Tuesday, November 18, 2008

Ulasan Mastika Disember 2008


Hari ni aku nak ulas majalah mastika keluaran disember 2008. dalam keluaran disember 2008 tu kisahnya banyak berkisar kepada kes bunuh diri, terutama di kalangan orang melayu. kisah bunuh diri berjaya dihuraikan dengan baik bahawa bunuh diri bukan setakat kerana cinta. banyak faktor lain. contoh2 orang yg bunuh diri dengan latar belakang berbeza juga sesuai.

namun, aku rindukan saat kehebatan mastika memilih dan mengupas isu2 besar seperti freemason, pekida, ajaran syaitan, anak bunian, black metal, dan video clip terlampau (setakat menyatakan beberapa isu yg disukai ramai). kupasan mastika yg tidak berat sebelah menyebabkan aku respek majalah ni. aku juga suka kupasan2 pejuang negara berhaluan kiri dahulunya seperti samsiah fakeh (allahyarhamah).

aku bukan pengulas profesional, tapi sebagai pembeli dan pembaca setia majalah ni sejah 4-5 tahun lepas, aku rasa terpanggil nak mengulas panjang psl majalah kesayangan aku ni. untuk keluaran disember ni aku rasa tahap kejelikan aku terhadap majalah kesayangan aku ni berkisar kepada beberapa perkara iaitu :-

1)baca mastika macam baca majalah ringtones. aku tau ia hidup kerana iklan. tapi kalau sampai baca majalah ilmiah macam baca yellow pages. apa ke jadahnya. 4-5 muka surat pertama dan 4-5 muka surat terakhir mmg khas utk iklan ringtones. bosannya! dulu2, iklan ringtones mmg ada, lagi banyakpun, tapi ada sisipan khas yg diselitkan kepada pembelian mastika. ini terus banyak dlm majalah. sisipan dah beberapa bulan aku tak nampak. kalau ada pun, terus aku buang.



2) semakin banyak aktikel yg aku ibaratkan sebagai 'junk artikel'. tiada bahan cerita yg bernilaipun. contohnya crita berikut :-


ia cuma kisah seorang security guard yg suka baca mastika. kebetulan ternampak wartawan mastika buat temuramah, dia tunggu nak bercakap ngan wartawan tu. kemudian suruh siarkan gambar penyanyi keturunan arab yg dia minat iaitu betti bonafe (sori aku tak ingat ejaan nama dia). buat rugi ruangan 3 pages je. aku tak kisah buat crita guard, seperti ternampak lembaga masa meronda, melayan pelawat yg kadang2 perangai macam sial, atau diari kesempitan hidup mereka. buatlah tiap2 bulan, aku suka. kurang2 aku tau ramai lagi manusia yg lebih susah dari aku, dan aku perlu lebih bersyukur.

3) adakah mastika dah tandus idea. tak yah la buat mastika idol tu. membosankan. apa yg diharapkan dari mastika idol? pelapis wartawan untuk gantikan en. shahidan Jaafar dan teman2? nak buat pelapis boleh, tapi apa krateria dia? tak kan jumpa tepi jalan, kemudian suruh buat kerja kewartawanan. logik la sikit. kalau nak teruskan idol tu, buatlah sesuatu yg pembaca nampak ia bukan setakat nak habiskan 4-5 muka surat untuk benda sia2.



4) kurangkanlah cerita hantu. kalau ada cerita yg bagus, aku suka ia disiarkan. tapi setakat cerita atas cerita atas cerita, tak payahlah. kalau cerita hantu tu setanding dengan cerita siri bercakap dengan jin karya tamar jalis, aku sokong ia dijadikan cerita bersiri.

Aku harap majalah kesayangan aku ni tak pupus nanti macam pupusnya majalah variasari yg aku suka baca masa aku kecik2. satu yg aku suka mengenai mastika ialah ia ada bahan ilmiah bukan setakat majalah picisan seperti variasi dan seangkatannya yang dipenuhi cerita2 dewasa yang mengghairahkan.

5 comments:

ILA said...

Saya pun peminat mastika sejak di bangku sekolah sehinggalah ke alam pekerjaan.
Tapi entah..sejak kebelakangan ini..saya kerap miss beberapa keluaran. Isu2 yg di keluarkan mmg menarik tapi tak mbuatkan keghairahan utk mbacanya.
Malah..wartawan2 baru yg ada sekarang..kdang2 penulisannya kurang matang.
tak gitu !!??

izman said...

ila,
aku pun akan beli lagi beberapa keluaran, kalau still isu2 basi dan kurang matang; aku fikir nak berhenti beli.

cendawanintim said...

aku pon noticed yang majalah mastika sekang dah banyak sangat iklan...

pehtu citer2 dia pon dah takder ummmpph!

izman said...

cendawanintim,
ko baca gak ke mastika? bagus la kalau ada org sokong kata mastika dah kurang umph....

Unknown said...

http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/Anti-My-EX/222755949798?ref=ts&v=wall#!/pages/Anti-Malaysia/161863650820?ref=ts



bkakla