Friday, November 14, 2008

Pasar Malam Taman Kem

Selepas maklan malam semalam (13/11/08), kami sekeluarga bergerak ke pasar malam taman kem, port klang yg terletak tidak jauh dari rumah. sebenarnya kat area rumah tu hampir setiap malam ada pasar malam, yg berbeza cuma jauh dekat, best tak best je. pada aku semua pasar malam tak best. sebab aku tak suka crowded dan berlanggar bahu ngan orang lalu lalang. benci betul la. secara purata berdasarkan statistik sejak 5 tahun lepas, dalam setahun aku akan pergi 5 pasar malam. itupun paksa rela, setelah wife yg beria2 nak pergi.

aku tak nafikan kat pasar malam sayur mayur, ikan-ikang, adalah jauh lebih segar dan murah. tapi tah la benci la bersesak2 ni.

so, sebab dah janji ngan wife; kena pergi jugaklah. misi ke pasar malam cuma jalan2 beli keropok dan putu buluh. baru je separuh jalan, hujan dah turun rintik2. kemalasan dah menyerang. aku pujuk wife singgah econsave je, tapi wife ngan anak2 nak gi pasar malam jugak. 3 lawan satu, aku terpaksa mengalah. sebenarnya aku ikut cakap anak, asal anak2 hepi. kalau ngan wife tu pujuk2 jeb je dah cair.

sebab hujan rintik2, orang kat pasar malam taman kem tak ramai. selesa la sikit aku jalan2. cuma redah hujan sikit la. misi beli kuih akhirnya bertukar jadi misi soping moping. mula2 singgah jab beli serbuk kopi kaw yg dimesin kat situ. pastu beli sayur mayur, pastu beli buah buahan, pastu ikan kering, pastu beli kuih itu sikit sebanyak. nasib baik luqman dan pika tak terpikat kat mainan pasar malam tu. hujan kot, tu tak sempat diorang nak usha mainan. lagipun dua2 kena dokong.



ini putu buluh. sedap jugak. menda lain macam sayur, ikan kering, buah, keropok tak kan nak snap jugakkan, dah biasa sangat.


balik umah, mandikan diri sendiri dan anak2. dah mandi dah sebelumnya. tapi elak demam. lagipun hujan kat port klang ni mana boleh percaya. segala mak nenek punya asid dan alkali ada. maklumlah kawasan industri dan pelabuhan. kalau kat kampung tu, boleh lah percaya sikit2.

then, kopi o panas kaw dan kuih muih dah tersedia. layan la makan sambil layan crita 24. kemudian layan nip/tuck.

4 comments:

cendawanintim said...

itu aku panggil putu bambu maaaa...

aku pon ske ngan itu putu!

izman said...

cendawanintim,
eh.3x, ko pun suke makang putu gok. lupe lak, ko memang suka makan.

Nurul a.k.a Riko said...

izman..
kalo sebut pasar malam...menu wajib mesti Laksa..laksa.laksa.

izman said...

nurul aka riko,
apsal pompuan cam tu, wife aku pun same kalau dapat gi pasar malam.