Saturday, November 1, 2008

Penipuan Hadiah Cabutan Bertuah

Hari ni (01/11/08) aku diberitahukan (betul ke ayat ni?) tentang ada jiran aku yang ditipu oleh satu company di bukit tinggi,klang. menda ni terjadi apabila jiran aku ni didatangi oleh satu pasukan gerak gembur satu syarikat yg mendakwa dia terpilih untuk memenangi cabutan bertuah. untuk dapatkan hadiah tu, dia dikehendaki datang ke cawangan syarikat tu di bukit tinggi untuk menuntut hadiah.

biasalah, dah orang nak bagi hadiah utama cabutan bertuah, pegi je lah. tup2, kena dengar ceramah dan katanya kena buat pembayaran. aku tak diberitahu berapa kena bayar, dan aku malas nak tanya lebih2. katanya hadiah akan diberi hari ni. mulatu kata nak beri semalam selepas bayaran dibuat, kemudian kata hari ni. kita tunggu.......... kita lihat siapa yang kena! harap2 syarikat tu kotakan janjinya.

berbalik pada kes2 cabutan bertuah ni, aku secara peribadi ada mengalaminya secara peribadi.


kes 1

kes ni dah 5 tahun dah. Ia melibatkan kakak aku yang tinggal di pahang. suatu hari dia call aku nak datang rumah aku. most welcome! adik beradik datang rumah, siapa tak suka. yang patut sedih kalau rumah langau pun tak nak datang. akak aku datang hari jumaat, bermalam rumah aku. hari sabtu dia ajak kami ke cheras, kat area plaza pheonix. setelah mencari alamat yg diberi, jumpalah syarikat dimaksukkan. ala kat deretan kedai biasa je. tinggal 1 ke 2 aku tak ingat.

masuk je, aku tgk syarikat tu jenis syarikat cap ayam je. telepon line pun tak de. semua pakai henpon je. akak aku keluarkan sekeping surat, then beri IC. dia diberi satu satu surat siap ada seals. akak aku buka surat tu disaksikan staff syarikat tu dan aku dan isteri yang masih blurr tak tau hujung pangkal. buka surat tu, akak aku disuruh baca hadiahnya dgn kuat. perghh!! Sebuah rumah banglo di melaka (kalau tak silap kat melaka atau negeri sembilan). siap ada nilai rumah tu. semua staff kat situ bertepuk tangan dan bersalaman dgn akak aku. real sioott.... ingat2 balik rasa nak terajang sekor2. opss terover pulak.

kemudian pengurus dia datang dan meminta kami masuk dibili mesyuarat untuk tandatangani surat pemilikan banglo tersebut. setelah semakin confius, aku mula bertanya apsal dpt semua ni. pengurus tu ceritalah yang kaka aku adalah pelanggan bertuah hasil cabutan rambang barcode dan surat waranti alat elektrik. aku dah mula terfikir ini manusia scumbag yg buat ni. akak aku beli brg letrik mane pernah hantar surat waranti punya. macammane dia tau, ni sah serkap pakai telefon je ni.

aku tanya pelbagai soalan. pengurus pompuan tu explain yg syarikat dia ialah pembekal barangan elektrik yg masuk ke malaysia dan syarikat dia yg edarkan brgn letrik pd sengheng, ongking, court memot dan sebagainya. oh... shit! memang penipu tahap gaban ni. syarikat macam tongkang pecah mengaku supplier pada giant company cam court, sengheng dan ongking. aku pujuk akak aku jgn bayar apa2 sebab diorang suruh byr rm5000 utk dpt produk dan banglo. kata mereka kerajaan syaratkan semua syarikat mesti ada sales aggreement utk layakkan pelanggan mereka dapat hadiah. rm5000 tu.

rupa2nya akak aku dah siap bawa updated buka bank yang mesti ada duit sekurang2nya rm5000 sebagai syarat hadiah utama. muka aku yang akak hitam manis ni dah bertukar jd merah agar2 sirap. aku terus pujuk akak aku, si bajingan tu siap bawa masuk sorang lagi pengurus utk patahkan hujah aku. wife aku diam je. dia siap bagitau akak aku "Kak, dalam dunia ni semua manusia suka dengki kalau orang lain dapat lebih dari mereka. adik beradik pun tak terkecuali. masa akak susah payah diorang nak tolong. tapi bila akak dapat hadiah cam ni senang2 je diorang nak hasut supaya tak dapat. menda dah depat mata kak". haram jadah punya pompuan! confirm ni kecik2 dulu lahir sebagai anak haram. dah la menipu, siap lagakan adik beradik pulak.

yg bestnya diorang bagitau kakak aku kalau bayar duit hari tu, terus dapat barang. bukan barang branded pun. semua brgn letrik cap tapir. aku nilaikan harga dia kurang rm2000. sebab tak dapat pujuk aku aku, aku cakap kat pengurus tu. bagi saya tengok barang tu, kakak saya bayar dan saya nak bawa balik barang tu hari ni jugak.

perempuan B = (tanpa memeriksa stok) sori ye encik. barang tu besar. tadi kata datang ngan kereta. mcm mane nak ambik? encik dtglah minggu depan atau tunggu kita hantar.

aku = tak pe saya boleh uruskan lori sendiri. sediakan barang je.

perempuan B = (tanpa periksa stok) ohh... lupa. stok kat sini dah habis. stok ada kat stor kita di tempat lain.

aku = tak pe. kita tengok barang. pastu bayar. saya nak hari ni juga. kita gi jelah stor tu. atau kamu bagi invoice, kami pergi ambik.

perempuan B = tak sempat la, hari ni diorang separuh hari. esok cuti.

selepas beberapa pujukan si perempuan tu, akak aku berkeras nak bayar. sebab malas nak bergaduh ngan akak aku, aku pujuk dia bayar sikit je, aku cakap akak bayar full masa diorang hantar barang kat rumah akak. akak aku setuju. dia bayar rm100 je. nampak sangat 2 ekor melaun tu tak puas hati. aku terus sound, kalau nak korang ambik, kalau tak nak kami balik. pompuan tu dengan muka yg masam macam pompuan baru pelempang dgn laki dia dan muncung boleh diikat ambik jugak duit tu dan keluarkan resit. diorang janji akan hantar barang dan kena sedia duit selebihnya.

seperti dijangka memang itu scam. minggu depannya melalui kawan yg tinggal di cheras yg aku mintak gi tengok, diorang dah pindah. modus operandi diorang ialah memperdaya golongan suri rumah, kakitangan kerajaan, dan mereka yang tinggal di luar selangor/KL. yg aku heran, terdapat sebuah balai polis yang jaraknya cuma kurang 100 meter dari syarikat tu. adakah mereka tidak tau atau buat2 tak tau. aku rasa mereka terlalu sibuk untuk ambik tau kot, dan may be sebab mangsa tak mau membuat laporan polis. sama mcm kakak aku, dia kata tak pe lah... seratus je. nasib baik ada adik yang meminati cerita detective conan ni. tak de lah tertipu banyak sangat.


Tamat.


panjang sgt dah ni, cerita kes seterusnya aku crita lain kali pulak yer. nak pekena nescafe kejab.




IZZI ADVERTISING----------------------------------------


Berminat? Click DISINI

12 comments:

cendawanintim said...

sampai cenggitu sekali dia meyakinkan kakak ko kan..

pompuan memang mudah terpedaya ngan mende2 free nih!!

seb baik sket ajer melayang...huhuhuhu...

Nur a.k.a admansyah said...

sib baib kakak hang ada sorang PR yg garang gitur! bravo... hang ler SuperHero sbnr-nya!

err... aku pun penah tau Izman. Ms tu kami br ada anak sorang.. maybe 6thn lps! brg letrik murah gak ler.. tapi, aku kan brutal!!! die ckp A, aku bg B..lastX2 die ngalah bg aku detergent (cap tapir gak!) & aku tak byr sesen pun.... padan muke depa!

ILA said...

Masih ada lagi ke kes mcm ini??
bukan ke tahun ni,polis dah kuat kuasakan secara tegas???
mmg benerrrr..suri rumah mudah berisiko.baik mak sendiri atau mak mertua aku.dia orang semua dah de experience.
yg paling pelik & mgerunkan my MIL.siap kena black magic gitu.
selamba jerrr...bagi barang2 kemasnya semua kat pnjual tu.Ayat apa entah yg d embus kat mukanya..
huh!

izman said...

cendawanintim,
betul tu. POMPUAN!

izman said...

nur a.k.a admansyah,
alhamdulillah... kebetulan aku ada. nasib baik aku, kalau adik aku sorang tu yg ikut, rasanya pengurus tu nak kena hantuk kt dinding.

apsal gomen x boleh benteras menda ni yer?

izman said...

ila,
dunia sekarang dah makin membiulkan. penipuan merata2.

aku dah siap pesan wife aku, jgn sesekali layan apa2 orang sekalipun yg dtg rumah. kalau org tu kata dia gomen nak buat inspection sekalipun jgn bukak pagar, call aku kalau diorang berkeras.

byk kes berlaku, tu yg kena beringat. nyawa x boleh tukar ganti.

arsaili said...

salam...moral of the story..nothing is free in this world

aShaBuLz said...

hurm....dlu pernah gak kene camtu. kat plaza pheonix gak la tempatnyer....kata menang adiah...dtg2 dpt jam tgn...tapi bila suwoh bayar mmg dah tau scam. trus blah...x byr satu sen pon tapi dpt gak la jam tgn cap ungka tu...hahahaha...

izman said...

arsaili,
nothings is free is ok, ni scam,

izman said...

aShaBuLz,
at least dpt gak jam tangan cap ungka, sesetengah org lagi cuma dapat penipuan shj.

trima kasih dtg menjengok. dtglah lagi...

Mak Su said...

mmg teruklah, tak boleh dipercayai

izman said...

mak su,
saya sokong.