Saturday, November 29, 2008

Meeting, Novel & Makan

Hajat untuk bersenang lenang pada hari sabtu tidak kesampaian. ini kerana byk banget kerja yg perlu diberisin. sepanjang isnin sampai jumaat, macam2 meeting aku kena hadiri. so, kerja byk terbengkalai. minggu depan ada audit lagi, terpaksa aku gagahi juga ke tempat kerja hari ni.

lepas tengok expose mistik dan sarapan dimana yg aku suka tu, aku melangkah malas ke kereta dan ke opis. then, gi intai2 cleaner yg baru dua hari kerja melaksanakan kerjanya. alhamdulillah, tak perlu bersuruh. cleaner yg sebelum ni agak culas, dan tarikh akhir kerja pada hari semalam (28/11/08). aku ni bukan lokek nak beri overtime pada staff2 aku cuma kena berbaloi. setakat nak datang buang masa, baik tak yah.

contract workers salary pun masih perlu final touch dari aku sebelum diluluskan untuk pembayaran. pendek kata, kehadiran aku diwajibkan pada hari ni. tapi menda tak wajib, siap yg wajib2 tu, aku balik la. anak2 dan sibuk call ajak gi jalan.

kat rumah selain rutin harian, rutin mengumpul coins dan setem masih perlu perhatian aku. masih ada permintaan pelanggan dan kawan2 yg belum aku bereskan. yg penting aku pack siap2 dan hari senin boleh mintak despatch antorkan ke pejabat pos. kebetulan dia pergi, aku tumpang pos je. tak menyalah guna kuasakan. aku bayar setem sendiri la.

kat rumah juga, ada novel yg menunggu masa aku baca, sekarang wife aku tengah baca. novel terbitan Alaf 21 berjudul "Kau Tetap Dihati" karya Liza Zahira. aku malas nak kacau wife aku baca sebab dia akan ambik masa membacanya, maklumlah ada putera puteri kecil dirumah yg mengarah umminya itu dan ini. bagi aku, aku tak suka baca sambung2. kalau dah start baca aku akan pastikan baca sampai habis. baca sambung2 ni memang potong stim. wife pun dah faham kalau aku membaca atau tengok tivi kegemaran aku, tak yah nak bersembang; aku tak layan punya. so, buku ni aku plan nak baca dalam cuti ni.



secara ikhlas aku tak kenal novelist liza zahira ni, aku pun tak pasti aku pernah tak baca novelnya sebelum ini, atau ini novel pertama nya. aku membesar dengan novel creative enterprise dan kemudiannya wujud alaf 21 yg bertarung bersaing. aku sangat senang dengan gaya bahasa novelist2 seperti norhayati berahim, abd rahim awang, ahadiat akashah, liana afiera malik, aisha sofea, dayya hanna (sekadar menyebut beberapa nama). pada aku cerita dia tak memenatkan otak, gaya bahasa yg bagus dan tema yg menarik. novel karya Liza Zahira berjudul "Kau Tetap diHati' ni aku ulas (pengulas amatur tak bertauliah) selepas aku baca nanti.

sambung psl kerja, baru je panas sikit, dah waktu rehat. biasanya aku tak pernah ikut waktu rehat ditetapkan. tapi kali ni sebab ada geng nak follow aku makan kat kedai makan daun pisang kat klang, jam 12 tgh hari aku dah berangkat keluar dari opis.

kisah kedai ni aku dah cerita keluaran bulan lepas kot, tapi sape yg terlepas tu aku stori sikit.


Nama kedai/warung : Kedai Makanan Daun Pisang Klang
Lokasi : Berdekatan stesen komuter klang.
Petunjuk : Kedai sebelah kanan jika perjalanan dari balai polis klang/muzium timah klang menghala ke stesen komuter klang.
Speciallity : Nasi daun Pisang

Ni gambar 2 org kawan yg ikut aku; Saiful dan shah.




Ni pulak set nasi daun pisang yg menjadi santapan aku tadi:-

18 comments:

ILA said...

Tak minat le baca novel skrang ..tak mcm zaman kolej & menengah dulu.Mastika tu pun tak abis2 baca..huiii..

ehemm2!!kau ni peminat daun pisang yeakkk....lupa nak pesan kat kau..kalau dah abis mkn kena lipat daun pisang tu mghadap ke arah kau..kalau bertentangan..dah makna lain.Is mean seolah kau tak suka ke kedai tu lagi.CUkup pntang kat 'dia orang'.

izman said...

ila,
he.3x. bab2 pantang org india ni aku khatam dah, beberapa tahun kerja ngan diorang. dah sekulit pun....

e-leeyana said...

perkh..terkojut den tgk tajuk tuh..ingatkan en.izman yg bce novel tu haha~

MAZEMIE MAZ said...

Salam,

Salam singgah.

izman said...

e-leeyana,
awat terkezut, memamng saya suka baca novel. tapi tak le mat jiwang...kuang.3x.

novel tu dah baca pun, tunggu publish ulasan je.

Anonymous said...

Salam,
Memang Kaki Makan betul. Nak buat cam ne sebab dah laparkan. Lapar di buatnya tengok kau makan, Izman. Kedai tu alamatnya dimana? Refer Post mana?

cendawanintim said...

weiiiiii, dah ler sini ujan, ko publish plak gambo makan dalam daun pisang tuh..sini ada satu je la tempat, dekat depan opis aku tu...

aku sekang tengah cari novel ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih 1 & 2, tapi tak dapat2...

ko bila lagik nak ke teganu???

Nur a.k.a admansyah said...

Jarang lelaki suka bc novel... cinta lak tur! caya-lah Bro!
Gue suke Ahadiat jer.. lainX2 tur biase je. Aina Emir pun ok!

Baper rege nasik daun pisang ko nie...? terliur aku pepagi nih!

izman said...

cendawanintim,
novel2 tu tak de, ko cari kat kedai beskal ke?

aku gile publish makanan ni sebab terpengaruh ngan ko le.

balik teganu? raya cina kot?

izman said...

nur aka admansyah,
rega nasi tu rm6 hengget je.

minat novel? he.3x. sejak sekolah lagi. sekarang ni tak segila dulu, wife yg plg minat.

baca novel cinta je, bukan mat jiwang.

JelajahiDuniaEly said...

ngiler liat foto makanannya

Mak Su said...

tak sangka izman hantu novel, tak biasa jumpa lelaki suka baca novel, my husband janganlah, langsung tak minat... cayalah kat izman ! :d

arsaili said...

salam...lama tak baca novel...novel yg diulas pun kawan tu kasi masa trip balik msia sebelom ni..dah balik msia sekali lagi baru smpt nak ulas...baca dalam kapal terbang hari tu...kalau ikut memang tade masa..tapi kena cari masa...byk benda lain nak kena baca....novel melambak tunggu nak di baca... tatau bila bole nk baca semua

izman said...

jelajahiduniaely,
silahkan... foto makanan itu sengaja disiar utk menggiurkan tetamu.

izman said...

mak su,
kakak saya suka baca novel, terikut2 mulanya, kemudian jd hobi.

izman said...

arsaili,
betul tu, masa tak pernah cukup. kita yg kena cari masa luang utk sebarang xtvt.

Nad Eusoff said...

thnks for visiting my blog k..salam singgah..

izman said...

Nad Eusoff,
trima kasih singgah. dtg selalu ye.