Tuesday, July 28, 2015

PEMECATAN BUKAN SATU DOSA

Pemecatan bukan satu dosa.
sejak jam 1040am lagi; whatsapp, fb dan internet penuh dengan berita ura-ura pemecatan TPM TSMY dan beberapa menteri yang lain. aku memerhati dengan emosi sehingga aku tidak berselera untuk makan tengahari (baca : aku dah sarapan dirumah, makan karipap 2 biji jam 8am dan sebekas nasi impit jam 10am).
dalam jam 230pm, berita-berita itu disahkan oleh fb bernama. aku menjadi lebih tidak keruan.
aku tidak berupaya melakukan tugasan harianku dengan sempurna, dan aku pun bersolat dan bergegas keluar kilang.
alhamdulillah, ia tindakan yang bijak kerana selepas pekena megi goreng telur mata separuh masak dan teh ais di kedai mamak depan kilang, otak dan emosi aku berfungsi seperti biasa.
aku mula kagum dengan PM DSNR bahawa beliau sebenarnya bukan seorang pemimpin yang lembik. tindakan pemecatan orang kedua dalam kerajaan adalah satu tindakan yang berani dan sepatutnya dibuat lebih awal.
aku tidak setuju dengan pendapat umum bahawa pemecatan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana perlantikan dan pemecatan menteri/ timbalan menteri / setiausaha parlimen adalah kuasa prerogatif PM. kuasanya mutlak. lagipun jawatan TPM tidak tertulis didalam perlembagaan negara.
aku mula menyesal turut sama mengutuk PM menteri kesayangan kita itu setelah beliau memecat TPM.
jika PM memecat TPM satu dosa, orang HR seperti aku lebih berdosa sebab aku membuang lebih ramai orang berbanding beliau.
jika PM memecat TPM zalim kerana mengkritik kepemimpinannya, orang HR macam aku lagi zalim sebab aku kadang-kadang tak tahu kenapa aku pecat pekerja (baca : arahan syarikat).
jika PM memecat TPM tindakan pengecut, aku sebagai HR lagi pengecut sebab aku buang pekerja kadang-kala tanpa pekerja boleh menjawab dan membela diri.
jika PM memecat TPM tujuannya untuk menutup mulut rakyat agar tidak mengkritiknya, aku sebagai HR jika sama taktiknya. kami memecat pekerja yang berkuasa dan lancang mulutnya supaya pekerja lain merasa takut untuk bertindak sewenangnya.
cuma...
jika aku sebagai HR memecat pekerja dengan apa alasan sekalipun, pekerja masih boleh mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan Perindustrian, dan ke mahkamah untuk pengadilan.
manakala TPM TSMY pula hanya boleh berdoa dan berharap pada keajaipan untuk diterima semula di dalam kabinet kerana hak melantik dan memecatnya adalah kuasa prerogatif PM. ia mutlak dan tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah.
nota :
1) sila baca dengan hati sebab selepas membaca semula apa yang aku tulis, aku 3 kali muntah.
2) pengeji PM sila jangan sentap, sebab aku menulis agar semua 'Jangan sentap, okey!'. whatsapp 018-2678719 untuk tempahan.

Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.

No comments: