Monday, October 4, 2010

Facebook Punca Tak Dapat Kerja

dalam pekerjaan kita seharian, kita tak boleh terlalu jumud, taksub atau asyik guna stail lama. kena ikut arus pemodenan jugak. ye, ramai yg selesa guna cara lama, atau cara yang kita dah biasa pakai. rutin.

dalam kerja pengurusan sumber manusia juga begitu. ia terpakai untuk semua aspek, dari payroll, penilaian prestasi, pengambilan pekerja dan sebagainya. kali ni aku nak stori mori pasal pengambilan pekerja mengikut peredaran zaman.

kalau dulu, untuk mengambil pekerja, syarikat biasanya merujuk kepada resume. kemudian rujuk sijil dan surat2 sokongan seperti transkrip peperiksaan, slip gaji dan sebagainya. emm... kalau yang ada kabel dasar laut seperti surat rekomen dari wakil rakyat tu dah kira sangat bagus (dalam kerja aku, biasanya aku tak layan).

kalau ada syarikat yang lebih teliti biasanya orang HR akan call reference atau contact person yang disenarakan dalam resume. heh...! ingat orang HR bodoh ke, kalau la dah ditulis sebagai orang rujukan, memang hampir 100% la dia akan kata calon tersebut memang baik dan berkeliber. orang yang dijadikan reference ni biasanya kawan2, x-boss yang sekepala dengan kita, atau boss kita yang masih bekerja tapi sudi untuk merekomen kita kerja tempat lain (nampak sangat boss tu tak suka kita. kalau dia suka, dia akan suruh kita stay).

kalau syarikat yang lagi2 bagus, orang HR akan call orang HR syarikat lama calon terbabit untuk bertanya beberapa soalan sulit. soal gaji semasa, ramai yang menipu, rekod disiplin ramai kata tak pernah ada rekod disiplin. sesama orang HR biasanya kami lebih selesa berbuat, dan kami jadikan ia benar2 confidential. kami tanya pergerakan gaji, penilaian rakan sekerja, ada hubungan sulit antara staff dan apa saje soalan yang kami suka (hehe.he...). aku secara peribadi pernah disoal oleh satu bakal majikan pekerja aku lebih 30 minit melalui telefon. syarikat tersohor, rasa rimas pon ada, rasa nak letak telefon pun ada. cerewet gila baban!

tapi kini, bakal majikan lebih maju setapak lagi. dalam resuma, sijil, dalam interview semua boleh dibuat2. bermuka2 baik. apa yang sesetengah HR buat ialah dengan mendapatkan email bakal pekerja dan mencari akaun facebook calon terbabit. facebook biasanya lebih bersifat spontan. so, personaliti calon dinilai dari facebook. yang yang tak sedar bahawa mereka diperhatikan sebab even mereka guna nick name pelik2, email mereka boleh digunakan untuk trace kewujudan mereka di facebook. ada majikan yyang berkenan dengan sesuatu calon, tapi bila bukak facebooknya..... heh.. macam2 sumpah seranah pada syarikat dia bekerja, mengata itu dan ini dan pelbagai post yang kurang senonoh. rejected!

medium2 lain yang diintai oleh bakal majikan banyak lagi sebenarnya. ada diintai blog mereka, tweeter, frienster, hi-5, dan pelbagai lagi. ada juga majikan yang lagi gila yang sanggup membayar yuran perkhidmatan bagi mendapatkan kedudukan kewangan bakal pekerja mereka melalui agensi2 tertentu. yang kad kredit asyik bayar minimum fee, kereta asyik sangkut, banyak sangat ambik personal loan tu, payah sikit kot untuk diterima bagi majikan terlalu teliti ni.

apa2pun, kepada pencari2 kerja diluar sana, buatlah sesuatu keputusan dengan bijak. kalau rasa payah kerja dengan orang, minta je kerja di zoo negara; kerja la dengan zirafah, badak sumatra, musang lamri dan tapir uganda. kalau suka bekerja sendiri, buatlah kerja sorang2. meniaga juga bagus.

aku tak nak cari ke kerja lain? sape kata tak nak. jangan sempitkan dunia, bersepah peluang kerja diluar sama. isunya ialah "sama ada kita nak kerja dengan mereka" dan 'adakah mereka nak ambik kita kerja dengan mereka'. biarlah masa yang menentukannya.

5 comments:

sonata anak kancil said...

zaman dah serba maju - cari pekerja baru pun semakin meningkat maju...kepada mereka yang bakal nak bekerja berhati2lah dengan teknologi tinggi ni....jangan teknologi tinggi korang pun nak tinggi2 jugak...akhirnya kantoi!

eeeda said...

Nasib baik lah...keja den tak gaduh nak bertukar keja.. tapi kena berhati-hati gak...klu mcm nie... mana tahu nak temuduga lantikan ke???

PnConfused said...

heheheh....



betul... facebook tuh lebih peribadi, nampak betul2 personaliti org tuh

relevan said...

Hebat juga penangan Pesembok ( Facebook ) ni..

KSWSK said...

wa skodeng profile bos dlm fb..hehehehehehe