Tuesday, November 25, 2008

Ikan Bakar ubat sakit perut

Aku ingat aku masih belum update aktiviti dan gambar2 masa gi A1 grand Prix, aku snap lebih seratus keping gambar menggunakan digital camera dan henpon. Aku agak kebizian.

semalam (24/11/08), aku bertungkus lumus siapkan payroll dan report utk meeting hari ni. kemudian rushing balik beli bahan mentah dapur, ye lah hari sabtu balik kampung, ahad pulak seharian kat A1 GP. lagi hampes, aku kena cirit birit hari isnin gara2 nasi kurang masak (mentah) yg aku beli masa kat stall A1GP tu. tiada pilihan, aku kelaparan, dah bedal burger tapi masih lapar. makan keropok lekor, lapar lagi. makanan ringan dan air tak yah cerita lah. nasi lemak ayam rege RM6 hengget tu aku tunggu kat gerai tu lebih 30 minit. gerai lain tak de dah nasik. cilanat, mentah rupanya. masa suapan pertama aku dah rasa mentah, kerana lapar aku bedal jugak separuh. jam 5am hari senin, perut aku dah buat perangai.

balik kerja aku singgah klinik panel ambik ubat, tak tahan asyik memerut. pedih bontot siot! doktor kata tak demam, perut je memulas dan ada angin. so, doktor bagi ubat cirit birit dan ubat keluarkan angin (gastrik?). sebelumnya aku ada bedal ubat herba cina (po chai)tapi tak ok gak. so, makan kena jaga2 sikit doktor pesan. jgn makan pedas, dan berminyak. ok lah!


lepas mkn malam, jam 8pm aku ke rumah bapa kawan aku si saiful kat telok gong kerana ada tahlil arwah. adik saiful ni meninggal hari sabtu pagi, aku tak sempat ziarah sebab aku kat pahang. ahad, seharian aku kat A1GP, balik aku dah flat. so, ini mlm terakhir dia buat tahlil, aku joinlah. Aku dan saiful dan ayahnya agak rapat, dengan ayah dia dah beberapa kali aku ada projek usahasama. alhamdulillah, sepanjang majlis tahlil, perut aku tak meragam.

pagi ni (25/11/08), alhamdulillah perut ok. aku ambil keputusan layan roti canai dan teh kat gerai berhampiran. masuk kerja hari ni asyik meeting dari pagi. ni rehat makan tengahari dan kejab lagi sambung balik. present actual quarter 3. aku kena jawab overtime lah. break tadi aku hadiahkan perut aku ikan bakar sebab berkelakuan baik. lokasi dia ialah MEDAN SELERA TAMAN KEM, port klang.





gerai ikan bakar ni sentiasa penuh. ikan bakar dia fresh, air asam dia yg membuatkan dia sedap. kalau hari sabtu malas masak, di sinilah kami sekeluarga datang. harga dia sangat murah, dan sedap. selain ikan bakar seperti kembung dan pari, aneka lauk pauk lain disediakan. sup tulang pun ada. bagi aku speciallity sini ialah ikan bakar dia. nama gerai dia aku tak pernah tau, yg aku tau tokey dia nama maksu. senyum lebih dan puji2 sikit masa nak bayar, confirm dapat diskaun.

ni hah rejeki aku tengahari ni. nasi putih dengan sayur kangkung masak pedas, sedikit tempoyak, ikan kembung bakar dan air asam. air pulak aku pilih teh o ais. untuk 2 hidangan macam ni tadi harga dia kurang rm15 hengget.



ok, sambung meeting dulu.

13 comments:

Zu Ismail said...

uihkz.. patutlah sakit perut...ko tengoklah jadual harian ko..semput nak membacanyer...huhuhuhuh

cendawanintim said...

camni ler best, bz pon tapi berhapdet...

makan ubat tuh, jangan tengok jer!

izman said...

cik zura,
trima kasih singgah. dtglah selalu.

ha.3x. dah namanya k.u.l.i.

izman said...

cendawanintim,
ini namanya time management. tak sia2 aku gi course tu.

cam ne ko tau aku cuma makan sebijik je. selebihnya aku letak dlm poket, buat azimat.

ILA said...

SABORRRR JE LAHHHHHHH!!!!
kau gi Tmn Kem,mkn ikan bakar sorang2 lansung tak ingat kat orang Jln CUngah..
saya seminggu skali ke sna.selain ikan bakar..ada ulam2 juga.mkn 3 orang baru Rm10.mmg best..

ehemmm!!! simpati kat kau..
pagi rabu ni mcm mana??
memulas lagi kerrr..:p

Nur a.k.a admansyah said...

tu larr... lenkali bc Bismillah, doa mkn & kalu buleh.. Bismillah hillazi (doa dijauhkn santau mknn). Melalut plak aku nie..

Pil Po Cai tur sama tk ngan Pil Chi Kit Teck Aun? rase-nye laki aku suka mkn ubat nie. Nanti try erkk?

Mak Su said...

aduhai nasi ayam, oh nasi oh nasi, kenapa engkau mentah... huhuhu

izman said...

ila,
semalam ikan bakar, hari ni nasi campur pulak kat situ. murah dan sedap. sekarang dh ok.

izman said...

nur aka admansyah,
bismillah mmg baca, tapi doa mkn tak. aku rasa itulah sebabnya.

po chai tu ubat biji2 mcm pil chi kit teck aun jugak le. brand lain je.

izman said...

maksu,
sian kite nasik ayam punya pasal.

Puteri Satu said...

la siannye tempat berprestij tapi jual nasi ayam cenggitu lak kan....adoihai...

arsaili said...

salam..besnya ikan bakar...lega dah pindah umah baru..alhamdulilah..ni dh balik bercuti ke Msia..ehehe..ada conference nak attend kat chiang mai..terus balik bercuti

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Forget Idle Downloads Using NZB Files You Can Rapidly Find High Quality Movies, PC Games, Music, Applications & Download Them at Dashing Rates

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Newsgroup[/B][/URL]