Thursday, July 30, 2015

TEMUDUGA

temuduga.
sedang asyik bekerja, tiba-tiba seorang sahabat lama menelefon bertanya tips untuk menghadiri temuduga. dia adalah pegawai kanan sebuah syarikat untuk suatu tempoh yang cukup lama.
dalam perbualan, aku mendapat tahu bahawa syarikatnya bakal 'gulung tikar' akibat keadaan ekonomi negara yang semakin buruk. dia terpaksa mula mencari kerja baharu.
macam biasa, segala pujian kepada aku yang kononnya sangat pakar dalam mengurus temuduga. dia kagum dengan cerita-cerita didalam buku aku 'jangan sentap, okey!' (baca : ini aku selit iklan. whatsapp 0182678719 jika nak beli dan dapat tandatangan percuma) yang menggambarkan aku seorang HR yang hebat.
dalam keadaan hidung yang kembang tak kuncup-kuncup menerima pujian, aku memberikan pelbagai tips menulis resume, menghadiri temuduga, soalan yang patut ditanya dan dielak, bahasa tubuh dan tindakan selepas menghadiri temuduga.
dia tidak putus-putus menyucapkan terima kasih dan ingin belanja aku makan 'western food'. aku menolaknya dengan baik dan memintanya mengubah ke restoran arab. dia terpaksa bersetuju sebab aku ugut tulis namanya sebagai sahabat yang tidak mengenang budi didalam buku aku akan datang.
perbualan tamat. aku bersandar di kerusi.
'aku sangat pandai menasihati orang dalam hal bersangkut temuduga sebab aku biasa mengurus temuduga. tapi apakah rasanya jika aku sendiri yang menghadiri temuduga?.', gumam aku sambil berkerut.
mmm... nasi lemak mamak seksyen 4 ni tak powerlah!


Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.

2 comments:

NasriKamil said...

bro..nek kontek bro..reply nasrikamil@gmail.com

insan marhaen said...

saya pun selalu nasihatkan generasi baru gaya nak hadiri temuduga sebab saya selaku penyelia selalu menemuduga bila nak ambil pekerja baru.

tapi tak terfikir pula nak tulis buku...