Thursday, January 13, 2011

Anak & Mainan

dalam mendidik anak2, selain persekolahan utk pembelajaran secara formal, pelajaran yg dijar ibubapa dirumah, aku juga percaya perkembangan anak2 juga ada bantuan dari proses bermain.

ye, bermain. anak2 seperti umur anak2 aku memang suka bermain. even luqman yg dah masuk darjah satu, balik rumah sempat lagi bermain. even waktu menunggu transporter datang ambik pun masih sempat main kereta remote control dia. tak kisahlah.

baru2 ni aku sempat berbual dengan seorang kawan yg juga ayah kepada 3 orang anak. cara pemikiran kami sangat berbeza, macam bumi dengan planet of the apes. bila aku cakap aku memang suka manjakan anak2 dengan mainan, dia secara terangan menyatakan cara aku adalah salah. memanjakan anak. pada aku tak salah, sebab anak2 memang fitrahnya suka bermain, dan aku beli mainan yg sesuai dengan umur mereka dan mengikut kemampuan poket aku.

si kawan aku ni anak2nya sekarang dah sekolah menengah, dan si ayah dengan megah memberitahu semua anak2nya tidak pernah diberikan dan dibelikan mainan seumur hidup mereka. semua jenis mainan adalah diharamkan. aku tak nak komen sama ada tindakan itu betul atau salah. tak de mainanpun anak tetap membesar.

cuma pada aku dalam usia mereka patut bermain, mereka seharus digalakkan bermain. permainan boleh membentuk minda. aku suka tengok anak2 aku bermain. main lego contohnya, macam2 mereka buat dan bentuk. kadang2 menda2 yg dibentuk aku tak kenalpun bendanya. mereka buat ikut pemerhatian dan imiginasi mereka. biarkanlah. kadang2 ada juga aku marah pasal mainan. luqman memang suka remote control car. harga sebiji bukan murah. baru beli 2-3 minggu dah dimodified. tayar dibuka, tampal macam2 sticker, warnakan dan macam2 lagi. menda mahal, marah jugak la mulanya. tapi, fikir2 balik itu cuma mainan, mereka berimiginasi, biarkanlah. duit buleh cari.

mainan luqman aku dah tak pasti dah beli berapa banyak, sangat banyak. tiada had masa untuk beli. kalau ada duit, beli yg mahal sikit. kalau takde duit, beli yg psar malam je (biasa takde duit la). dalam stor dah ada 2 tong besar mainan. kalau dah uzur dan berceraai berai tu, aku jual je kat kedai barangan lusuh.

kesimpulannya, mainan untuk anak pada aku tidak menjadi suatu benda yang patut diharamkan. kawan aku tidak membelikan mainan bagi anak2nya kerena dia juga tidak pernah dibelikan mainan oleh ayahnya. siapa kita dalam mendidik anak2 dibentuk oleh bagaimana ayah kita didik kita (barangkali). ayah aku dulu pekedai di pekan damak. mainan untuk aku memang mewah. begitu juga dengan komik. so, aku tak kisah membelikan mainan dan komik untuk anak2.

heh, cerita pasal mainan ni, aku bukan masa kecik je minat mainan, sekarang pun minat. terutama keretaa remote control. masa aku bujang dulu di shah alam, memang gila kereta RC ni. yg mahal aku pernah beli dalam rm300. malam2 main kat tugu keris kat kawasan padang jawa. kalau malam minggu, sesekali turun jugak kat area padang belakang hotel grand blue wave shah alam main dengan group2 lain.

apa2pun, anak2 kita, kita yg corakkan.

1 comment:

SUZIE APAI said...

mmg terpulang kpda kita mcorakkan ank2 kita..aku pnh tgk satu tragedi kt tesco bila sorg ank mengamuk sbb nk mainan..trauma siot!

aku pun tak pnh beli menan yg mahal2...