Thursday, October 14, 2010

Pemberian Google

balik kerja tadi (13/10/2010) ada banyak surat diterima. surat2 hutang, surat hadiah percuma dan sebagainya. tapi aku lebih tertarik dengan satu surat yang terpampang besar logonya seperti berikut


denga rakus aku membuka sampul tersebut dan ........ voucher bernilai RM150 dari google untuk digunakan bagi tujuan mengiklankan diri aku kat internet. opss.... voucher tersebut boleh digunakan sebagai bayaran iklan google bagi capaian yang lebih baik. ye lah, kalau iklan berbayar, ia akan diletakkan di posisi paling atas untuk pilihan carian yang kita tentukan. jadi secara tak langsung, peluang mempromosi diri, blog, barangan dan sebagainya lebih besar.



since google bagi free kat aku sedangkan aku pun tak tau sebab dia bagi, aku dengan malu2 badan mengambilnya. rejeki beb! manalah tau dengan mengiklankan blog aku atau website aku nanti, lebih ramai orang akan kenal aku dan membaca catatan mengarut aku ni. ye... aku tau, aku bukan artis atau penulis blog hebat yang peminat mereka beribu riban. aku cuma penulis blog picisan yang menulis sekadar mengikut suka hati. blog aku, aku punya suka la... tak kuasa aku nak fikir apa yang apa pembaca diluar nak dan aku kena buat. pada aku, ini blog aku, bacalah apa yang aku coretkan kalau korang suka. kalau tak suka, tak mengapa. aku menulis bukan kerana nama, tapi kerana banyak masa terluang dan idea bertaburan. pakej b.band aku pulak beso, so gasak je lah sampai aku puas hati.

sape2 biasa dapat voucher google ni tau tak kenapa aku dapat? err... camana nak selalu dapat. boleh beli iklan google je ke, tak boleh beli coins ke, iphone ke.....

4 comments:

Cheritera Kami said...

wa xpernah dpt..apapun tahniah bang

crayonhijau said...

wahhh..bestnya dapat voucher...apa apa buat sampi dapat voucher ni bang? jadi anak angkat google ke? hehe

Teratak Songket said...

Pernah dapat sekali. Maybe sbb ada akun adsense google, n akaun google untuk blogger ni.

Tp x sempat guna..sbb bz sgt. huhu.

Trylah.

Abg Din said...

alloooo....

cam ne abgdin nak dapat jugak yea...

:)