Friday, November 21, 2008

What a small world

What a small world itulah saje dapat aku ungkapkan semalam. entry aku semalam didatangi oleh sahabat yg katanya mungkin kenal aku, dan aku kenal dia. setelah email diberi, kami bula beremail. dan betul, sahabat itu adalah sahabat aku semasa di uum sintok dulu. alhamdulillah, dunia blog ni dah menemukan aku dengan beberapa sahabat yg dah 7-8 tahun lost contact. irman, nanti kita gi pekena teh tarik, rumah ko dan rumah aku bukan jauh mane, tak sampai 7 km pun.

irman ni satu batch ngan aku cuma berlainan course dan kolej. persamaan kami ialah kami bersama2 dalam group sama yg menentang taliban (aku yakin itulah nama yg kita istilahkan dulu). kami berkongsi minat dan bersama2 dalam menguruskan calon untuk pilihanraya mpp. aku lebih suka menyebut diri aku sebagai pengikut dan menjadikan irman sebagai idol aku yg bijak berhujah. maklumlah masa tu irman adalah ydp kolej guthrie. aku pula, selain kawan, turut jdkan irman sebagai idola petah berpidato.

sebelum tu beberapa bulan lepas, sahabat satu batch dan course bernama mohd asri @ che'e turut tersembul di blog aku secara tak sengaja. beliau sejak grads langsung lost contact sehingga kemunculan tersebut. syukur kepada Allah. harap2 ramai lagi sahabat lama akan muncul kembali, disambil menambah sahabat2 baru.

sebab dlm mood memori uum, aku terus call sahabat setia aku, sham. secara automatik, kami mula bertanya khabar sahabat2 lain. mood ini terbawa2 sampai kerumah. aku belek album kenangan di uum bersama2 mereka. seperti org normal lain, aku suka berkawan dan aku tak sukar mendapat kawan kerana aku suka berkawan, dan berjenaka. cuma, kebiasaannya ayat2 yg terkeluar dari mulut aku agak pedas bg sesetengah pihak.

masa 1st semester di uum dulu, itulah masa kami mencari group masing2. alhamdulillah, group kamceng aku masa tu tentulah group geng student course BHRM. ia terdiri dari aku, shamsuhaimi (shahidan kasim), hardy rose (dayak), roslan (lang), ganthy (gandhi), rashid (shid), hairulnizam (limong) dan shahrunnizam (karamjit singh). yg lain tu geng, tapi tak seakrab mereka2 ini.

alhamdulillah, aku yakin semua sudah berjaya dlm kareer masing2, sham kerja gomen di kementerian belia dan sukan putrajaya. shid kementerian sumber manusia putrajaya, karamjit di kementerian sumber manusia sungai petani, kedah dan khabarnya akan lapor diri di putrajaya bulan ini. ganthy last news kerja swasta di singapore, dan itulah impian di dulu. gaji besar katanya. dayak dan lang, masih missing in action. aku yakin lang kat terengganu dan dayak di sarawak. mereka ni dulu bertegas nak kerja di negeri sendiri.

sambil layan cerita tamil mlm tadi, aku cerita balik ngan wife ttg betapa aku seronok berkawan ngan mereka2 tu. kami sama2 susah sebab kami dari group stpm yg terkial2 berusaha grads. most of the time kami bersama; tempat favourite lepak ialah cafe matrikulasi atau lego. yg paling aku tak leh lupa ialah kita pulun siapkan assignment IR dalam masa 24 jam tanpa henti kat bilik aku dengan kapasiti 2 komputer. bilik aku tu dah jadi tongkang pecah penuh dengan buku2 rujukan yg dipinjam kat library pada siangnya. kita bergilir2 menaip, bergilir2 makan, bergilir2 tidur (aku yakin tiada siapa tidur waktu tu), dan akhirnya kita berjaya menghantar assignment tepat pd masa dateline.

yg lagi best, assignment kita tu di reject oleh penyarah IR kita di hadapan kelas yg hampir 100 orang dengan beberapa assignemnt group lain setelah diperiksa. aku pada masa tu dengan muka tak malu membuat protes secara terbuka terhadap pensyarah tu dihadapan kelas, dan menuntut penjelasan. aku masih ingat lagi group2 kita setia dibelakang aku semasa aku bersoal jawab dihadapan kelas tersebut. aku tau korang juga sedih kalau assignment yg telah mengorbankan tidur dan masa dating tu direject begitu sahaja. lagi takut jugak kita akan failed subject tu sebab assignment tu adalah 40% dari markah keseluruhan.

alhamdulillah, hujah2 aku dengan fakta2 diterima, dan markah group kita antara yg terbaik. aku yakin penyarah tersebut tercabar dengan hujah2 aku, tapi aku yakin itu benar. mana mungkin kita cuma pak turut dan mengakui bulat2 apa kata pensyarah yg hanya berkiblat segala rumusan assignment kepada negara scotland. mentang2 dia ambik master kat scotland, semua kena ikut kupasan IR scotland, yang aku jelaskan kepada beliau adalah jauh terpesong dari radar subject IR yg lebih fokus kepada britain dan amerika. dan alhamdulillah 2 daripada rakan kita sekarang mengurus HR/IR dengan kementerian sumber manusia. dan aku di syarikat swasta yg mengurus HR dan IR.

seperti perbualan aku ngan shah dan shid semalam, mereka turut ingin berjumpa kawan2 lama, dan aku akan usahakan pertemuan jejak kasih antara group kita dalam masa terdekat ini. since aku masih rasa aku masih ada nombor ic diorang, aku akan cuba trace dimana diorang berada. nak trace macam mane? senang je tu, orang HR biasanya tau cara nak trace orang, kecuali mereka dah migrate atau sudah tiada lagi didunia ini.

sekian, laporan jejak sahabat. nanti senang aku scan gambar2 lama tu. aku malas betul nak sambungkan laptop pada scanner (merangkap printer) tu.

14 comments:

Mak Su said...

happy for you too :)

izman said...

mak su,
im happy.

muadzlife said...

sonok dpt jumper member lama kannn

cendawanintim said...

wahhhhhhh, mesti senyum sampai tinger tu..

aku tunggu gambo ko scan tu!

KINI said...

heheh ... mesti masa menaip ni ada tersengih sorang2 ... tetiba jer tergelak ... tak prasan wife kat blakang tengok gelagat sendiri kan ... huhuhuhu

ghimau said...

memang seronok dapat jumpa member lama. Kita akan rasa muda balik (yerla teringat kenangan dulu-dulu). Terapi tu :)

izman said...

muadzlife,
mesti seronok. tengah rancang masa ni.

izman said...

cendawanintim,
senyum kalah ronald mc donald.

segan lak nk tunjuk gambar2 lama, sure kena gelak, ko plg kuat gelak nanti.

izman said...

kini,
dari semalam lagi sengih sorang2. psl kawan wife tak kisah, awek kalu..... sendiri mau ingat.

izman said...

ghimau,
wife aku dah siap pesan, teringat kenangan ngan kawan tak pe, ngan awek, siap (jgn kasi tau la...)

Nek Cun said...

It's true... the world has become smaller... segalanya di hujung jari anda!... TM opens up possibilities... hehehe... sempat iklan lagi tuh!...

Anonymous said...

Bang,
Scan gambar lame-lame tu.
Lepas tu layan lagu Wings (Taman Rashidah Utama) dan Search (Isabella) ..Rock Kapak macam dulu dulu. Mesti Bang dulu simpan rambut panjang kat U ni sbb tu segan nak letak gambar. Aweks pulak ..opps

e-leeyana said...

nama irman dan izman...waaaa...magis tu..mengimbau kenangan nampaknya..bila nak ke sini? uum dah banyak berubah (pengurusan je la). tp pening nk iktkn..

Kolek said...

Jemputlah ke laman web kami di
http://www.kuasa20.com?a_aid=38c21ff4