Monday, October 11, 2010

Layan Kartun Dengan Anak-anak

hari ni (11/10/2010) aku ambik cuti satu hari. memang plan ambik cutipun, nak uruskan sedikit urusan perbankan dan urusan peribadi.

pagi2 lepas hantar anak ke tadika, beli sarapan dan lepak jab rumah. kemudian ke bank dan pejabat pos. selalunya urusan perbankan aku suka buat online, tapi urusan kali ni memang tak boleh melalui talian. so, kaedah kuno digunakan.

lepas selesai urusan, lepak rumah melayan anak bongsu. sambil2 tu menjelajah blog ke blog. memula tu nak gi klang jab ada urusan. fikir2 balik baik bawa keluarga sekali, lagi seronok. urusan pun kejab je.
ada takde plan besar sebenarnya, so ingat nak jalan2 carrefour klang kejab. tapi wife nak balik cepat nak layan cerita filipino (ginilah kalau full time housewife). aku tak kisahpun. tapi anak2 minta jalan2.

anak2 : ayah, jomlah jalan2 juscoke, tesco ke..
ayah : tanya ummi. ummi nak balik cepat. ummi kata nak tengok tivi.

anak2 : ummi, mana penting anak2 ke tivi?
ummi : amboi... pandai la tu.

anak2 : ayah, ummi nak balik tengok tivi la.
ayah : takpe, kita tinggalkan ummi kat rumah, ayah bawak tengok wayang.
anak2 : yeeyy.... tengok wayang. ummi kena tinggal.

singgah rumah, solat zohor jab dan keluar ke jusco bukit tinggi, klang. saje nak bawa anak2 tengok wayang. cerita apa malas nak fikir, kita redah je. ala, jusco tu dekat sangat dengan rumah aku. bak kata pepatah aku sendiri "kalau kentut dalam kereta, belum hilang bau dah sampai".

kami kat sana dalam 330pm. ingat nak layan magika, sebab anak2 aku suka hikayat putera shazlan. ishh.... sekali show magika start jam 6pm. cerita lain yang sesuai dengan anak2 cuma 'sammy adventures'. tiada nama2 hebat sebagai pelakon (suara). ala, layan je lah.

wayang ni mengisahkan anak penyu bernama sammy yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran dilaut sebelum menjadi penyu dewasa. kira kisah flashback la ni. kisah ini anak2 aku suka dan akupun suka sebab ia bersifat mendidik manusia menyelami kepayahan hidup penyu sejak hari pertama menetas hingga dewasa. ye lah, dari keluar telur je, dah kena bertarung nyawa dari menjadi makanan burung. itupun kalau berjaya keluar dari lubang la. kat laut pulak macam2 bahaya, dari menjadi makanan binatang laut, ada juga penyu yang masuk pukat manusia dan akhirnya menjadi sup penyu.

secara keseluruhannya, aku bagi rating 3.75 bintang dari keseluruhan 5 bintang.

4 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

hmm.. baguih bapak sorang nie! bulih teman kalo mama depa takde! Ayah kpd anakx2-ku? TIDAAAAKKKKK tanpa ibu-nya! sbb-nyer... tak terlayan!

Aku pun tingin nk tgk Magika tapi... tak nyempat! sian anakx2 aku...

umi ameer said...

sesekali kena layan anak2 tanpa uminya.. baru tau hebat tak hebat ye tak?

Mak Su said...

best gaks tu, bertarung2, survivor

KSWSK said...

wa suka tgk kartun...