Sunday, October 10, 2010

10.10.10, So What?

hari ini adalah hari yang dipandang terlalu istimewa diseluruh dunia. ye lah, tarikhnya sangat cantek, 10 october 2010 atau singkatannya 10.10.10. mau tak istimewa, tarikh ini tak kan muncul lagi sekurang2nya untuk suatu jangka masa yang lama. jadi tak hairanlah tarikh hari ini dipilih untuk menjadi tarikh pertunangan, pernikahan dan tak kurang pula memaksa isteri mereka melahirkan anak pada tarikh ini. heh.... penangan tarikh.

pada aku tarikh ni tak terlalu penting. aku tak percaya bahawa tarikh ini mengawal hidup kita keseluruhannya. may be ia sedikit mempengaruhi tarikh lahir, tapi kebahagiaan dalam perkahwinan? aku memang tak percaya.

kenapa? kawan baik aku bercinta bertahun2, berkahwin pada tarikh yang sangat cantek iaitu 08.08.08 (atau 09.09.09??). tarikh ada ada ONG bagi masyarakat cina lagi. berapa usia perkahwinan? tak lama, tapi sempatlah dua anak. isunya bukan tarikh tu bertuah atau sewey, tapi jodoh tak panjang.

adik aku bertunang pada tarikh yang cantek juga, iaitu hari kekasih. tapi sekali lagi tarikh tak membantu. bukan sahaja mereka tidak berjaya disatukan sebagai suami isteri, tapi mereka terpisah dan terjadi persengketaan dua keluarga.

kesimpulannya, kalau dah gatal nak bertunangke, nak menikah ke, just pilih yang sesuai dengan masa kita. tak perlu taksud dengan tarikh.

apa2pun, kawan2 yang dilahirkan pada tarikh 10 oktober seperti sahabat aku haryaddy dan bekas rakan sebilik aku masa di kolej eon uum dulu iaitu hisyam ismail, aku ucapkan selamat hari jadi. lebih bermakna sambutan hari jadi korang sebab seluruh dunia menyambutnya dengan meriah.

4 comments:

nurayunni said...

btl tue..tarikh x penting..
lebih baik ikut kalender islam..

hentian said...

IM baru perasan hari 10.10.10 masa gores tiket parking tengahri tadi. Tapi tak jumpa pulak khemah kenduri kahwin sepanjang jalan...

Abang Long said...

Sengaja tinggalkan catatan di blog ini. Supaya ada kenangan - 10/10/2010. Itu hanyalah angka, sekadar untuk berhibur

secangkir madu merah said...

ramai yg ingin mengabadikan tarikh ini..tapi akak sekadar tulis n3 di blog je hehehehe...