Wednesday, January 26, 2011

Bahana Bergantung Pada Teknologi

dah hampir seminggu aku makan nasi tak lalu, ia gara2 seluruh sistem payroll aku kaput atau tidak dapat access. bayangkan 9 set gaji untuk 5 syarikat tidak dapat access dan hari gaji dah dekat. accountant dan budak2 dia asyik kejar aku sebab dan hantar director untuk sign. malah semalam, director sendiri panggil aku. ye lah selalunya payroll tak payah tanya, aku hantar bila cukup masanya.

mula2 muka boss aku tu agak tegang bila tanya gaji yg masih belum dihantar, ye lah, dia jugak kena dapatkan tandantangan dato' chairman pulak. even dato' chairman dan dia adalah anak dan ayah dan rumah sebelah menyebelah, kena ambik masa jugak la. bila aku mula explain, dia pulak cuak dan rasa bersalah pulak. mau tak bersalah, suka2 hati je nak gasak pekerja berdidikasi macam aku ni. ingat dia je cuak, aku berbelas kali cuak, itu payroll untuk 5 tahun semua ada dalam. ayo yo....

dari minggu lepas lagi aku dah dapatkan khidmat nasihat dan bantuan teknikal dari payroll system provider. malangkan tak dapat settle. merekapun bukan datang site, setakat remote pc dari jauh. dah moden, kami guna teamviewer.com dan gotomeeting.com je. dari technician dan sampai technical manager semua aku gasak.

sebab tak boleh tahan, semalam aku asyik call mereka dan seluruh team mereka aku kacau. aku siap bagitau, kalau tak siap, esok pagi2 saya akan pergi office you. heh! bukan nak mengamuk ye adik2, nak bawak pc aku suruh mereka lihat. korang taulah, bila ramai yg campur tangan, ramailah jumpa punya masalahnya. ada kat file corrupt masa initial new year, ada kata virus, ada kata salah format, ada kata file hilang dan ada yg tak terkata.

semalampun, masa dia remote pc aku mmg aku dah tak lalu makan nasi. selera makan nasi aku hilang memikirkan gaji yg tak siap2. kalau tak raya cina, aku buleh gunakan kuasa untuk delay je gaji sampai 7 haribulan. even tak selera makan nasi, aku alas perut la dengan mee goreng selepas subuh. kemudian jam 10am aku pekena mee kari. tengahari pekena sedikit nasi dengan ayam goreng dan sup ayam buat alas perut. 3pm aku pekena roti bakar dan nescafe panas. sambil2 tengok diorang kerjakan pc aku dari jauh, aku pekena sup cendawan kimball. sesekali membancuh nescafe. ada juga sempat makan biskut jagung. dan sesekali makan biskut jem nenas. petangnya masa mereka masih mengerjakan pc aku, aku keluar beli karipap dan keropok lekor, entahlah rm5 hengget kot. begitulah tak berseleranya aku bila ada masalah ni.

seikhlasnya, aku bukan tak pernah buat gaji secara manual. itu dulu2. bila dah ada sistem canggih ni, semua bergantung pada sistem. gaji dalam sistem, cuti dalam sistem, semua maklumat dalam sistem. memang bergantung pada sistemlah. bila ia down, mood aku juga down. mati kutu. itulah padahnya terlalu bergantung pada teknologi. jangantanya aku macamana nak tentukan bayaran epf, soccso, income tax, semua aku ingat2 lupa. sebab sistem ada, bia dia buat. manual dia semua ada, tapi ambik masa la nak cari.

apa2pun, sistem dah ok. itupun setelah campurtangan beberapa technical expert dari training provider. boss aku dah pesan aku suruh at least sms dia kalau sistem dah ok. tapi aku belum sms dia, saje biar dia pening sikit. ha.ha.ha...... (ketawa orang jahat)

pun begitu, ia sebagai pengajaran kepada aku dan seluruh orang HR bahawa bergantung kepada teknologi ni bahaya. kena ada plan A dan plan B.

apa2pun, syukur kepada Allah kerana sistem aku dah Ok.

5 comments:

PnConfused said...

betul2...
phone hilang pun dah cuak, sbb slalu access net kat situ... fon number kwn2 smua..


inikan pulak payroll sistem.. lagik cuak!

risanur said...

salam,
mmg semua skrg ini bergantung dengan system...bila system down mula la mengelabah sampai tak lalu makan 'nasi'...tapi makan kat benda2 selain 'nasi' begitu menyelerakan...huhu...

umi ameer said...

wahhh... sikit punya tak berselera la ko ye izman? siap kopok leko tuuhhhh..

aku tabekk... semua musti depend kat hang bab2 gaji, kan?

terasalah diri itu diperlukan sangat2, kan, kan?

hahahaha

nurayunni said...

sabar je la....

AZANI said...

salam man
software glitch berlaku di atm pun payah...esp bila lps pukul 4,ctr dah tutup...