Sunday, January 9, 2011

Pika Nak Jadi Pembantu Rumah

esok, hari isnin bermakna minggu kedua persekolahan bagi luqman dan pika. mula2 sekolah mereka seronok, tapi masuk hari ketiga dan mula muka kelat. luqman lagi sadis, hari khamis dah tak nak ke sekolah. aku cuba pujuk dan risik2, rupanya bukan luqman sahaja, tapi anak2 kawan aku yg lain pun berkata menda sama. ia sebenarnya berpunca dari terlalu banyak kerja rumah yg dibekalkan oleh cikgu2. ye lah, pagi balik dari sekolah agama dah 11am. bawa balik kerja bertimbun. baru balik kejab, 1230pm dah ke sekolah kebangsaan pulak, balik jam 630pm. kerja sekolah juga banyak.

berapa banyak? sekolah agama sampai 2 muka surat. kalau takat tulis alif, ba ta... aku rasa oklah. tapi ini tulis ayat sampai 4-5 patah perkataan. sek kebangsaan lagi sadis, 8 muka surat. tulis a,b,c sampai z. memang kesian budak nak buatnya. sepatutnya luqman aku dah hantar kelas mengaji tahun ni sebelah malam, tapi kalau cam gini kerja sekolahnya, memang kena ajar sendiri je la. tak sempat bernafas budak dibuatnya.

anak aku pika yg tadika ok je sebenarnya. bila dia lihat abang dia mogok tak nak gi sekolah, dia pun nak mogok jugak. memang aku tak bagi peluang merekaa ponteng, aku pujuk ke sekolah (paksa sebenarnya). pika yang terlebih sudu dari kuah itu aku pujuk jugak :-

ayah : pika pergi sekolah ye?
pika : tak nak!
ayah : tak nak sekolah nak jadi ape? nak jadi kambing?
pika : bukan jadi kambing. pika nak jadi pembantu rumah.
ayah : apa! nak jadi pembantu rumah? tak payah sekolah. tolong ummi kat rumah je (sambil mengejar dan mengeletek pika)
pika : geli la ayah... tak nak....

izzi note :
pembantu rumah mengikut kamus anak aku pika ialah suri rumah.


3 comments:

Mak Su said...

baiknya hati si anak :)

suriani said...

macam2 mende budak2 tak paham lagi ek.. kenalah pelan2 layannnn..

antara sebab2 itulah anak2 aku sekolah kebangsaan je.. hehehe..

sian deme..

Cheritera Kami said...

kecik2 dah bcita2 nak jd suri rumah yer pika...hehehehe