul? lantaklah.

bercakap pasal tahun baru cina ni, aku pun sama meraikannya. dari 4 syarikat aku kerja, hanya syarikat pertama orang india. 3 lagi milik orang cina. so, dah mangli dengan budaya mereka. makanan mereka juga banyak yg aku suka makan, tapi bukan 'bak kut teh' la. beberapa hari lepaspun aku dan beberapa org kawan ada berkunjung ke restoran cina muslim di port klang. biasanya kami ke taman sri andalas, since kedai ni baru bukak dan nampak ramai je orang sepanjang masa, aku harus cuba.

Restoran Rahmat Tan terletak di area pasaraya Giant port klang.


kedai cina ni aku memang tak boleh lari dari makan 'fried kuew teow cantonese style. ataupun makan nasi ayam. masa ke restoran tu, fried kuew teow cantonese takde dalam menu, nasi ayam habis, ayam masa lada kering takde dlm menu. heh... kali pertama ni restoran cina takde menda kegemaran aku ni. ok lah, malas nak cuba menu2 lain yg memang aku tak berapa berkenan, aku cuba yee mee hot plate. air, aku cuba bandung cincau.



secara jujurnya, yee mee tu pada aku biasa2 je. takde yg terasa hebat sangat. jika nak dibandingkan, yee mee hot plate kat foodcourt pasaraya giant bukit tinggi lagi sedap. makanan kawan2 yg aku cubapun biasa2 juga. may be citarasa mereka lain dari yg aku nak. pun begitu restoran mereka selalu penuh. may be lain kali aku nak cuba nasi ayam, kata kawan2 yg pernah cuba, ianya sedap.

ok lah. kepada semua sahabat berbangsa Cina, aku ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU CINA" moga kehadiran tahun ARNAB ini membawa lebih kemakmuran dan kemewahan kepada kita semua.

7 comments:

Insan Marhaen said...

IM juga ssuka makan chinese style. kat Kepala Batas ada satu restoran yang dibuka oleh Cina Muslim.

IM teringin nak makan di sana tapi ibu_suri selalunya tak mau.

izman said...

insan marhaen :
org perempuan barangkali lebih suka makan dirumah tu bang.

secangkir madu merah said...

cina raya melayu yg sakan bershopping dan balik kampung...cuti pun panjang.

rayz said...

Mey, Selamat menambah usia... Sempena hari jadi ko yg penuh meriah dgn bunyi mercun yg pelbagai ni, aku nak ucapkan Semoga ko tak termasuk golongan yg kena control makan... kena queen control takpe ... itu luar kawalan.... hehehe

Mak Su said...

betul gaks kan, bab ejaan tu. yg mana betul. dah tu bab main mercun... hhmmm

tp anyway, dulu suka ns grg cina, skrg tak brapa nak suka, mgkn dah jemu. nak terai makan makanan cina kat restoren amy search ler ;P

Nurul'Ain Jamal said...
This comment has been removed by the author.
nasty vanilla said...

Yang betul selamat tahun baharu cina. Baru untuk perbuatan
Baharu untuk sesuatu yang betul betul baru.
Contohnya
Saya baru saja membeli iphone6
Baharu, iphone 6 kini dilancarkan