Wednesday, July 29, 2015

UMNO YANG PILIH PM

UMNO yang pilih PM.
akibat tidak makan mengikuti waktu pada tengahari semalam, perut aku meragam. jadi aku terpaksa keluar makan lewat malam di mamak berhampiran rumah.
kebetulan beberapa sahabat tengah menjamu selera dan aku terpaksa juga menyertai mereka sedangkan aku sebenarnya ingin makan cepat-cepat dan segera balik untuk menyiapkan novel.
ada dikalangan ahli meja itu tidak ku kenali, mereka kawan kepada kawan aku. aku memesan mee goreng mamak tanpa bawang dan teh tarik.
aku seboleh-bolehnya enggan mengulas isu pemecatan TPM TSMY, namun perbualan mereka yang lebih pandai dari profesor itu benar-benar menjengkelkan aku.
makanan sampai, tapi aku tidak dapat makan dengan selesa sebab mereka berhujah sangat hebat, seolah-oleh mereka ahli jemaah kabinet. aku yakin mereka ahli umno sebab hanya ahli sahaja yang akan membenarkan kata-kata ketua mereka tanpa soal, walaupun natijahnya ia keputusan yang zalim.
'PM dipilih oleh semua rakyat, ia tidak boleh ditumbangkan oleh sesiapapun biarpun beliau zalim.tindakan pemimpin tertentu nak menghadap DYMM Agong atau undi tak percaya diparlimen tidak betul. lagipun kita semua yang undi dia jadi PM', kata salah seorang daripada mereka.
kali ini aku mula bersuara, "silap tu bang. bukan semua rakyat yang pilih PM, tapi orang umno yang pilih PM. sebagai contoh; saya mengundi di jerantut, jadi saya undi parlimen jerantut dan DUN damak. yang menang tu adalah wakil saya dalam kerajaan".
"saya tak layak dan tidak diberi peluang untuk pilih PM. PM dipilih dari kalangan pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi parlimen semasa pilihanraya. dan pemimpin ini ialah pemimpin umno sebab orang No. 1 dalam umno dipilih oleh perwakilan umno, bukan semua rakyat."
" saya tidak dapat mengundi DSNR sebab dia di parlimen pekan, orang pekan yang pilih dia. jadi tidak benarlah ia wakil semua rakyat.'.
"kita kena faham sistem pemilihan. di malaysia kita bukan macam di USA, indonesia yang rakyat sendiri pilih presiden. dia malaysia, umno yang pilih pemimpin mereka yang akhirnya dipilih jadi PM'.
"jadi, secara prinsipnya PM ialah pilihan umno, bukan semua rakyat. tetapi secara demokrasinya, saya setuju dan sangat menghormati bahawa pilihan umno itu adalah pilihan rakyat malaysia sebab ia adalah parti dominan yang memenangi pilihanraya'. aku memberikan hujah dangkal.
semua diam. mereka mencapai vapor masing-masing dan memeriahkan aroma malam itu.
alhamdulillah, aku akhirnya dapat makan dengan selesa.


Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.

No comments: