Tuesday, October 19, 2010

Hipokrit Juga Perlu

sebenarnya aku dah kena tag dek maksu (http://ceritakosong.blogspot.com)tapi masih belum ada idea nak membuatnya. sabar ye maksu.

aku pernah tulis entry pasal kerja mengenai 'kita sememangnya hipokrit' (http://izzi-income.blogspot.com/2010/09/kita-sememangnya-hipokrit.html). ye lah, dalam pekerjaan kita sering bermuka2. tak suka bos atau pekerjaan kita tapi saje tunjuk kita suka. pun begitu, aku tidak bermaksud meminta anda terlalu berterus terang. heh, orang HR ni pelikkan. bila hipokrit salah. berterus terangpun salah.

oklah, aku terima tu. ada masa kita kena hipokrit, ada masa kita berterus terang. dalam kerja aku, setiap hari akulah yang akan mengesahkan bahawa sesuatu cuti itu diterima atau tidak. pekerja apply cuti melalui ketua jabatan masing2, ketua jabatan akan membuat catatan sama ada mengesorkan (recommend) atau sebaliknya. kemudian akan diserah kepada jabatan sumber manusia (HR) untuk disahkan (verified). kalau ketua jabatan setuju, tapi HR tak setuju, keputusan dia ialah 'cuti tidak diluluskan' sebab GM akan ikut nasihat HR. even ketua jabatan (HOD) kata dia mmg setuju pekerjanya mendapat cuti sakit atau cuti tahunan berbayar (annual leave), terpulang kepada orang HR untuk menjadikannya sebagai 'unpaid leave' atau 'unpaid mc' mengikut keadaan dan budi bicara HR. dalam kebanyakkan kes, ramai pekerja yang tiada masalah akan menerima cuti tahunan berbayar even cuti tahunan semasa mereka sudah negative.

itu bukan topik cerita ini. apa yg aku nak cerita ialah semasa korang isi borang cuti tu, janganlah terlalu berterus terang. contoh? kalau korang nak bercuti sebab nak menghadiri temuduga di syarikat lain, jangan la tulis " Menghadiri temuduga di syarikat izzi networks resources di port klang". bos korang pun ada hati dan tali pusat juga. even korang tak disayangi, jangan pulak menjadi orang yang dibenci.

aku pernah panggil pekerja yang suka berterus terang ni.

HR : kenapa kamu tulis kamu pergi interview di syarikat kicap ah seng tu?
pekerja : Oo... memang saya pergi interview kat situ.
HR : betul2 pergi interview?
pekerja : yelah, tak kan saya nak tipu pulak. en. izman boleh call diorang tanya.
HR : saya percaya. tapi kenapa kamu tulis pergi interview? apa tujuan sebenar kamu?
pekerja : tujuan? saya nak cuti sebab nak pergi interview la.
HR : kamu tak faham soalan saya. saya tanya, kenapa perlu tulis kamu nak interview, apa kamu nak sampaikan kepada boss kamu dan syarikat?
pekerja : saya tak faham...
HR : kamu boleh tulis kamu nak cuti, dan boss kamu dan saya dengan senang hati boleh luluskan cuti kamu. tapi kenapa tulis nak pergi interview? apa yang kamu nak sampaikan kepada kami secara tersirat?
pekerja : eeem....
HR : tok sah temberang dengan saya, saya lagi bijak dari kamu. dan saya memang benci manusia menipu ni. cakap yang benar.
pekerja : ye lah en izman, saya kerja dah lama. gaji naik sikit je. orang lain yang malas, tapi kuat ampu boss dapat naik gaji lebih.
HR : abis tu, dengan cara tulis macam tu, kamu nak suruh boss kamu offer kamu lagi tinggi? kamu salah! ada masa, bila kamu tulis macam tu, kamu akan dilabel sebagai tidak setia dengan syarikat. kamu ingat saya heran kalau kamu berhenti. kamu juga kena sedar bahawa kami tak boleh sesuka hati menaikkan gaji pekerja, ada penilaian dan ada kekangannya. mungkin masa kamu belum sampai. kena sabar.
pekerja : ye la, sampai bila kena sabar?
HR : itulah namanya sabar. sabar tiada had waktu. kita kena percaya qada' dan qadar. kamu dah 3-4 kali tulis pergi interview, ada dapat kerja?
pekerja : tak.
HR : apa maksud itu. ambik masa renung diri kamu. kamu ingat kamu bagus, tapi belum cukup bagus lagi. ambik masa disini untuk perbaiki diri dan mutu kerja. kalau kamu betul2 bagus, kerja akan cari kamu. percayalah cakap saya.
pekerja : ye, saya faham.
HR : sekali lagi kamu tulis alasan nak interview, saya tak luluskan cuti kamu. faham!
pekerja : faham.
HR : dah, pergi buat kerja.

5 comments:

Insan Marhaen said...

he..he.. betul bendul!

SUZIE APAI said...

memang ade org mcm tu...

mokjadeandell said...

Masa jadi boss kecil ,macam macam ragam yang makcik jumpa.Esp masa nak minta cuti dan minta APC...salam perkenalan dari utara.

Mak Su said...

hahaha! susahnyer!! ;)

ok, nanti dah buat tag kabo ek ;D

umi ameer said...

yelah.. tak sangka ada org jujur tak bertempat ek..

kalu iyer pun, takyahlah bitau kan.. carilah alasan nak pi bayar income tax ke, pi bayar zakat ke, kan? hahahha