Monday, February 21, 2011

40 Orang Terkaya Di Malaysia 2011


sabtu lepas puas aku melilai sekitar port klang cari buku malaysian business keluaran terbaru untuk tengok senarai 40 orang terkaya di malaysia. pegi kedai2 buku biasa, takde. ke giant, takde. dan alhamdulillah jumpa kat kedai budu di tesco.

aku bukanlah pembeli setia majalah ni, aku cuba wajib beli keluaran 16th februari setiap tahun kerana mereka mengeluarkan senarai 40 terkaya di malaysia. keluaran2 lain tu, kadang2 aku beli jugak (tengok topik dan budgetlah).

syukurlah, dalam negara lain duduk bergolak, negara kita semakin ramai orang kaya. yang kaya pula mengikut buku ni dah bertambah kaya. heh... orang macam aku ni bilalah nak kaya. setakat sarapan roti dan kaya je lah.

oklah, ini senarai 40 orang terkaya di Malaysia mengikut Malaysian Business keluaran 16 Februari 2011 :

1. Robert Kuok Hock Nien (Kuok Group & Kerry Group)
2. T Ananda Krishnan (Usaha Tegas)
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank)
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corp)
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting)
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong)
7. Tan Sri Syed AlBukhary (Albukhary Foundation)
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
10. Ong Bee Seng (Hotel properties ltd)
11. Tan Sri Azman Hashim (Arab MAlaysian)
12. Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
13. Datuk Lee Yeow Chor (IOI Corp)
14. Lee Yeow Seng (IOI Corp)
15. Datuk Seri Lee Oi Hian (Batu Kawan)
16. Datuk Lee Hau Hian (Batu Kawan)
17. Tan Sri Yeoh Tiong lay (YTL Corp)
18. Tan Sri Lau Cho Kun (Hap Seng Consolidated)
19. Datuk Mokhzani Mahathir (Kencana Petroleum)
20. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling (Sunway)
21. Tan Sri Dr Lim Wee-Chai (Top Glove)
22. Tan Sri Francis Yeoh Sock ping (YTL Corp)
23. Datuk Yeoh Seok Hong (YTL Corp)
24. Datuk Yeoh Seok Kian (YTL corp)
25. Datuk Mark Yeoh Seok Kah (YTL corp)
26. Datuk Michael Yeoh Sock Siong (YTL Corp)
27. Datuk Seri Tony Fernandes (Airasia)
28. Datuk Kamarudin Meranun (Airasia)
29. Puan Sri Chong Chook Yew (Selangor Properties Bhd)
30. Datuk Shahril Shamsuddin (Sapuracrest Petroleum)
31. Shahriman Shamsuddin (Sapuracrest Petroleum)
32. Tan Sri Liew Kee Sin (SP Setia)
33. Tan Sri Yaw Teck Seng (Samling Group)
34. Ong Leong Huat (OSK Group)
35. Tan Sri Leong Hoy Kum (Mah Sing Group)
36. Lee Swee eng (KNM Group)
37. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (Gamuda)
38. Datuk Tan Heng Chew (Tan Chong Motor)
39. Datuk Seri Stanley Thai Kim Sim (Supermax Corp)
40. Datuk Tony Tiah Thee Kian (TA Group)


analisis? malas nak buat. orang Melayu kita hanya berapa kerat je dalam senarai. tapi kalau nak diikutkan orang yang dapat habuan bila sesebuah syarikat berhad nak dibuka ialah orang kita. adakah mereka bersifat zuhud dengan tidak mendedahkan harta atau memang harta2 itu sememangnya tidak lekat ditangan mereka.

pun begitu aku setuju ahawa ramai orang melayu yang kaya tetapi tidak dapat didedahkan kekayaan mereka kerana syarikat2 mereka berstatus sendirian berhad. tiada saham, dan tiadalah dapat ditentukan nilai kekayaan. well..... bagus jugak

4 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

aku pun percaya... diluar sana ramai lagi org yg kaya-raya tapi tak `declare' kekayaan-nya! terserah pada NIAT... yg penting utk org melayu yg kayap ops... KAYA tu... rajin2-lah bersedekah & berzakat! insyaAllah.. diberkati

ehh.. ex-big bos gue pun ader? ranking ke-34 tur!

suriani said...

aku suka org2 melayu yg kaya dan ingat diri...
ramai kita tak kaya lagi sebab kita tak bisnes... lebijh selesa keje makan gaji.. meh kita mulakan bisnes, walau tak jutawanpun, kita akan kaya.. dgn syarat,.. kena selaluuuu bersedekahhh...macam yg TS syed al bukhary tu.. kann, barulah Allah kasi lebih banyak dari ituuu... insyaAllahhhh..

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

Unknown said...

bangga dengan senarai no 30 dan 31.. sapura beb..

Idham said...

Alhamdulillah.. dulu org Melayu langsung tak masuk senarai..