Monday, November 10, 2008

Misi ke Jalan Duta : Accomplished!

Alhamdulillah. Misi ke KL hari ni berjalan lancar dan aku berjaya meng'excuse'kan diri aku dengan semua meeting. untuk misi hai ni sebenarnya misi bidan terjun, jgn salah sangka. aku tak jadi bidan untuk sesiapa, dan tak berani nak terjun pun. sebenarnya cek utk potongan PCB income tax lewat keluar, bayaran akhir ialah 10hb iaitu hari ni. despatch sibuk, akaun sibuk, HR sibuk. so, aku sorang je tak sibuk. sebab aku dah bosan masuk meeting walaupun secara rasminya aku yg bertanggungjawab masuk meeting, aku saje pilih lepas rehat nak gi income tax (lembaga hasil dalam negeri) jalan duta, KL. branch kami kat KL sebab dulu HQ kami kat KL, sekarang je pindah bangunan sendiri kat area damansara.

aku sebenarnya masih tak berapa nak faham birokrasi sesetengah jabatan kerajaan seperti income tax. apsal kami tak boleh bayar guna cek kat branch klang atau shah alam. kami kena bayar kat jln duta sahaja. same je kan, income tax jugak. sape kerja gomen jln duta atau biasa pergi kompleks pejabat kerajaan jln duta mesti tahu betapa hell nya kawasan tu. parking macam sial. bayangkan kalau ada urusan tetapi hari hujan, confirm lencun punya. apsal diorang tak pindah ke putrajaya ye? dah tak de tempat ke kat putrajaya atau ada sebab2 lain. nak kata putrajaya tiada tempat kosong nak buat bangunan, nampak sangat penipu besar.

sebelum gi jln duta tu aku balik makan nasik kat rumah dulu. sebab teringin nak makan nasi ayam, aku cakap kat wife tak payah masak. on the balik rumah, aku beli nasih ayam dua bungkus, dan satu nasi tambah. masa bayar RM9.50. pergh! mahalnya. nasi ayam aku tau masa beras naik harga diorang naikkan dari rm3.50 ke rm4.00, dah turun harga beras ni harga tetap sama tapi nasi kosong tambah tu harganya rm1.50. satu cup je tu. mak datuk, firaun betul kedai aden tu. aku siap tanya dua kali nak confirmkan. ye betul rm1.50 utk nasi tambah. aku tengah fikir nak masukkan restoren tu dalam senarai blacklist aku. biar padan muka aku dah tak boleh makan nasi ayam kat kedai dia. ala area port klang ni melambak lagi kedai nasi ayam yg sedap2.


then aku singgah petronas isi minyak, cisss! terlupa pulak. aku sepatutnya isi kat shell sebab luqman dah tanya kereta james bond kelima dari filem quantum of solace dia belum ada. isi penuh pulak tu. tak pe minggu ni nak gi shah alam, may be hujung minggu dah boleh isi minyak kat shell. nak pulak aku guna penjimat minyak cosway, lagi jimat la minyak aku. sape yg dah pernah guna akan tau kehebatan penjimat minyak ni. may be penjimat minyak lain lebih jimat, tapi aku pakai yg ni sebab aku ahli cosway dah ia murah dan berikan aku sedikit bonus dihujung bulan. sekarang minyak ni bukan saje dijual di cosway, ia juga turut dijual kat 7-11. 7-11 tu adalah satu anak syarikat berjaya group. aku syorkan sesape yg jalan jauh supaya mencuba. aku dah pakai hampir setahun secara serius, so far enjin tak de masalah. minyak pun jimat. aku tau la sebab aku selalu jalan jauh. dah siap buat calculation dan observation, mmg jimat.

ape dah melalut lagi? ok sambung gi jalan duta tadi. aku gi sorang la, tak kan nak bawa assistant kot? misi kecik cam ni sorang je la, pastu kalau rajin boleh la aku ronggeng2 jab. seperti diduga parking mmg menyiotkan. aku parking kat entrance bangunan johawaki tu.
punya la ramai manusia. mentang2 lah ini hari terakhir bayar sebelum kena kompaun. aku ada beberapa cek utk di jelaskan, maklumlah byk syarikat dalam group di port klang. itu bari gaji supervisor dan ke bawah ye yg dibawah seliaan aku. yg management staff, dijaga di HQ kat damansara. sape kata gaji pekerja kilang kecik. gaji mereka lebih besar dari penggali kubur! (baca stail yassin senario the movie masa crite ttg gaji penebar roti canai).


Ni hah tiket giliran aku. jenuh la aku menunggu. nak pulak dapat grouping yg bayar dalam kuantiti yg banyak. mula2 tu tunggu kat dalam, tapi air cond langsung tak sejuk, maklumlah manusia punya la ramai. bau macam2 ada! perfume ck, campur rl, campur polo campur perfume pasar malam campur wangian semulajadi ketiak, termasuk kentut dalam diam. memang semerbak. lantaklah! tah2 akupun turut menyumbang ke arah bau semerbak itu, ha.3x.

akupun pelik tempak kosong byk tapi majoriti suka berdiri. aku memang rimas dgn bau dan bunyi bingit org bersembang mcm pasar borong, bercakap kat telepon tapi mcm bercakap ngan microfon, bunyi panggilan nombor giliran yg langsung tak berhenti. kalau tiap2 bulan aku kena datang, mau sakit jiwa aku. ni baru sekali dalam tempoh 7 thn. yg aku puji kat income tax ni ialah diorang ada poster kawasan pelancongan di malaysia. aku rasa kementerian pelancongan patut jadikan pejabat2 kerajaan atau agensi berkanun sebagai tempat promosi pelancongan. contohnya promosi pulau langkawi kat socso. ye lah, sambil2 ahli keluarga datang ke socso ambik duit pencen ilat tu, terbuka hati juga nak pegi melancong utk tenangkan hati. aku percaya pergi melancong dapat ubatkan hati yg sedih dan bercelaru. tapi berjimatlah, jangan habiskan duit sumbangan socso akibat kemalangan untuk joli katak pulak.

aku nampak ada penyalah gunaan kaunter oku (orang kurang upaya). aku mula2 nampak macam tak betul je org berurusan situ oku. aku berdiri tepi kaunter tu. memang bukan oku. may be pegawai situ nak utilisedkan kaunter tu kot dan benarkan org bukan oku turut gunakan. atau mmg dah wujud salah guna kaunter disebabkan org berurusan tu dah kenal mengenal, maklumlah tiap2 bulan jumpa. geng2 ini biasanya adalah geng2 despatch syarikat yg memang itulah kerja diorang tiap2 bulan. aku secara peribadi tak suka ada layanan double standard mcm ni. org lain pun banyak kerja jugak. utk oku memang aku tak nafikan ia memang perlu.

selepas bayar pcb, aku gi tingkat 12 utk uruskan bayaran guna disket. masa aku call tanya prosedur utk buka fail income tax guna disket, macam2 benda kena buat; download itulah, surat rasmilah, isi boranglah dan menyebabkan akupun malas. tapi misi saje2 nak tanya prosedur yg betul daftar disket menjadi sangat mudah. pegawai di tingkat 12 hanya menyuruh aku isi borang yg sgt simple, satu borang je. sign dan diberi disket dan panduan menggunakan disket tersebut. cuma perlu datang lagi bulan depan untuk prosedur pnggunaan kali pertama. bukan kedua dan seterusnya cuma bayar kat bank2 terpilih sahaja. senang nya. itulah pasal melibatkan gomen aku lebih suka bersua muka berbanding cakap kat telefon atau bersurat2. human contact lagi berkesan. ni lah rupanya disket dan panduan membayar pcb guna disket:-



sampai opis dah dekat jam 5pm. so just siapkan mana2 kerja yg perlu. yg tak penting sangat tu esok pun boleh. bukan tangguh kerja tapi kena ingat kalau gile buat kerja pun susah jugak. kerja ni buat semua kerja sampai tak balik rumah 3 hari pun, confirm tak complete semua kerja lagi. buat yg perlu dahulu, keluarga kat rumah tu penting jugak.


Misi ke shah alam bila pulak yer?


izzi note :
gambar penjimat minyak diatas adalah ehsan www.cosway.com.my

10 comments:

Iliana said...

en.Izman, drpd byr income tax kn, baik derma je kat mane2..bg bajet kt uum ke hehe..xyah byr income tax kn..rasenye la..janji ada resit

izman said...

e-leeyana,
byk la nk bagi uum. tu potongan cukai berjadual bg pekerja. ada niat nk berbakti pd uum, tp tunggu aku jd kaya la.

Mak Su said...

ingatkan si eva longoria tu jer pandai amik kesempatan dalam cerita desperate housewives tu (masalah parking), kat sini pun ada ?

izman said...

mak su,
bab ambil kesempatan atas kesempitan ni semua org terkena.

cendawanintim said...

pi shah alam, shah alam...tak pegi2 pon...nak ngulor ar tuh...cakap aku ske ngulor..huh!!

izman said...

cendawanintim,
semalam gi KL, shah alam kena gi hari lain la... aku ngulor sampai gak KL/shah alam; ko? area bandar k.teganu yg cinonet tu.... siannya.

ILA said...

hmmm..byak bnda yg tak kena dgn jabatan2 kerajaan ni skrang..
tapi mungkin yg kau alami hanya kbetulan saja.cuba kau dtg pd hari biasa & bukannya time last minit..

salah kau gakkkk..ye tak!!??betuii takk??

Anonymous said...

Izman,
AKu sokong pindahkan semuanya Jabatan Gomen Kat Putrajaya. Senang, lagipun staff-staff gomen kat Putrajaya mmg cargas (pantas). Kat cawangan-cawangan ni almaklumler. Sabaarrr je laa.

izman said...

ila,
bab salah aku tu ko kecik kan sikit font dia.

salah akaun la bg cek lambat (salahkan org je la...) yee... nanti aku suruh akaun bg cek cepat sikit.

izman said...

Anonymous,
ye la ape la susah sgt nak pindahkan semua ke putrajaya. nak centerkan pentadbiran pusat, center betul2 la...