Wednesday, January 5, 2011

Wang Jajan Sekolah RM6 Sehari?

sehari dua ni kerja agak banyak. dengan anak yg nak juga dijenguk2 even kerja menghantar dan mengambil anak2 aku disekolah diberikan kepada pengasuh (jiran). sesekali aku pergi menjenguk disekolah masa mereka rehat dan waktu balik. aku malas nak memunculkan diri, cukuplah sekdar memerhati mereka dari jauh. Alhamdulillah, mereka cepat belajar dan berdikari.


untuk anak yg kesekolah rendah, of course la kena bawa duit belanja. even umminya sudah menyediakan bekal dan air, tapi luqman masih memerlukan duit untuk membeli jajan atau makanan diwaktu rehat disekolah agama dan sekolah kebangsaan.

hari pertama, masa aku ke sekolah agama luqman, luqman dan kawan2 sedang beratur untuk membeli makanan di kantin. mula2 aku memerhati dari jauh. tengok dia terkial2 berebut. aku menghampiri untuk mengajar cara survival membeli makanan. hari pertama la katakan, semua gak canggung bagi luqman dan kawan2 darjah satu.

aku menghampiri luqman dan kawannya. keduanya memegang duit sambil berbaris untuk membeli makanan. sengaja aku bertanya kawan luqman nak beli apa? dia cakap nak beli keropok.

kawan luqman : "ayah saya bagi syiling 10 sen 6 keping. semua 60 sen. luqman bawak 3 ringgit"
ayah luqman : 3 ringgit? luqman bawa duit berapa ringgit?
luqman : 3 ringgit ayah.
ayah luqman : sape bagi duit lagi, ayah bagi seringgit je.
luqman : ayah bagi satu, ummi bagi dua.
ayah luqman : dah, simpan duit tu. hari ni ayah belanja luqman dan kawan luqman air sirap dan keropok. pergi cari tempat duduk.

di rumah, bertanya luqman mengenai duit belanja. tapi isteri tak mengaku memberi duit 2 ringgit kepada luqman.

hari yg sama, semasa luqman nak ke sekolah petang iaitu sekolah kebangsaan. aku bagi seringgit. sebelum naik kereta aku tanya luqman bawa duit berapa ringgit.

jawapan? 3 ringgit. 3 ringgit untuk budak darjah satu makan dikantin. bukan 3 ringgit untuk sekolah bagi dan petang, tapi 3 ringgit bagi, 3 ringgit petang. 6 ringgit sehari. aku tanya pada isteri kenapa bagi duit banyak sangat, jawapan yg aku dah agak. takut anak kesayangan dia kebuluran disekolah. padahal, pergi sekolah dah sarapan atau makan tengahari. ada bawa bekal makanan dan minuman. dan masih pula bawaa duit 3 ringgit satu sesi sehari. heh, aku mensihatkan isteri untuk mengajar anak berjimat. kami bukan anak tokey emas atau tokey balak untuk memberi wang jajan setiap hari buat anak ke sekolah.

hari kedua, kejadian hampir sama. cuma sebelah petang aku dah garang kepada isteri yg nak memberi wang jajan kepada luqman. cukuplah rm2.00 setiap sesi. duit lebih aku suruh luqman masukkan dalam tabung dia.

hari ketiga, hari ni la tu. aku sengaja tak bagi duit pada luqman masa sekolah agama pagi. aku yakin ummi dia pasti akan bagi duit. lepas transporter datang ambik luqman, baru aku tanya wife beri beraapa ringgit. heh... wife akupun tak bagi duit belanja pada luqman. aduyai.... even dah sarapan dan bawa bekal, ralat jugak jika anak aku tak bawa wang jajan ni. kesian dia kalau waktu rehat terpaksa tengok kawan2 dia yg berbelanja di kantin.

so, sambil menghantar pika ke tadika, aku singgah ke sekolah luqman. aku berikan dia wang jajan rm2.00, kalau ada lebih bolehlah dia menabung. rm2 nampak macam banyak, tapi untuk keselesaan anak belajar, oklah. makanan pun agak mahal, even kat kantin sekolah. air sirap bodoh (sirap kosong)pun dah harga antara 40 sen hingga 60 sen segelas. keropok batang dah 20 sen sebijik. nugget harga 40 sen sebijik. serba mahal sekarang ni.

4 comments:

SUZIE APAI said...

kdg2 pk, kita ni makpak selalu kesian kt ank...diorg ni tau kesian kt kita tak nanti?? huhuhuuuu

mmg hati ibubapa tak nk tgk ank kita kurang dr segala segi tapi camno.....??

adui susah jugak ni...

PnConfused said...

nanti time iman msk skolah, tah brp ringgit plak....


haihhhhhhhhhhhhhh

Nur a.k.a admansyah said...

byk tur... RM6 sehari utk dak std 1!!! tp.. ko tau ler.. nie kan KL. sumer mahei. anak i dolu RM 4-5 hengget tp yg boy nie i bg lagiiii kureng (dlm RM1-2 ajer!) sbb xmo bg die beli yg bukanx2!!!!

Luqman sek ptg ekk? Aiman pagi..

umi ameer said...

yelah beb, mmg banyak 6ringgit, tapi, kalu dia pandai jimat, banyak jugak dapat dia ngumpul tuu!!

aku cuma bagi anak kecik aku 2.50, sehari, soh simpan at least 50 sehari jugak.. yg sek. menengah, 3rm, dia kena simpan at least 1rm pulak sehari. anak aku tak gi sek. agama.

aku nak cuba terapkan semangat berjimat-cermat kat dorang. biar simpan sikit2, lama2 jadi bukit.. kan?

bila dah cukup sebulan, aku akan tambah sikit2 dan tanya dorang nak beli apa pulak dgn duit simpanan dorang.. lebih aku masukkan bank dorang.

seronok budak2 bila dorang tau duit tu berkembang tiap2 minggu.

eh, terpanjang pulak komen harini.. mahap wak!