Wednesday, March 13, 2013

Lamb Chop @ Dangau Rumbia, Kota Damansara (Selangor)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

kita jumpa lagi dalam jalan2 nak makan. asyik2 makan melayu, kita tukar makanan orang barat pulak. macam aku cakap sebelum ni, kat kota damansara ni aku belum pernah jumpa restoran/warung jual western food yang sedap. aku dah pergi 3-4 tempat semuanya takat 'bolehlah...'.

beberapa hari lepas, aku dan kawna aku si hadi pergi makan western di dangau rumbia. sebelum ni kami gi makan nasi campur. kite try western sekali.

aku ambik lamb chop, dan hadi ambik lamb chop jugak. harga RM15 satu set lamb chop. ini rupanya lamb chop tersebut.

tengok je rupa aku dah nampak sos black pepper dia sangai ceroi/cair. bau dia tak menaikkan nafsu. 1st impression aku ia memang tak berbaloi dengan harga. sos dia pada aku takat boleh tahan. daging dia? heh... liat giler. macam hiris selipar jepun pun ada. fries oklah. sayurmayur dia sedap. si hadi pun cakap daging lamb chop dia liat, sangat liat.

kesimpulannya: aku memang rasa tak puas hati dan tak berbaloi makan hidangan lamb chop ini. ini 1st dan last untuk makan western. makan nasi campur masih ok.

mungkin ada yang tak puas hati dengan komen aku, tapi seperti biasa aku nak bagitau, ini blog aku, aku makan pakai duit aku dan aku bebas menyuarakan pendapat mengikut citarasa aku. mungkin ia salah, tapi korang rasalah sendiri.

bagi yang nak merasa jugak, datanglah ke :

Dangau Rumbia Seafood & Western Food

91-G, Jalan Teknologi 3/9
Bistari De Kota, Kota Damansara PJU 5
47810 Petaling Jaya, Selangor
013-3317717

3 comments:

CS said...

Salam (balas) ziarah...

Bagus juga ada info tempat2 makan. Baca entri pasal maggot terpaksa tutup sebelah mata sbb ngeri tengok gambar. Terima kasih kongsi info.

izman said...

Cs ;
trima kasih ziarah kembali.

saje buat entry maggot tu sepaya dalam asyik makan kita beringat akbibatnya terlebih makan.

mitra kesuma said...

Lama tak dengar cakapnye...
blog nye makin ramai saje.