Monday, October 18, 2010

Sakit VS Bekam

pada 14/10/10 lalu tah macam mana, aku memanggung kesakitan yg amat sangat. masa tu tgh kerja, dlm 4pm kot. badan rasa semacam, kepala cam berpusing, tangan rasa macam kaku, rasa nak muntah dan paling teruk rasa nak tumbang. nak kata food poisoning, bukan. morning sickness mengandung, bukan. tapi sakitnya, memang teruk.

aku cuba berjalan2 sekitar kilang, kononnya suruh berpeluh dan rasa lega. lagi worst! bumi macam nak naik atas kepala aku je. tak tahan, aku ke klinik panel berhampiran. bancau! doktor rehat, doktor akan datang balik jam 620pm. since rumah dekat, aku balik rumah cari panadol actifast. aku telan 2 bijik. wife suruh aku pegi kemana2 klinik, tapi aku lebih selesa dengan doktor ragu (nama je ragu, tapi memang expert).

masa nak ke klinik, wife nak ikut, takut aku pengsan on the way la tu. aku masih ok, badan pun dah berpeluh lepas makan panadol. dapat rawatan awal sebab aku HR, err.... sebab aku dah buat appointment. doktor terkejut tengok tekanan darah aku yg sangat rendah. selalunya BP aku sangat ok even aku demam. aku suruh check takut2 aku kena sakit2 bahaya seperti stroke, jantung dan sebagainya. lama jugak doktor check, gejala2 penyakit2 merhabaya tersebut tidak dapat dikesan. doktor juga chek kandungan gula dalam darah, pun ok. doktor cuma suspek aku kepenatan atau gangguan tidur sebelumnya melemahkan sistem badan. emmm.. ada kebenarannya.

minggu sebelumnya aku tidur agak lewat (biasanyapun lwat, tapi kali ni sangat2 lewat). antara sebabnya aku berjaga sebab anak bongsu aku tumbuh gigi 4 batang serentak, dan selalu merengek berjaga malam. kalau wife dah penat, aku tolong tengok2kan anak. aku juga berhempas pulas menyempurnakan website aku yg sebelum ni ada sedikit masalah kerana kegagalan skrip 'java'. sekarang website aku www.izzibusinesscard.com dah complete dan online dengan ok. lagi 2 minggu dah nak start all out untuk pengiklanan. perniagaan online aku juga mmerlukan perhatian, dan seringkali memaksa aku mengurus pesanan lewat pagi. business kecil2 je berkaitan stamps dan coins (duit syiling). perniagaan kerepek isteri juga semakin bagus, tak cukup tangan melayannya. dan masa membuatnya juga kena malam2 dan hari cuti sahaja.

cukup pasal kemungkinan kenapa aku sakit. since badan lemah sangat, keluar je klinik aku ajak wife ke giant bukit tinggi klang. aku biasanya kena urut kaki 3 bulan sekali untuk kesegaran badan. aku terfikir nak urut kaki. aku dah biasa dengan urutan abang tu. masa mengurut kaki, bang tu tegur yg tekanan darah aku cukup rendah dan ada tekanan di bahagian kepala, aliran darah kurang baik katanya (aku dah tau sebab aku baru je keluar klinik). abang tu pujuk suruh aku cuba berbekam. BEKAM? eee... takut aku. bukan aku tak pernah tengok datuk aku berbekam masa di kampung dulu. dah la kena cukur rambut, kena toreh ngan pisau kat kepala lagi. aww.... tak rela nyah! (opss!)

abang tu yakinkan aku bahawa berbekam itu sunnah Rasullullah S.A.W. dan kini menggunakan teknik moden. mereka tak guna lagi tanduk kerbau dan pisau. mereka kini guna bekas tekanan plastik dan jarum yg telah dinyahkuman. aku ditunjukkan barang2 yg digunakan. dan aku cakap 'ok bang, saya cuba. 2 mangkuk dulu boleh?' abang tu cuma senyum dan cakap "terpulang man la...:.

lepas urut kaki, aku dibawa masuk bilik khas untuk berbekam. kena tanggal baju pulak tu. then kena baring telentang. eee... nasib baik tak suruh tanggal seluar dan spender, kalat tak lagi aku risau. orang lelaki jaman sekarang ni aku takut jugak sebenarnya, nampak segak, kacak, tegap dan sebagainya, tapi minat kat bontot lelaki jugak. bodoh la mereka ni. Allah dah jadikan lelaki berbasang dengan pompuan, mereka nak bontot jugak, ini species saki-baki kaum Nabi Luth yang terselamat di telan bumi la ni.

abang tu sapukan minyak kat belakang aku dan menggosok2 sambil cari titik2 yang hendak dibekam. dinasihatkan aku berbekam 22 atau 23 points, tapi aku kemudian bertukar fikiran nak cuba 7 points. 5 di badan dan 2 di kaki. rawatan bermula.... jeng...jeng... jeng..... laa... tak sakitpun. patut la dia kata budak2 pun boleh buat. dalam masa lebih kureng 30 minit rawatan selesai. since aku cakap aku tak mabuk darah (dan tak mabuk todi jugak)abang tu tunjukkan darah yang diperolehi dari bekam tadi. beserta nasihat.

Alhamdulillah, aku selamat menjalani rawatan bekam yg aku takuti itu. rasa pening2 sikit, may be sebab darah keluar dan memang aku pening dari petang tu lagi. malam tu sakit badan aku berkurangan dan aku boleh tidur dengan nyenyak.

nak kata aku dah 100% sembuh tak jugak, tapi sangat baik berbanding sebelumnya. aku ni nama je gi klinik, tapi ubat aku makan jika sakit teruk je. berbekam ni pun baik juga, kalau tak tak mungkin ia dibuat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

3 comments:

wanita mutalib said...

lama tak singgah sini..

:)

buat rawatan berbekam elok yer? nak kena suruh suami gak nih, dia pun selalu pening2 kepala..

Mak Su said...

aku x tahulah, tapi aku seriau bab bekam-bekam ni... huhuhu, izman, ko kena tag, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/10/melayan-tag-dari-nanaruzana.html

Anonymous said...

sy selalu tgk ayah sy berbekam..dan sy pernh try.tk sakit pun.pas wat rs best jek bdn..